Memahami Senario Parlimen 18 Mei 2020




Ahmad Daniel

‪Menjadi isu susunan tempat duduk Ahli-Ahli Dewan Rakyat dalam menghadiri istiadat Titah DiRaja dalam Istiadat Pembukaan Parlimen bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas hari ini.‬

‪Susunannya diatur oleh kakitangan pejabat Setiausaha Dewan Rakyat. Perlu difahami Setiausaha Dewan Rakyat yang baru dilantik pada 13 Mei 2020.‬

‪Akibat daripada susunan itu, ia menunjukkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin seolah-olah mempunyai majoriti dengan sokongan 114 Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Kekeliruan telah berlaku kerana terdapat MP pembangkang tersalah disenaraikan dalam blok Kerajaan yang memberi gambaran tidak tepat Kerajaan Muhyiddin mempunyai majoriti 2 kerusi.‬

‪Menurut plan tempat duduk itu juga, blok pembangkang terdiri daripada 107 Ahli Dewan Rakyat, iaitu DAP 42, PKR 39, Amanah 11, Warisan 9, Bersatu 5 dan UPKO 1.‬

‪Secara atas kertas dan mengikut plan pegawai Setiausaha Dewan Rakyat yang baru itu, Kerajaan Muhyiddin dilihat mempunyai 114 kerusi, Pembangkang 107 dan 1 Bebas.‬

‪Itu kedudukan atas kertas. Secara nyatanya, Kerajaan yang dikatakan bermajoriti 2 kerusi masih belum membuktikannya.‬

‪Petang ini, MP Sri Aman Masir Kujat yang disenaraikan dalam blok Kerajaan dengan secara terbuka mengorak langkah menjelaskan dia adalah pembangkang kepada Kerajaan Muhyiddin.‬

Masih ada beberapa MP yang diletakkan dalam blok Kerajaan belum jelas menyatakan sokongan mereka, samada bersama Kerajaan atau Pembangkang.‬

‪Oleh yang demikian, kedudukan terakhir atas kertas, blok Kerajaan mempunyai 113 kerusi, atau majoriti 1 kerusi masih diragui melainkan pengundian berlangsung.

‪Maka, tidaklah sukar untuk memahami kenapa Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga hari ini hanya 1 hari dan tiada sidang selepas Titah Diraja bagi mengelakkan Usul Undi Tidak Percaya itu daripada dibahas dan diundi. COVID-19 cuma helah untuk tidak meneruskan persidangan.‬

‪Apa yang menyulitkan Kerajaan jika persidangan diteruskan selepas Titah Diraja ialah PM Muhyiddin akan terdedah kepada Usul Undi Tidak Percaya.‬

‪Jika Usul itu dibenarkan, proses pengundian oleh Ahli-Ahli secara belahbahagian tidak dapat dielakkan.‬

‪Menurut Peraturan 46(4), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, jika lebih lima belas orang Ahli bangun meminta diadakan belahbahagian, maka Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat hendaklah memerintah diadakan belahbahagian itu.‬

‪Melalui proses belahbahagian, tiap-tiap Ahli akan ditanya dan dihitung undi samada ‘Bersetuju’ atau ‘Tidak’ atau menyatakan dengan jelas tidak hendak mengundi, yakni ‘Berkecuali’.‬

‪Dalam pengamatan aku, Usul Undi Tidak Percaya terhadap PM Muhyiddin lebih diyakini akan diluluskan melalui proses belahbahagian ini, dan Kerajaan akan dibuktikan tiada majoriti dalam Dewan.

‪Berdasarkan kepada latar ini, aku tidak hairan apabila melalui Titah Diraja, Kerajaan menyatakan “pemimpin politik supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik tidak menentu”.‬

‪Ramai rakyat yang di luar kancah Parlimen tidak mengetahui bahawa teks Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong dalam setiap kali Istiadat Pembukaan Parlimen adalah teks yang disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri.‬

‪Anwar Ibrahim sewaktu membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja suatu ketika dahulu pernah menyebutkan dalam Parlimen bahawa teks Titah DiRaja adalah disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri. Katanya, sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu, beliau pernah bertanggungjawab beberapa kali menyediakan teks Titah Diraja bagi Istiadat Pembukaan Parlimen.‬

‪Agong hanya membaca teks yang disediakan pihak Eksekutif. Secara praktisnya, Titah Diraja tersebut pada hakikatnya mewakili Kerajaan yang berkuasa. Oleh kerana itulah, menjadi kelaziman terdapat usul mengenai Titah Diraja dan dibahaskan dalam Parlimen.‬

‪Jika teks Titah Diraja itu mutlak disediakan Istana Negara, maka apa perlunya Parlimen membuat usul untuk perbahasan Dewan sebagai Aturan Urusan Mesyuarat?

‪Kerajaan Muhyiddin berkata, ia tidak mahu mengheret negara ke kancah politik tidak menentu.‬

‪Kenapa disebut demikian? Jawapan ialah kerana Kerajaan tidak yakin mempunyai majoriti mutlak dalam Dewan Rakyat jika Usul Undi Tidak Percaya dibahas dan diundi.‬

‪Aku berpendapat, jika Kerajaan yakin miliki majoriti, ayat “tidak mahu mengheret negara ke kancah politik tidak menentu” tidak akan menjadi sebahagian teks Titah Diraja yang disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri.‬

‪Untuk kekal berkuasa, PM Muhyiddin menunggangi alasan COVID-19 supaya Parlimen hanya 1 hari dengan Titah Diraja. Dalam pada itu, teks Titah disediakan Jabatan Perdana Menteri untuk menidakkan persidangan penuh Parlimen berlangsung.‬

‪Ini memberi nafas kelegaan politik jangka pendek kepada Kerajaan Muhyiddin untuk berkuasa paling tidak sehingga Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas yang akan bermula pada 13 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2020.‬




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/memahami-senario-parlimen-18-mei-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen 18 Mei 2020 Dedahkan Tembelang Sebenar Pakatan Harapan

Sidang Parlimen 18 Mei 2020 Dedahkan Tembelang Sebenar Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 492 hits
Persidangan Parlimen pada 18 Mei 2020 lalu yang kononnya dinanti nantikan oleh Pakatan Harapan akhirnya mendedahkan tembelang Pakatan Harapan Pakatan Harapan menuduh TS Muhyiddin sengaja memberikan arahan supaya Dewan Rakyat cuma bersdiang ...
Electronic Factory Operator 26 Mei 2020

Electronic Factory Operator 26 Mei 2020

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 336 hits
Portal ini menyediakan informasi jawatan kosong Sektor Kerajaan Swasta dan Latihan Industri di seluruh Malaysia Agensi Pekerjaan Dream Job Sdn Bhd mempelawa pada yang berkelayakan dan berminat bagi jawatan Electronic Factory Operator dengan...
Tiada Lagi Pengeluaran Wang Dari Boost Ke Akaun Bank Bermula Esok 18 Mei 2020

Tiada Lagi Pengeluaran Wang Dari Boost Ke Akaun Bank Bermula Esok 18 Mei 2020

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 319 hits
Boost merupakan salah satu perkhidmatan dompet digital yang popular yang turut mempopularkan penggunaan nirtunai di Malaysia Terbaru pihak Boost telah mengumumkan yang mana mereka akan melakukan naik taraf kepada perkhidmatan dompet digital...
Ucap Selamat Hari Guru 16 Mei 2020 Hanya Di Whatsup Sahaja

Ucap Selamat Hari Guru 16 Mei 2020 Hanya Di Whatsup Sahaja

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 488 hits
hai assalammualaikumUcap Selamat Hari Guru 16 Mei 2020 Hanya Di Whatsup Sahaja Semalam merupakan Hari Guru Sedunia untuk guru guru yang mengajar di sekolah Setiap 16 Mei merupakan Hari Guru bagi menghargai guru di atas jasa dan bakti mereka...
Junior Interior Designer 24 Mei 2020

Junior Interior Designer 24 Mei 2020

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 386 hits
Portal ini menyediakan informasi jawatan kosong Sektor Kerajaan Swasta dan Latihan Industri di seluruh Malaysia Triart Design mempelawa pada yang berkelayakan dan berminat bagi jawatan Junior Interior Designer dengan kelayakan berikut KELAY...
19 Mei 2020 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Perdagangan Gbp Usd

19 Mei 2020 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Cadangan Perdagangan Gbp Usd

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 326 hits
Prospek jangka masa teknikal untuk pasangan GBP USD kekal menaik selagi pergerakan menaik dikekalkan di atas 1 1890 1 1900 pada Carta H4 Baru baru ini kegigihan pergerakan menaik di atas 1 2265 telah meningkatkan pergerakan kenaikan harga s...
22 Mei Lihat Anak Bulan Syawal 2020

22 Mei Lihat Anak Bulan Syawal 2020

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 1073 hits
22 Mei lihat anak bulan Syawal 2020 Tarikh melihat anak bulan Syawal akan diadakan pada petang Jumaat 22 Mei bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah di 15 lokasi terpilih di seluruh negara menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja ...
Marketing Executive 23 Mei 2020

Marketing Executive 23 Mei 2020

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 325 hits
Portal ini menyediakan informasi jawatan kosong Sektor Kerajaan Swasta dan Latihan Industri di seluruh Malaysia Klinik Pergigian Redha mempelawa pada yang berkelayakan dan berminat bagi jawatan Marketing Executive dengan kelayakan berikut K...
Tea Lady Cum Office Cleaner 21 Mei 2020

Tea Lady Cum Office Cleaner 21 Mei 2020

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 431 hits
Portal ini menyediakan informasi jawatan kosong Sektor Kerajaan Swasta dan Latihan Industri di seluruh Malaysia AIO Synergy Holdings Berhad mempelawa pada yang berkelayakan dan berminat bagi jawatan Tea Lady cum Office Cleaner dengan kelaya...
Hati Saya Hancur Sedih Lihat Suami Disepak Heret Dan Curah Mi Goreng Di Kepala Isteri Oku Dipukul

Why Malaysians Are Stuck With Religious And Racial Syndrome And How To Overcome This Conundrum

Misi Jiwa Prihatin Mcm Ke Syria Bermula Harian Metro 19 01 2025

Perak Mca Alcohol Sale Already Banned In Manjoi Beware Of Expansion

Apa Nak Buat Kalau Geran Tanah Hilang

Nippon Paint Lancar Buku Cerita Superguardian Who Inspirasi Kediaman Lebih Sihat Dan Selamat

Bystander Apathy And What It Says About Us

Drama Boleh Saya Bantu 2


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


The U S Says Goodbye To The Who What S The Deal

Dato Lee Fook Yuen Driving Innovation And Success In Manufacturing

The Enchanted Garden Kuala Lumpur Akad Nikah

Mahesya Feat Fajar Sadboy Juleha Chord

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians