Resipi Daging Burger Bakar Ala Thai Sos Padu Menyengat Sedap Sungguh


Jika teringinkan daging harimau menangis ala Thai tetapi tiada bahan, apa kata kita gunakan bahan sedia ada yang lebih simple iaitu menggunakan kepingan daging burger sahaja. Macam mana?
Resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini anda boleh cuba. Nampak sedap dan paling penting senang. Tak gitu!

Tempoh hari, teringin nak makan daging bakar ala Thai, tapi malas keluar rumah. Jadi kita buat sahajalah dengan apa yang ada dalam peti ais. Bolehlah jika sekadar nak lepaskan ngidam. Haha!
Daging Burger Bakar ala Thai by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (2-3 orang makan)
3 keping patti burger
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula nipah / Melaka
1 ikat daun ketumbar
1 sudu besar beras sangai
2-3 ulas bawang merah ros
1 biji limau nipis
1 sudu besar empingan cili

Sos pencicah daging bakar ni sebenarnya yang bikin kecur. Sediakan bahan-bahan. Beras disangai (goreng tanpa minyak) sehingga perang. Bahan-bahan lain dihiris halus.

Tumbuk beras sangai dalam lesung batu. Lepas tu, masukkan bahan-bahan ni. Masukkan sekali sos ikan, dan sos tiram. Perahkan limau nipis. Gaul hingga sebati. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air.

Rasa sos ni. Perasakan ikut citarasa masing-masing. Kalau kurang manis, tambah gula atau madu. Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang masam, perah lagi limau nipis.

Ini hasilnya! Masam, masin, manis, pedas! Tengok pun dah terliur, kan? Terus jadi lapar.

Oleh kerana tak ada daging segar dalam peti ais, saya guna sayalah patti burger. Kalian boleh gunakan apa sahaja jenama yang kalian suka. Saya guna Dara. Boleh perap dengan sos tiram sekejap.

Walaupun nama dia daging bakar, terpulang kalian bagaimana nak masak patti burger ni. Goreng boleh. Bakar boleh. Panggang boleh.

Bila dah masak patti tu, hiris nipis dan hidang dengan sos tadi!

Makan begini sahaja pun jadi! Makan dengan nasi putih pun OK. Tidaklah asyik makan daging burger dengan sos cili sahaja, kan?
Menarik: Cara Mudah Nak Hilangkan Kapur Mi Kuning, Simple Tapi Memang Menjadi!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/


Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resipi Daging Burger Bakar Ala Thai, Sos Padu Menyengat, Sedap Sungguh! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/resipi-daging-burger-bakar-ala-thai-sos-padu-menyengat-sedap-sungguh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Bebola Ayam Bercheese Guna Daging Burger Simplenya Tapi Sedap

Resipi Bebola Ayam Bercheese Guna Daging Burger Simplenya Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 262 hits
Tak perlu bebola yang sarat dengan bahan hanya dengan daging burger dan cheese sahaja bebola ayam bercheese ini disiapkan dengan mudah untuk anak anak Paling penting tiada penambahan garam dalam pembuatan bebola ini Nak cuba Jom ikuti langk...
Resipi Orang Lama Yang Sedap Gulai Daging Tulang Nangka Muda

Resipi Orang Lama Yang Sedap Gulai Daging Tulang Nangka Muda

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 210 hits
Siapa peminat menu gulai mesti suka dengan resipi gulai daging tulang dengan nangka muda ni Gulai orang lama lama Makan pula dengan ikan kering dan sambal belacan nenas memang sedap tak terkata Jom kita cuba resipi daripada Muliadi Ramli in...
Resipi Lasagna Sedap Tanpa Guna Sos Segera Mudah Je Cara Buatnya

Resipi Lasagna Sedap Tanpa Guna Sos Segera Mudah Je Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 191 hits
Sedapnya Lasagna Anda gemarkan hidangan ini Biasanya untuk menjimatkan masa ramai yang menggunakan sos Bolognese segera sebagai sos Tapi sebenarnya kalau buat sendiri juga rasanya lebih enak Hanya menggunakan sos tomato sos cili dan beberap...
Sedap Penuh Berkrim Resipi Mudah Creamy Chicken Thai Bread

Sedap Penuh Berkrim Resipi Mudah Creamy Chicken Thai Bread

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 283 hits
Nampak sedap hidangan creamy chicken Thai bread ni Kecil molek mudah untuk dimakan Resipi yang dikongsi Tiesha Abdul Rahman ini turut memasukkan tip bagi menjadikan hidangan roti ini lembut dan masak sekata CREAMY CHICKEN THAI BREADBAHAN BU...
Resipi Nasi Minyak Daging Masak Hitam Acar Tumis Sedap Macam Dekat Kenduri

Resipi Nasi Minyak Daging Masak Hitam Acar Tumis Sedap Macam Dekat Kenduri

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 481 hits
Ramai orang suka makan nasi minyak tiap kali kenduri Mesti rindukan nak makan nasi minyak Tapi dengan sekarang keadaan kes yan semakin meningkat ada yang terpaksa ditangguhkan niatnya Yang teringin nak makan nasi minyak bolehlah cuba resipi...
Resipi Puding Jagung Opah Air Tangan Orang Lama Padu Sungguh

Resipi Puding Jagung Opah Air Tangan Orang Lama Padu Sungguh

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 330 hits
Puding laici sudah puding milo pun sudah Apa kata kali ini kita cuba menu jagung pula untuk keluarga Bukan bubur tetapi puding jagung lemak manis berkrim yang pastinya menjadi kesukaan anak anak dan keluarga Resipi simple perkongsian ini ma...
Resipi Ayam Bakar Mayones Sukatan 1 2 Ekor Sedap Menjilat Jari

Resipi Ayam Bakar Mayones Sukatan 1 2 Ekor Sedap Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 207 hits
Resipi Ayam Bakar Mayones perkongsian dari saudari Dani J Tang ni nampak sangat mudah dan sedap Memang senang sahaja cara pembuatannya Pasti jadi kegemaran anak anak Maklumlah lauk berasaskan ni budak budak memang suka Ada pula kentang yang...
Goreng Biasa Dah Bosan Cuba Fries Daging Burger Cheese Pula Super Padu

Goreng Biasa Dah Bosan Cuba Fries Daging Burger Cheese Pula Super Padu

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 392 hits
Jika anak anak sukakan kentang goreng biasa apa kata kali ini kita tambahkan sedikit daging burger dan cheese yang buat lagi sedap Resipi simple tapi padu yang dikongsikan ini mama kena cuba Sedap Nak cakap tak tau menu apa Tapi sedap Setah...
Resipi Salad Rolls Bersama Sos Hijau Padu Sekali Cuba Pasti Teringat

Resipi Salad Rolls Bersama Sos Hijau Padu Sekali Cuba Pasti Teringat

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 203 hits
Tercari cari menu yang lebih sihat untuk disajikan buat keluarga Salad Rolls bersama Sos Hijau ini tentunya pilihan terbaik Menurut saudari Senz Ahmad resipi ini beliau perolehi dari tiktok Memamg enak Dimakan pula bersama Sos Hijau lagilah...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

China Bertindak Balas Naikkan Tarif Terhadap As Sebanyak 84