Simpanan Persaraan Makin Susut Kwsp Beri Amaran Ketika Gesaan Mudahkan Pengeluarannya


Staff Writers Majoriti yang membuat pengeluaran kecemasan daripada KWSP adalah dalam kalangan BumiputeraKWSP terikat dengan undang-undang dalam pengurusan wang caruman pencarum. Gambar: Bernama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi amaran perlindungan sosial mencapai kadar maksimumnya selepas beberapa kali dibenarkan untuk dikeluarkan berikutan krisis Covid-19, ketika ahli-ahli politik Umno menggesa simpanan wang persaraan diwajibkan bagi membenarkan pencarum mengeluarkan wang caruman berikutan banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
KWSP berkata walaupun caruman boleh dikeluarkan sepanjang sekatan pergerakan bagi membendung wabak, namun ia tidak boleh dilaksanakan kerana terikat dengan undang-undang yang memberikan panduan bagaimana caruman pencarum diuruskan.
“Skala dan kesan pandemik Covid-19 yang tidak dijangka serta kejadian bencana alam baru-baru ini telah menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksima, dan pendekatan menggunakan simpanan KWSP untuk keperluan kecemasan pastinya akan memberikan impak yang teruk tatkala ahli sedang berhadapan dengan ketidakcukupan wang simpanan persaraan, ditambah lagi dengan ketidaktentuan lain seperti peningkatan kos penjagaan kesihatan,” kata KWSP dalam sebuah kenyataan hari ini.
Peringatan dari KWSP itu tampil ketika beberapa ahli politik terutama dari Umno menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran caruman seperti skim pengeluaran yang diperkenalkan bagi mengurangkan impak beberapa sekatan pergerakan terhadap ekonomi ketika kemuncak krisis Covid-19.
Antara pemimpin Umno yang lantang menggesa supaya KWSP membenarkan pengeluaran caruman oleh pencarum tersebut adalah bekas perdana menteri Najib Razak.
Semalam, beliau melancarkan serangan terhadap Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz kerana menolak untuk membenarkan dana KWSP dikeluarkan berikutan bencana banjir yang melanda negara.
“Usahlah dengar nasihat menteri kewangan ketinggalan zaman PN,” katanya, merujuk kerajaan Perikatan Nasional.
“Dengarlah rintihan rakyat. Last sekali pengeluaran khas. Lepas itu, fokus untuk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP. Banyak caranya.”
Sejak tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa skim pengeluaran simpanan KWSP termasuk i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
Namun KWSP berkata langkah tersebut telah menyebabkan sejumlah RM101 bilion caruman dikeluarkan melibatkan 6.1 juta pencarum di mana ia juga menyebabkan mereka kini hanya memiliki simpanan kurang dari RM10,000 manakala 3.6 juta lagi pencarum kini memiliki simpanan kurang dari RM1,000.
Agensi itu juga berkata majoriti pencarum yang mengeluarkan simpanan adalah daripada kalangan Bumiputera.
“Hasil daripada pengeluaran itu, sebanyak 4.4 juta atau 54% ahli Bumiputera kini mempunyai kurang dari RM10,000, dan 2.0 juta atau 25% mempunyai kurang dari RM1,000.
“Ini amat membimbangkan kerana bilangan ini mencerminkan peningkatan peratusan ahli yang tidak mencapai kuantum Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000, iaitu jumlah minimum yang diperlukan oleh ahli apabila mencapai umur 55 tahun,” katanya.
Sementara itu, KWSP berkata ia sebagai badan pemegang amanah mempunyai kewajipan fidusiari dalam menjaga kepentingan yang saksama untuk semua ahlinya, lebih-lebih lagi apabila masih terdapat berjuta ahli yang tidak menyentuh simpanan mereka dengan harapan untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik demi menjamin kehidupan persaraan mereka kelak.
KWSP juga bimbang keyakinan pencarum semakin meleset terhadap kedudukannya sebagai sebuah organisasi simpanan persaraan dan pemegang amanah masa depan persaraan pencarumnya yang berusia antara 55 dan 60 tahun, yang pada bila-bila masa boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka yang berjumlah RM270 bilion.
Menurutnya, Malaysia yang akan menjadi negara menua pada 2030 mungkin bermaksud lebih berat beban sistem sokongan kerajaan.
“Ini menyerlahkan lagi kepentingan mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi untuk kesejahteraan masa depan selain membendung sebarang kejutan kewangan masa hadapan.”
KWSP juga berkata ia akan meneruskan tanggungjawab osialnya untuk membantu mangsa banjir melalui Rangkaian Tindak Balas Bencana GLIC/GLC (GDRN), di mana badan-badan berkaitan kerajaan diberikan geran kerajaan untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan.
KWSP turut menambah penggunaan dana GDRN tidak akan memberikan kesan material ke atas dana atau pulangan ahli kerana peruntukan tersebut adalah daripada perbelanjaan operasi yang telah diperuntukkan.
“Bantuan akan disalurkan melalui sumbangan berbentuk barangan yang diperlukan oleh mereka yang terjejas dan disalurkan melalui pertubuhan amal bukan untung yang berkredibiliti.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/simpanan-persaraan-makin-susut-kwsp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simpanan Kwsp Patut Guna Ringankan Beban Tak Makan Sekarang Atau Tak Makan 10 Tahun Lagi

Simpanan Kwsp Patut Guna Ringankan Beban Tak Makan Sekarang Atau Tak Makan 10 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh Nurul Aisyah DUIT simpanan KWSP itu adalah milik kita sendiri namun kita tidak diberi hak yang sepatutnya untuk menggunakan sebahagian kecil wang tersebut untuk kegunaan keperluan mendesak ketika pendemik Covid 19 sedang berleluasa dil...
Cara Tukar Akaun Kwsp Simpanan Konvensional Kepada Patuh Shariah Secara Online Di Aplikasi I Akaun

Cara Tukar Akaun Kwsp Simpanan Konvensional Kepada Patuh Shariah Secara Online Di Aplikasi I Akaun

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 254 hits
Sebagai orang Islam kita wajib menukar simpanan konvensional dalam KWSP kepada Simpanan Shariah Dengan menukar akaun KWSP anda kepada simpanan shariah ia akan mengikut konsep pengurusan dan prinsip shariah dan penukaran ini terbuka kepada s...
Kerajaan Tak Patut Benarkan Rakyat Keluarkan Wang Simpanan Kwsp Elak Jadi Miskin Di Hari Tua

Kerajaan Tak Patut Benarkan Rakyat Keluarkan Wang Simpanan Kwsp Elak Jadi Miskin Di Hari Tua

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 241 hits
The ReporterPersekutuan Majikan majikan Malaysia berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang...
Bulughul Maram Shalat Aturan Berdoa Ketika Sujud Larangan Membaca Al Qur An Saat Rukuk Dan Sujud

Bulughul Maram Shalat Aturan Berdoa Ketika Sujud Larangan Membaca Al Qur An Saat Rukuk Dan Sujud

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 234 hits
Saat rukuk dan sujud dilarang membaca Al Qur an apa maksudnya Namun saat sujud diperkenankan berdoa Bulughul Maram karya Imam Ibnu Hajar Al Asqalani Kitab Shalat Bab Sifat Shalat Larangan Membaca Al Qur an Ketika Rukuk dan Sujud Hadits 293
Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Majlis Kahwin Lee Sieon Mohon Maaf

Tak Pakai Pelitup Muka Ketika Majlis Kahwin Lee Sieon Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 197 hits
Lee Si eon memohon maaf atas kontroversi mengenai gambar tetamu yang tidak memakai pelitup muka semasa berada di majlis perkahwinannya Pelakon Lee Si eon dan Seo Ji seung telah mengadakan majlis perkahwinan mereka di Pulau Jeju pada 25 Dise...
Lelaki Lemas Ketika Bantu Mangsa Banjir Selamatkan Diri

Lelaki Lemas Ketika Bantu Mangsa Banjir Selamatkan Diri

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 293 hits
HULU LANGAT 8211 Dalam pada ramai sukarelawan seluruh negara berkampung di Hulu Langat membantu mangsa banjir ketika ini tidak ramai sedar ada insan yang terkorban ketika memberi bantuan awal Sabtu lalu Hashim Shamsuddin 44 yang tinggal di ...
Kenapa Pm Dan Kabinet Dan Parti Gagal Mengukir Nama Sejati Ketika Banjir

Kenapa Pm Dan Kabinet Dan Parti Gagal Mengukir Nama Sejati Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 508 hits
PM dan UMNO terlepas peluang besar untuk jadi Pejuang dan hero kepada rakyat dan negara ketika banjir melanda Apa yang patut mereka buat sepatutnya mereka lebih tahu Lebih spontan Media dan cybertrooper mereka pun ke belakang kaku beku Kini...
Risau Teman Lelaki Dig0da Ketika Bertugas Wanita Sanggup Video Call Sepanjang 12 Jam Syif Kerja

Risau Teman Lelaki Dig0da Ketika Bertugas Wanita Sanggup Video Call Sepanjang 12 Jam Syif Kerja

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 491 hits
BAGI wanita ini tindakan yang dilakukan sangat wajar demi menjaga hubungan dengan teman lelakinya Namun bagi sesetengah pihak apa yang dilakukan olehnya dianggap melampau dan tidak masuk akal Menurut wanita ini dia akan membuat panggilan vi...
Kalaulah Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Ketika Ini

Kalaulah Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Ketika Ini

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 142 hits
Hanya dalam tempoh sekitar 100 hari lebih sikit memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob lebih dirakam dan dikenali kerana kegagalan berbanding kejayaan yang boleh dikenang Banjir yang berlaku khususnya di Selangor lebih...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha