Lebih 40 Hektar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan Terbakar


 
Bernama  



Kebakaran di kompartment 15 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di Selangor yang mula dikesan sejak kelmarin, kini telah merebak sehingga lebih 40 hektar berikutan cuaca panas, kering dan berangin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata kerajaan negeri telah memperoleh bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk melakukan pengeboman air menggunakan pesawat Bombardier CL-415 bagi mempercepatkan kerja pemadaman kebakaran tersebut.
Katanya penggunaan teknik pengeboman air akan dijalankan petang ini, diyakini mampu mempercepatkan pemadaman antara dua hingga ke tiga minggu daripada jangkaan masa empat sehingga enam minggu sebelum ini.
Tambahnya penggunaan pesawat Bombardier CL-415 telah mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk diterbangkan hari ini.
“Kami telah berjaya memadam kawasan seluas 6.07 hektar sejak semalam dan usaha digembleng untuk memadamkan kepala api, daripada ia merebak ke bahagian lain yang berhampiran dengan hutan,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke kawasan kebakaran hari ini.
Norazam berkata seramai 180 anggota telah ditugaskan untuk memadam kebakaran yang melibatkan 120 anggota bomba, 30 orang dari Jabatan Perhutanan serta tujuh anggota APMM.
Beliau berkata jalan masuk yang sempit dan rapuh serta sumber air yang terhad menyukarkan usaha pemadaman.
“Selain itu, apabila kebakaran yang melibatkan tanah yang terdapatnya akar pokok, ia akan menyebabkan pokok boleh tumbang pada bila-bila masa,” katanya.
Sementara itu Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian (gambar, bawah) yang turut hadir melakukan tinjauan berkata kebakaran itu melibatkan tanah gambut yang bukan sahaja dipermukaan tanah malahan di bawah tanah juga, sedalam satu meter.
Hee berkata beliau tidak menolak punca kebakaran disyaki akibat perbuatan tidak bertanggungjawab petani haram di kawasan hutan simpan terbabit yang melakukan pembakaran bagi membuka tanah pertanian baru.
Bagaimanapun siasatan lanjut masih terus dijalankan, katanya.
Beliau berkata mereka yang disabit kesalahan boleh didenda RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, ataupun kedua-dua sekali.
Jabatan Alam Sekitar juga boleh menggunakan Akta Alam Sekitar sedia ada, serta boleh mengenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun ataupun kedua-duanya sekali, katanya.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/lebih-40-hektar-hutan-simpan-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beratus Hektar Hutan Ditarah Selepas Enam Bulan Ph Kedah Tumbang

Beratus Hektar Hutan Ditarah Selepas Enam Bulan Ph Kedah Tumbang

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 181 hits
FAZLI RADZIHanya selepas enam bulan kerajaan negeri Pakatan Harapan Kedah tumbang ratusan hektar hutan simpan diluluskan untuk ditarah Tular di media sosial papan projek Lesen Mengambil Hasil Hutan oleh pelesen Yayasan Islam Negeri Kedah ke...
Simpan Barang Dalam Foldable Storage Box Untuk Nampak Lebih Kemas

Simpan Barang Dalam Foldable Storage Box Untuk Nampak Lebih Kemas

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 559 hits
Macam yang k fiezz ada kongsi dalam entry sebelum ni Mr hubby ada beli foldable storage box ni 3 kotak sekali dia beli weiii Mr hubby cakap nak 5s barang barang bawah meja komputer dia supaya nampak tersusun sikit K fiezz duk fikir banyak s...
Suami Boleh Buat Almari Simpan Tudung Isteri Bajet Bawah Rm150 Nampak Lebih Tersusun

Suami Boleh Buat Almari Simpan Tudung Isteri Bajet Bawah Rm150 Nampak Lebih Tersusun

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 711 hits
Orang perempuan ni tudung antara aset utama selain baju kasut dan beg tangan Walaupun dah ada pelbagai koleksi dan warna setiap kali keluar corak baru pasti akan beli Bukan itu je tudung yang beli sebelum ini pun tak sempat dipakai lagi tap...
Kabel Elektrik Bawah Jambatan P Pinang Terbakar Punca Sesak Lebih 2km

Kabel Elektrik Bawah Jambatan P Pinang Terbakar Punca Sesak Lebih 2km

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 209 hits
GEORGE TOWN Kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di KM3 3 terbakar menyebabkan kesesakan teruk trafik di kedua dua hala dalam kejadian petang ini Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai Mohd Fadzil Othman berkata pihaknya ...
Mana Rina Dapat Wang Langsai Hutang Lebih Rm1 Juta

Mana Rina Dapat Wang Langsai Hutang Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 272 hits
Malaysiakini Seorang Adun DAP hari ini menuntut penjelasan daripada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkenaan sumber yang digunakannya untuk membayar hutang lebih sejuta ringgit agar tidak diisytihar muflis Adu...
Rina Harun Selesai Bayar Hutang Lebih Rm1 Juta Untuk Elak Berdepan Tindakan Muflis

Rina Harun Selesai Bayar Hutang Lebih Rm1 Juta Untuk Elak Berdepan Tindakan Muflis

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 406 hits
KUALA LUMPUR Berdepan kemungkinan diisytiharkan bankrap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun selesai melunaskan hutang lebih RM1 juta kepada syarikat penerbitan program televisyen dan filem yang berpangka...
Ahli Parlimen Pkr Pertikai Sumber Kewangan Selepas Rina Selesaikan Hutang Lebih Rm1 Juta

Ahli Parlimen Pkr Pertikai Sumber Kewangan Selepas Rina Selesaikan Hutang Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 308 hits
February 17 2021 Ahli Parlimen PKR Fahmi Fadzil membangkitkan bayaran hutang Rina Harun berjumlah RM1 3 juta PETALING JAYA Ahli Parlimen PKR Fahmi Fadzil hari ini secara tidak langsung mempertikaikan keupayaan kewangan menteri pembangunan w...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme