Simple Birthday Celebration Musim Pkp Ni
Happy Birthday to this beautiful lady. Ewah perasan cantik je tau kakak fiezz ni. haha. Ala kasi chance lah kan. Birtday sis hari ni. hehe..Kalau bukan birthday pun memang perasan cantik hari-hari pun. haha
Dari semalam mr hubby duk wish happy birthday kat k.fiezz. Dia takut jadi macam tahun lepas. Sis sentap sebab ingatkan mr hubby lupa. Rupanya dia buat surprise kat k.fiezz. Kita dah ingat bukan-bukan tau. hehe. Perempuan berusia memang macamni, emo tak tentu pasal. Eh, tapi sis muda lagi..haha..
Selamat hari lahir ke - ** (dirahsiakan). haha. Dari dulu tak suka reveal umur. Yang mana tahu tu, tahu lah. hehe. Alhamdulillah masih bernafas, masih sihat sehingga hari ini. Ada suami yang baik, penyayang, keluarga sendiri yang sentiasa di sisi, keluarga mentua yang baik & kawan-kawan yang baik. Alhamdulillah syukur atas segala yang Allah kurniakan pada k.fiezz. Semoga berterusan & yang baik-baik sahaja datang dalam kehidupan k.fiezz. Ucapan Di Hari LahirAlhamdulillah & terima kasih Allah atas apa yang dah diberi pada k.fiezz sehingga kini. Moga Allah sentiasa kurniakan perkara yang baik-baik pada k.fiezz & keluarga.
Doa k.fiezz seperti tahun-tahun sebelum ni juga, mengharapkan kurniaan zuriat dari Allah untuk k.fiezz & mr hubby. Walaupun umur k.fiezz dah masuk ke angka baru, k.fiezz tetap tak berputus asa & masih berharap untuk dikurniakan zuriat dari benih k.fiezz & mr hubby. Aamiin. Tapi kalau tertulis, rezeki k.fiezz & mr hubby untuk menjaga anak orang lain, untuk bantu orang lain kami terima dengan hati yang terbuka. Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang dan lebih tahu mana yang terbaik untuk umatnya.
Sebenarnya bila dah makin berusia ni, terdetik juga di hati k.fiezz. Memandangkan faktor umur k.fiezz yang makin berusia & keberangkalian untuk hamil tu tak tau lah nak cakap. Kuasa Allah kita tak tahu,kan. Kalau Allah kata kun fa ya kun, maka jadi lah ia. Tapi kadang-kadang tu ada la terdetik di hati nak izinkan mr hubby cari isteri yang lebih muda & boleh mengandung zuriat dia. Tapi tak tahu lah macamana nak susun ayat kat mr hubby. Tanpa sengaja kadang tu ter doa macam tu dalam hati. Allah..
Redha ke kena madu?Macamana rasa kena madu?entah tak boleh nak jawab. Cuma k.fiezz fikir tak nak pentingkan diri sendiri.
Eh. Apa ni sedih-sedih pula entry di hari lahir ni. Tak mau Tak mau. Kita chill je. Sekadar luahan perasaan seorang perempuan cantik yang tetiba emo di hari lahir. hahaSambut Sederhana Berdua Dengan Mr HubbySo birthday k.fiezz harini sambut secara sederhana berdua dengan mr hubby. Nak makan kat kedai, memang tak boleh la memandangkan kita masih dalam tempoh PKP (perintah kawalan pergerakan) sampai 4 Februari 2021. Jadi Mr hubby order online je. Sebab harini birthday girl, malas nak masak. Kita makan pizza..hehe..Dah kata birthday kan, mr hubby order kek coklat juga. Yeay. My favourite..
Birthday cake from mr hubby. Thank You, sayang. Walaupun ter gaduh kejap sebelum kek sampai. haha. Kek coklat ni mr hubby order dari Baker's Cottage..
Domino's Pizza
Side dish mr hubby order di Domino's Pizza
So ni saja simple birthday celebration k.fiezz hari ni. Thank you mr hubby for Pizza & Cake. Love it. Love you..muah. muah. muah. hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/01/Simple-Birthday-Celebration-Musim-PKP-Ni.html