Editor Pengurusan Family & Parenting, Wan Erni Liza (kiri) bergambar kenangan bersama team Simpan SSPN
Untuk pertama kalinya, acara tahunan Pa&Ma dan Simpan SSPN ini telah diadakan secara ‘on ground’ dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Menariknya, selain anak-anak didedahkan dengan kebaikan membuat simpanan demi masa depan, mereka juga dapat belajar tentang haiwan dan alam semulajadi.
Antara peserta yang memeriahkan Simpan Challenge Hunt
Berkumpul Dari Awal Pagi
Bersungguh-sungguh ya buat tugasan!
Suasana menjadi gamat kerana setiap peserta bersungguh-sungguh untuk memenuhi arahan serta menjalankan tugasan yang diberi. Anak-anak pula seronok kerana dapat belajar banyak perkara baharu serta begitu teruja setiap kali mendapat token dari renjer bertugas.
Seronok dapat token dari renjer bertugas, senyum lebar!
Antara checkpoint yang perlu peserta pergi adalah seperti Savannah, Aviary, Reptile, Tortoise, Moo2 & Friends, Pet Village, Kampung Orang Asli dan beberapa yang lain. Tugasan yang perlu diselesaikan oleh para peserta adalah seperti memberi haiwan makan, memancing ikan, mewarna, mengasingkan barangan kitar semula serta serta banyak lagi.
Pandainya dia bagi kambing makan!
Buat Tabung Istimewa Simpan SSPN
Kerjasama hebat antara ayah dan anak perempuannya
Alat tulis serta barangan asas untuk membuat tabung telah disediakan, para peserta hanya perlu membuat tabung tercantik bagi memancing perhatian juri. Bukan itu saja, para peserta juga perlu memastikan pelekat Simpan SSPN digunakan untuk menghiasi tabung rekaan mereka.
Masing-masing semangat tiup belon, seronok sangat!
Sementara menunggu keputusan akhir, para peserta juga telah menyertai sesi istimewa bersama Simpan SSPN serta cabutan hadiah istimewa. Ternyata kesemua peserta sangat gembira, syok betul!
Semua pemenang bergambar kenangan bersama team Simpan SSPN
Tahniah buat kesemua pemenang!Untuk pemenang tempat pertama, menerima wang tunai RM500 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN adalah adik Iqlima Wafeeya Rahimi manakala tempat kedua pula disandang oleh adik Sharifah Awliya Humaira, menerima RM300 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Tahniah adik Iqlima!
Pemenang tempat ketiga pula adalah adik Nazreen Rehanaa Rahimi yang mendapat RM200 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Tahniah adik Awliya!
Pemenang-pemenang saguhati pula menerima RM100 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN setiap seorang beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Tahniah adik Nazreen!
Ternyata Simpan Challenge Hunt yang diadakan kali ini telah mengukir senyuman di wajah para peserta serta banyak memberi pendedahan kepada mereka tentang Simpan SSPN. Para peserta terutamanya anak-anak kecil juga dapat belajar tentang kepentingan menyimpan serta acara pada hari tersebut merupakan ‘bonding time’ terbaik antara ibu ayah dan anak-anak.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |