Teruja Suami Hulur Kotak Ingatkan Barang Kemas Sekali Buka Gold Bar Kiub Ayam
Saat lafaz aku terima nikahnya bermakna hubungan sah dimeterai dengan ikatan sehidup semati dan kesetiaan. Dapat pasangan dari latar belakang berbeza mungkin satu cabaran untuk mengenali sikap yang sebenar.
Namun setelah hidup bersama, barulah masing-masing akan belajar memahami antara satu sama lain dan mula menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan. Dapat pasangan yang serius, suka bergurau, rajin, suka bertolak ansur dan sebagainya adalah rahsia Allah.
Jika dapat yang suka menyakat, orang kata tak kering gusi dengan gurauan pasangan. Sama juga seperti Puan Junariah Ab Rahman yang berkongsi mengenai sikap suaminya yang menyakat dengan memberi kiub ayam dalam kotak barang kemas.
ARTIKEL MENARIK [Dr Ingatkan Minyak Masak Maksimum Guna 2 Atau 3 Kali Saja. Jangan Fikir Membazir!]
Pagi-pagi dah bagi gold bar
Menurut Puan Junariah, dari awal perkahwinan lagi suami suka menyakat. Sikapnya itu memang dah diketahui oleh ahli keluarga kami. Gurauannya cukup bersahaja tetapi boleh buatkan orang tergelak.
Sama juga situasi, kononnya dia menghadiahkan gold bar dan disusun dalam kotak barang kemas. Tak sangka pula perkongsian ini viral sedangkan saya hanya berkongsi pada kenalan sahaja.
Idea spontan
Bercerita lanjut, Puan Junariah berkata, pada waktu itu, suami tengah mengemas barang dapur yang dibelinya. Tiba-tiba ketika waktu mengemas di dapur datang idea secara spontan.
LAGI ARTIKEL MENARIK [Modal RM208 Dah Dapat Siapkan Kabinet Dapur. Jimat Duit, Nak Pasang Pun Mudah!]
Suami teringat bekas barang kemas saya yang masih disimpan dan terus mengambilnya dan menyusun elok kiub ayam tersebut. Kononnya kiub itu adalah gold bar. Pada mulanya agak terkejut juga bila dihulurkan, namun selepas membuka tergelak besar kami anak beranak.
Saya tak perasan waktu bila dia susun semua tu, tahu-tahu dia hulurkan kotak merah tanpa saya syak apa-apa pun.
Ada je idea suami kerana dia memang tahu saya suka memasak dan tak rugilah kalau berikan hadiah ini.
Saya anggap gurauan suami ini menghiburkan hati saya. Walaupun bukan betul-betul dapat barang kemas, saya tetap berterima kasih kerana suami tahu minat saya yang suka menyediakan pelbagai menu untuk keluarga.
Terima kasih encik suami. Saya sangat sayangkan awak selama-lamanya!
Kredit: Junariah Ab Rahman
** Dapatkan keperluan anak pada harga yang istimewa. Nak tahu lanjut, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Teruja Suami Hulur Kotak, Ingatkan Barang Kemas, Sekali Buka ‘Gold Bar’ Kiub Ayam! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/teruja-suami-hulur-kotak-ingatkan-barang-kemas-sekali-buka-gold-bar-kiub-ayam/