Sidang Parlimen 18 Mei 2020 Dedahkan Tembelang Sebenar Pakatan Harapan



Persidangan Parlimen pada 18 Mei 2020 lalu, yang kononnya dinanti-nantikan oleh Pakatan Harapan akhirnya mendedahkan tembelang Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan menuduh TS Muhyiddin sengaja memberikan arahan supaya Dewan Rakyat cuma bersdiang satu hari sahaja kerana kononnya Muhyiddin takut dengan usul undi tidak percaya yang akan Pakatan Harapan adakan.

Kononnya Pakatan Harapan merasa sangat yakin yang mereka akan berjaya menumbangkan kerajaan yang memerintah sekarang kerana mereka mempunyai sokongan yang cukup dalam undi tidak percaya yang akan diusulkan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr. Mahathir.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seramai 117 Ahli Dewan Rakyat dilihat berada di blok kerajaan dan cuma 107 Ahli Dewan Rakyat berada di blok pembangkang, manakala seorang Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dari PKR/PH berkecuali.

Sekiranya undi tidak percaya diadakan juga pada 18 Mei yang lepas, berdasarkan kedudukan Ahli Parlimen, sudah terang lagi bersuluh, Pakatan Harapan akan tewas dalam undi tidak percaya tersebut.

Di manakah asasnya dakwaan Pakatan Harapan yang mereka sudah mempunyai bilangan sokongan Ahli Parlimen yang cukup dalam undi tidak percaya itu nanti?

Apakah Pakatan Harapan berharap ada Ahli Parlimen yang berada dalam blok kerajaan akan berpaling tadah dan menyokong undi tidak percaya itu nanti?


Kalau itu asas keyakinan Pakatan Harapan, pastinya mereka akan kecewa kerana Ketua Pembangkan mereka sendiri, Anwar Ibrahim, sudah mengeluarkan Surat Akujanji menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal.

Atau apakah Pakatan Harapan merancang untuk memalukan Dr. Mahathir dengan sengaja sabotaj usul undi tidak percaya yang akan dibawakan nanti?

Kalau memang itu tujuannya, maka jelas pada kita, tiada kesepakatan di dalam Pakatan Harapan.

Mereka saling pancung memancung, lebih teruk dari enau dalam belukar yang hanya mahu melepaskan pucuk masing-masing.

Dr. Mahathir Mahu Tipu Siapa Sebenarnya


Dalam satu sidang media yang Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan adakan selepas Persidangan Parlimen tempoh hari, sekali lagi Dr. Mahathir menipu dengan mengatakan kepimpinan tertinggi PPBM tidak pernah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan.

Tujuan Dr. Mahathir supaya Pakatan Harapan akan meletakkan segala kesalahan ke atas Muhyiddin dan Muhyiddin akan dilihat sebagai punca tersingkirnya Pakatan Harapan dari Putrajaya.

Namun apa yang berlaku adalah berbeza dari apa yang Dr. Mahathir katakan.


Ternyata Dr. Mahathir sendiri mempengerusikan mesyuarat MPT PPBM ketika keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dilakukan dan Dr. Mahathir sendiri bersetuju dengan keputusan itu.

Bekas Setiausaha Agong PPBM, Marzuki juga mengesahkan PPBM telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dan kepimpinan tertinggi PPBM telah menerima keputusan yang telah dibuat itu.

Siapakah yang mahu Dr. Mahathir tipu?


Legitimasi kerajaan sekarang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Apa lagi dalam titah pembukaan Persidangan Parlimen yang lepas, KBDYMM SPB YDP Agong sendiri mengakui kesahihannya dan baginda menjelaskan pemilihan Perdana Menteri adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


Malah secara sindiran, baginda menyatakan bahawa punca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan adanya pengkhianatan atau konspirasi tetapi segala-galanya berpunca dari sikap keras kepala DR. Mahathir yang tidak mahu mendengar nasihat baginda supaya tidak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Inilah wajah sebenar Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan.

Baling batu dan sembunyikan tangan, lurus di luar tetapi rencong di dalam.

Sebelum mendapat kuasa dalam PRU 14, sibuk menabur fitnah dan menipu serta bermain politik, selepas mendapat kuasa, masih lagi dengan sikap yang sama.

Dan percayalah, sekiranya mereka mendapat kuasa sekali lagi, sikap mereka akan menjadi lebih rakus lagi dari sebelum ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/05/sidang-parlimen-18-mei-2020-dedahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memahami Senario Parlimen 18 Mei 2020

Memahami Senario Parlimen 18 Mei 2020

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 307 hits
Ahmad Daniel Menjadi isu susunan tempat duduk Ahli Ahli Dewan Rakyat dalam menghadiri istiadat Titah DiRaja dalam Istiadat Pembukaan Parlimen bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini Susunannya diatur oleh kakit...
Covid 19 Batasi Sidang Parlimen 18 Mei

Covid 19 Batasi Sidang Parlimen 18 Mei

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 299 hits
220 Ahli Parlimen boleh hadir persidangan Dewan Rakyat esok KUALA LUMPUR Seramai 220 daripada 222 Ahli Parlimen disahkan negatif COVID 19 sekali gus membolehkan mereka menghadiri persidangan Dewan Rakyat esok Dua lagi ahli Parlimen tidak me...
Serah Dokumen Kepada Pm Speaker Agc Beritahu Peguam Cabar Sidang Parlimen 18 Mei

Serah Dokumen Kepada Pm Speaker Agc Beritahu Peguam Cabar Sidang Parlimen 18 Mei

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 433 hits
Persidangan 1 hari Dewan Rakyat pada 18 Mei dibantah oleh pembangkang yang mahu ia diadakan selama beberapa hari PETALING JAYA Pejabat Peguam Negara enggan menerima kertas mahkamah yang ditujukan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan ...
Pemerintah Tetapkan Idul Fitri 2020 Jatuh Pada Hari Ahad 24 Mei

Pemerintah Tetapkan Idul Fitri 2020 Jatuh Pada Hari Ahad 24 Mei

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 340 hits
Pemerintah Indonesia melalui Kementrian Agama menetapkan Hari Raya Idul Fitri 2020 Jatuh Pada Hari Ahad 24 Mei Ketetapan itu diputuskan dalam sidang isbat yang dihadiri MUI hingga Komisi VIII DPR Sidang isbat digelar di gedung Kementerian A...
Aidilfitri 1441h Pada Ahad 24 Mei 2020

Aidilfitri 1441h Pada Ahad 24 Mei 2020

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 510 hits
Aidilfitri 1441H pada Ahad 24 Mei 2020 Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini Bagi menyempurnakan titah perintah S...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai