Sikap Angkuh Hina Melayu



Oleh Dr. Zambry Abd. Kadir

Keangkuhan dan kesombongan seorang manusia bernama Koon Yew Yin tidak dapat digambarkan dalam kehidupan bernegara di Malaysia.

Seorang yang kaya-raya bermula sebagai jurutera di PWD (JKR), kemudian membina empayar peniagaan sebagai pemain saham yang aktif, dan pemilik sektor hartanah dan lain-lain, kesemuanya bermula di atas tanah yang dipanggil negara Persekutuan Tanah Melayu  (Federated of Malay States) dan kemudian dikenali sebagai Malaysia.

Orang inilah kini menganggap bangsa Melayu yang berada dalam sektor perkhidmatan awam, tentera dan guru sebagai golongan yang dipenuhi oleh mereka bermutu rendah (mediocre) dan tidak ada kelas untuk mentadbir sebuah negara dan negeri.

Di Perak beliau mencipta pelbagai kontroversi dengan memandang rendah kerajaan yang dipimpin oleh UMNO. Beliau secara terang-terangan membantu dari sumber kewangannya yang berlimpah kepada pihak DAP dan PH untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN.

Beliau dilantik oleh kerajaan PH Perak sebagai Penasihat Ekonomi selepas PRU-14. Tetapi oleh kerana sentiasa memikirkan bahawa dirinya sahaja yang terbaik jawatan beliau ditarik balik.

Namun beliau tidak berpuas hati dan cuba mengaitkannya dengan Istana, serta membuat tuduhan terhadap Almarhum Sultan Azlan bahawa perlu membayar kepada Istana untuk mendapat anugerah pingat.

DAP sentiasa menyanjung beliau sebagai pejuang tegar bersama mereka yang mahu menukar pemerintahan kerajaan BN.

Dalam posting Facebook-nya pada 25 Jun 2018, beliau begitu kecewa Nga tidak dilantik sebagai Menteri. Begitu juga pada 2 Julai, 2018, beliau mempertahankan tindakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin.

Malah beliau turut seolah-olah memperkecilkan kebolehannya bertutur dalam Bahasa Melayu.

Ketika bekerja sebagai Jurutera di PWD (JKR) dalam tahun 1960 beliau disuruh belajar Melayu dan mendapati terlalu sukar untuk menterjemah “Fire,fire, call the fire brigade” dan sukar untuk menterjemah ke Bahasa Melayu, dengan menterjemahkannya “api, api, panggil api kereta”.

Beliau pernah menganggap negeri Perak sebagai negeri kedua termiskin kerana dipimpin oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Meskipun Khazanah Research menafikan analisis tersebut, beliau tidak pedulikannya kerana matlamatnya untuk melihat pertukaran kerajaan, dan kebenciannya yang menebal.

Beliau bersama dengan gerakan DAP Perak sepanjang sebelum PRU-14 menyebarkan segala keburukan ini.

Ia mencetuskan sikap sombong tahap tinggi yang begitu angkuh dengan kedudukan kuasa dan kekayaan. Inilah refleksi sikap tinggi diri (superiority complex) yang ada dalam dirinya dengan memandang bahawa dia dan kumpulannya lebih hebat daripada kumpulan dan bangsa lain yang berada di tanahair ini.

Ia menggambarkan bagaimana suatu bangsa yang menganggap keagungan budayanya (cultural supremacy) dengan memandang budaya kehidupan bangsa lain hina dan rendah.

Kononnya mereka lebih rajin, manaka Melayu adalah pemalas, mereka lebih bijak, manakala Melayu adalah dungu, mereka lebih berkeusahawanan, manakala Melayu hanya menadah bantuan.

Inilah yang dicanangkan sekian lama seperti yang disebut dalam The Myth of the Lazy Natives, oleh Prof Syed Hussien al-Attas, bagaimana minda terjajah dimainkan oleh penjajah terhadap pribumi Melayu dan Jawa.

Oleh kerana Melayu tidak mahu berada dalam gengaman kapitalisme penjajah, maka dibiarkan Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani. Kemudian dibiarkan Melayu tinggal di kampung-kampung sambil menyebut mereka malas.

Koon Yew Yin begitu berani ke hadapan dengan merobekkan lagi imej orang Melayu kerana selama ini keceluparannya tidak dipedulikan oleh sesiapa. Dia merasakan dalam dunia Malaysia Baru ini, dia lebih bebas untuk berkata apa-apa sahaja terhadap kakitangan awam, tentera dan guru yang majoritinya terdiri dari kalangan Melayu /Bumiputera.

Maklumlah antara penerima bantuan kewangan darinya adalah Parti Bersatu Perak sendiri dengan disaksikan oleh Tun M, TS Muhyiddin dan Mukhriz.

Pada 24 Julai, 2019, beliau sekali lagi menghina graduan-graduan Universiti Awam kita sebagai “low-grade” (kelas bawah). Daripada 20 buah universiti awam, hanya 6 saja yang ada “ranking” dan 14 lagi dianggap gagal.

Dengan majoriti bilangannya adalah orang Melayu hasil kepada graduan kelas-bawah ini memberi kesan kepada pembangunan negara.

Beliau menghina golongan penjawat awam yang dengan berani katanya tiada meritokrasi. Ketika beliau menulis tentang kenapa Malaysia masih tidak mencapai status negara maju dengan sombongnya dia menyebut “almost all Malaysian civil servants are Malays. What can we expect when Malaysia is managed by thousands of low-grade graduates? (hampir semua kakitangan awam adalah orang Melayu. Apa yang boleh anda harapkan bila Malaysia ditadbir oleh ribuan graduan kelas bawah?)

Beliau menghina Angkatan Tentera Malaysia yang dilihatnya hanya makan minum sahaja dan tidak pernah melepaskan peluru di medan perang dan selayaknya mereka dihantar bekerja di sektor perladangan Felda.

Sungguh biadab menghina anggota tentera hingga ke tahap itu. Adakah beliau ingin melihat negara ini berada dalam kekacauan dan peperangan bagi menjustifikasikan kedudukan ketenteraan kita?

Adakah beliau akan tinggal dalam negara Malaysia ketika suasana itu berlaku?

Adakah beliau akan boleh bermain saham dan mengaut jutaan ringgit bila mahukan anggota kita berada dalam suasana peperangan?

Langsung tidak ada perasaan hormat kepada peranan anggota tentera.
Peranan anggota tentera adalah untuk menjaga keamanan negara dan sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, termasuk bersiap untuk melepaskan peluru kepada musuh.

Apa yang terbit dari tulisan dan luahan Koon Yew Yin adalah gambaran mental golongan seperti beliau yang sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.

Selepas ini mungkin dengan mudah beliau akan memohon maaf kepada rakyat Malaysia, kakitangan awam dan tentera.

Itulah jalan mudahnya. Tetapi bagi sesiapa yang mengikuti tulisan beliau, akan dapat membuat kesimpulan tentang proses kebencian yang dibina dan tersemat sekian lama dalam jiwanya.

Sumber



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/08/mkq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangsa Lain Harus Tahu Hormat Melayu Islam Jangan Hina Jangan Persenda Ridhuan Tee

Bangsa Lain Harus Tahu Hormat Melayu Islam Jangan Hina Jangan Persenda Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 650 hits
KUALA LUMPUR 15 Ogos Kalau kita tak nampak lagi Melayu dihina Islam dipersenda memang kita butalah ujar penceramah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Jelas beliau bangsa lain seharusnya tahu menghormati Melayu Islam kerana Melayu Islam adal...
Dap Jangan Tunjuk Sikap Anti Melayu

Dap Jangan Tunjuk Sikap Anti Melayu

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 350 hits
Diterbitkan Hari ini 4 17 petangAhli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii mempersoalkan bantahan DAP terhadap cadangan memperkenalkan pengajaran tulisan khat dalam kurikulum Bahasa Melayu bagi tahun 4 di sekolah jenis kebangsaan Razlan berkat...
Tanah Melayu Aktivis Sarawak Tempelak Mufti Perlis

Tanah Melayu Aktivis Sarawak Tempelak Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 292 hits
Aktivis politik Peter John Jaban menempelak mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin kerana merujukkan Malaysia sebagai Tanah Melayu dengan berkata beliau sama ada memperlihatkan kejahilannya atau dengan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Sabah...
Bukan Isu Cina Melayu India Soal Nyawa Kilang Haram Bantah

Bukan Isu Cina Melayu India Soal Nyawa Kilang Haram Bantah

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 397 hits
Pemuda PAS solidariti penduduk bantah kilang haramSUNGAI PETANI Dewan Pemuda PAS Malaysia telah bersolidariti bersama para penduduk dan NGO membantah kewujudan kilang haram yang beroperasi melupuskan sisa plastik di Taman Songket Indah di s...
1969 Dr Mahathir Tulis Malay Dilemma Untuk Tagih Sokongan Melayu 2019 Dr Mahathir Gunakan Tulisan Jawi Pula

1969 Dr Mahathir Tulis Malay Dilemma Untuk Tagih Sokongan Melayu 2019 Dr Mahathir Gunakan Tulisan Jawi Pula

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 576 hits
Kenyataan Dr Mahathir Bahawa Dong Zhong Rasis Hanyalah Untuk Menarik Kembali Sokongan Orang Melayu The Malay Dilemma adalah retorik pembohongan sulong Dr Mahathir dalam menyelamatkan karier politik beliau Hilang kemasyhuran hilang kebanggaa...
Tempah Busana Tradisi Melayu Lelaki Bin Mansor

Tempah Busana Tradisi Melayu Lelaki Bin Mansor

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 1412 hits
Tempohari saya telah mnyertai flashmob awam yang bertemakan pakaian Retro dan Tradisional iaitu Memandangkan jiwa melayu terlalu kuat dalam diri saya maka saya telah memilih untuk memakai busana tradisional melayu Ada beberapa kedai di seki...
Surat Terbuka Untuk Melayu Liberal Melayu Moderate Dan Sahabat Kami Bangsa Cina Dan India

Surat Terbuka Untuk Melayu Liberal Melayu Moderate Dan Sahabat Kami Bangsa Cina Dan India

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 733 hits
Bukan Rasis Tapi Ini FaktaTanah Melayu diserang Khmer mana pergi Cina mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini Tanah Melayu diserang Chola mana pergi Cina mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini Tanah Melayu dis...
Santuni Mangsa Kebakaran Melayu India Cina Dr Rosni Adam

Santuni Mangsa Kebakaran Melayu India Cina Dr Rosni Adam

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 333 hits
PAS serah sumbangan mangsa kebakaran CherasBANDAR TUN RAZAK Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat Dr Rosni Adam telah turun padang menyantuni mangsa kebakaran di Taman Ikan Emas Cheras di sini kelmarin Lawatan itu sebagai ...
Bangsa Melayu Tentu Masa Depan

Bangsa Melayu Tentu Masa Depan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 353 hits
Bangsa Melayu mempunyai tanggungjawab penting menentukan masa depan dan hala tuju negara Perpaduan Melayu akan menguatkan lagi pengaruh dan peranan orang Melayu di negara ini Sehubungan ini nasionalisme Melayu yang dijadikan dasar perpaduan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025