Simple Tapi Padu Resipi World Class Pasta Carbonara Confirm Tak Cukup Sepinggan


Sebut sahaja pasta tentu sahaja jadi kesukaan anak-anak kita. Selain bolognis, pasta carbonara antara yang begitu digemari. Namun menyediakan pasta carbonara yang betul-betul sedap dan creamy tentu sahaja punya teknik yang tepat.
Apa resipinya? Perkongsian resipi dari Wan LuQman ini mama wajib cuba. Memang awesome dan terlebih sedap!

Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye. Ok, resepi ni buat sos dia from scratch. Tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung!
I kenot brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung. Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah..(butter + tepung gandum).
Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit. Ape hasil dia? Sedap gile! Hehe

Bahan-bahan:
60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sb parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky
Resepi dah ada, cuba dulu buat original sauce. Lepas tu ikut korang lah nak guna sos segera ke, tepung jagung ke tepung ubi ke haha. Yang penting originality tu korang dah tahu ye.
NOTAKAKI: Tak salah pun nak guna sos carbonara segera, itu salah satu food solution dalam pasaran untuk memudahkan kerja. Ini hanya tunjuk resepi asli / sebenar sahaja.
Jangan kecam / peniaga peniaga kecil kecilan guna sos segera…bukan senang tau nak buat order 30-50pek sekaligus guna method macam ni. Lagipun carbonara original ni best consume upon served. Kalau tapau² nanti dia akan bengkak…sebab dimasak sekali bersama kuah😘
Kita rai segala cara, cuma tepung jagung tetap dislike! Dislike!

Kadang-kadang kita susah nak bajet kan untuk sorang makan banyak mana. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ni. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua, untuk 2 orang makan.
Tapi dalam resepi ni kander guna 80gm sebab nak kongsi makan dengan isteri.

Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.
Kander guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak². Ni untuk menggantikan bacon. Sepakat beef lean ni RM10 rasanya.

Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu kander guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih tu akan keluar di celah² dari. Lebih pantas.
Kalau dah biasa buat boleh la cara ni. Sebab kebanyakan orang ambik masa lama untuk asingkan telur kuning dari telur putih. Pastikan telur yang fresh ya. Kalau tak fresh, kuning dia mudah pecah.

Masukkan 2sb parmesan cheese dan 1sb lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu. Lebih baik jangan.

Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat. Nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan benda alah tu. Heheh. Tapi tak guna semua ni ye.

Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.

Tumis bawang putih + cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak hot dog ke pun boleh. In fact, kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.

Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.
Ceduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.

Bila air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye.
Kalau nak buat untuk anak-anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.

Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Kander ambik 4-5sb macam tu.
Bancuhan telur tu akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.

Kacau bagi rata. Ingat off heat ye. Sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pulak. Jadi scrambled egg nanti. Ceroh mase depan kome yob.
Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai korang rasa kena citarasa.
Dah siap. Takde guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin-masin berlemak.

Hancur kan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula-mula tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni ye.

Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi kander tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Simple Tapi Padu, Resipi World Class Pasta Carbonara, Confirm Tak Cukup Sepinggan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/simple-tapi-padu-resipi-world-class-pasta-carbonara-confirm-tak-cukup-sepinggan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Buat 5 Star Pasta Carbonara Ikut Resipi Ni

Boleh Buat 5 Star Pasta Carbonara Ikut Resipi Ni

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 151 hits
Ikut resepi ni korang dapat buat World Class pasta carbonara kat rumah ye Resepi ni buat sosnya dari scratch tak guna sos segera dan tidak menggunakan tepung jagung Menurut pemilik resipi bukan macam tu cara nak pekatkan kuah Makanan barat ...
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 296 hits
Bihun Goreng Singapore atau Singapura memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia Ringkas mudah dimasak dan sedap Bagi anda yang nak masak hidangan ini dalam jumlah yang banyak pasti keliru akan sukatannya Jangan risau saudara Adnan...
Resipi Daging Burger Bakar Ala Thai Sos Padu Menyengat Sedap Sungguh

Resipi Daging Burger Bakar Ala Thai Sos Padu Menyengat Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 695 hits
Jika teringinkan daging harimau menangis ala Thai tetapi tiada bahan apa kata kita gunakan bahan sedia ada yang lebih simple iaitu menggunakan kepingan daging burger sahaja Macam mana Resipi yang dikongsikan oleh ini anda boleh cuba Nampak ...
Ekzema Penyakit Nampak Biasa Tapi Cukup Derita Kepada Pengidapnya

Ekzema Penyakit Nampak Biasa Tapi Cukup Derita Kepada Pengidapnya

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 223 hits
Ekzema Penyakit Nampak Biasa Tapi Cukup Derita Kepada Pengidapnya Assalamualaikum Jom bicara bersama Lisa berkaitan penyakit Ekzema Apa itu Ekzema ye Pernah dengar tak Ada kalangan pembaca blog Lisa ni yang ada penyakit Ekzema Nak tahu apa ...
Ringkas Je Tapi Sedap Resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis

Ringkas Je Tapi Sedap Resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 204 hits
Bagi penggemar sajian pedas bercili resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis perkongsian saudari NurulAin Alaui ni boleh anda cuba Sangat mudah dan ringkas sahaja resipinya tetapi rasanya bak lauk dari restoran mewah Nikmat tak terkata Mak...
Resipi Salad Rolls Bersama Sos Hijau Padu Sekali Cuba Pasti Teringat

Resipi Salad Rolls Bersama Sos Hijau Padu Sekali Cuba Pasti Teringat

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 180 hits
Tercari cari menu yang lebih sihat untuk disajikan buat keluarga Salad Rolls bersama Sos Hijau ini tentunya pilihan terbaik Menurut saudari Senz Ahmad resipi ini beliau perolehi dari tiktok Memamg enak Dimakan pula bersama Sos Hijau lagilah...
Mudah Simple Sedap Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan

Mudah Simple Sedap Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 251 hits
Enaknya jika dapat menikmati Kuih Cakoi Goreng panas panas di waktu begini Rangup diluar gebu dan lembut di dalam Memang tak puas dimakan Bagi yang suka rasa manis boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard pun boleh Memang nikmat...
Sosej Ayam Buat Sendiri Mudah Sihat Untuk Anak Makan Confirm Tak Cukup Satu

Sosej Ayam Buat Sendiri Mudah Sihat Untuk Anak Makan Confirm Tak Cukup Satu

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 511 hits
Selain nugget sosej juga menjadi kegemaran anak anak Kalau nak yang versi sihat buat sahaja di rumah menggunakan bahan semulajadi Boleh buat banyak banyak dan simpan anak pun seronok dapat selalu makan Resepi Sosej mudah sihat untuk anak an...
Resipi Kuih Bakar Lembut Garing Memang Sangat Sedap

Resipi Kuih Bakar Lembut Garing Memang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 182 hits
Kuih Bakar memang sedap Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya lembut wangi bau daun pandan tapi garing diluar memang puas hati Namun agak susah nak jumpa kuih yang betul betul menepati selera dan citarasa Ada yang nak cuba buat sendiri guna...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa