Simpan Barang Dalam Foldable Storage Box Untuk Nampak Lebih Kemas
Macam yang k.fiezz ada kongsi dalam entry sebelum ni Isteri Shopping Di Kedai ECO vs Suami Shopping Di Mr DIY. Mr hubby ada beli foldable storage box ni. 3 kotak sekali dia beli, weiii. Mr hubby cakap nak 5s barang-barang bawah meja komputer dia supaya nampak tersusun sikit. K.fiezz duk fikir banyak sangat sampai 3 kotak. Peel mr hubby ni, dia memang suka beli extra. Dia malas nak ulang banyak-banyak kali pi DIY. Tu yang mr hubby saja beli lebih, takut tak cukup. Bila dah masuk barang-barang bawah meja komputer mr hubby dalam foldable storage box ni, memang cukup 1 kotak je. Siap ada ruang tambahan boleh masuk barang lagi. haha
Apa lagi, k.fiezz cakap kat mr hubby. Lagi 2 foldable storage box tu bagi k.fiezz lah. K.fiezz nak letak koleksi beg-beg k.fiezz yang melambak tu. Mr hubby pun cakap tak kisah. Boleh je ambil.
Tak Terfikir Nak Guna foldable storage box Sebelum Ni?
Sejujurnya k.fiezz pun tak terfikir tau sebelum ni nak letak koleksi beg k.fiezz yang melambak ni dalam foldable storage box. Adeh. Boleh pula tak terfikir. Padahal sis suka kemas & tersusun. Letak dalam foldable storage box ni lagi kemas dari letak dalam bakul macam dalam gambar bawah ni.
Dah dapat greenlight dari mr hubby, dapat ambil 2 foldable storage box ni, k.fiezz pun apa lagi misi 5s koleksi bag yang melambak tu. Hari Selasa baru ni k.fiezz work from home jadi lepas selesai tugasan pejabat, k.fiezz buat sesi 5s beg.
Ni gambar sebelum. Semak kan. K.fiezz letak dalam bakul kain je beg-beg ni. Masa nak pindahkan beg-beg ni dari sini ke foldable storage box, baru k.fiezz perasan ada beberapa buah beg yang rosak bahagian luar dia sebab bertindih-tindih. Adeh sayangnya. Ada satu beg jenama CR2, k.fiezz terpaksa buang sebab kulit bahagian luar dia dah mengelupas. Dalam elok lagi. Tak ada pilihan, memang kena buang beg CR2 tu.
Selepas dah susun beg-beg dalam foldable storage box. Baru nampak kemas & tersusun. foldable storage box bahagian bawah tu k.fiezz letak beg-beg yang jarang pakai/guna. foldable storage box belah atas untuk beg-beg yang k.fiezz selalu guna untuk keluar jalan-jalan/bercuti/balik kampung & bekerja.
Hat foldable storage box bawah tu penuh dah benornya. K.fiezz sumbatkan saja. Janji masuk semua. Haha. Nanti nak kena 5s semula tu. Mana yang memang k.fiezz tak pakai/guna, k.fiezz nak buang. Beg Tahan LamaK.fiezz rasa kalau nak beg tahan lama, letak dalam foldable storage box macamni. Beg terlindung dari gigitan lipas, sawang/habuk. Terutama beg yang jenis mahal. Kalau terbiar gitu macam k.fiezz letak sebelum ni, dalam bakul. Habis beg-beg rosak. Hat mana beg rosak tu, k.fiezz dah tengok belah dalam memang elok lagi. Kat luar je yang rosak. Tapi nak buat macamana,kan. Nak hantar repair kat mana?K.fiezz tak tahu ada tempat baiki beg ke tak. Jadi nak tak nak kena buang.
Foldable Storage Box
Okey, kalau yang tertanya foldable storage box ni besar mana. Memang besar. Korang tengok je lah koleksi beg k.fiezz yang melambak tu, cukup untuk masuk dalam 2 foldable storage box ni.
Foldable storage box bawah tu senang nak pasang. foldable storage box belah atas tu ada besi kat bahagian dalam sebagai penahan. Cuma masa nak pasang kena guna tenaga lebih sikit untuk bagi dia membentuk kotak bila kita adjust besi. foldable storage box atas tu pun ada zip bahagian depan & bahagian atas. Jadi ikut kesesuaian lah nak buka zip yang belah mana. K.fiezz suka buka zip belah atas.
Harga foldable storage box
Harga berbeza ikut design.
Warna Biru - RM45Corak Misai - RM16-RM17
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/03/Simpan-Barang-Dalam-Folder-Storage-Box-Untuk-Nampak-Lebih-Kemas.html