Sidang Dun Perak Diteruskan Esok Di Tengah Kemelut Politik



Di tengah kemelut politik Perak yang masih berlanjutan, Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu akan diteruskan esok.

Ini selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum diyakinkan mana-mana pihak mempunyai majoriti mudah untuk melantik seorang menteri besar berikutnya.

Speaker Dun Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan sidang DUN akan bersambung esok.

"Ya, sambung," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Malaysiakini menerima mesej yang mengatakan sidang DUN akan bermula petang esok.

"Mesyuarat ketiga tahun ketiga Dewan Negeri yang keempat belas Perak Darul Ridzuan. Dimaklumkan esok akan disediakan makan tengah hari bermula jam 12 tengahari," kata mesej berkenaan.

Kemelut politik di Perak bermula apabila Menteri Besarnya, Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan selepas tersingkir melalui usul undi percaya di Dun Perak pada 4 Dis lalu.

Berikutan itu, Umno yang mempunyai 25 Adun sebulat suara menamakan Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai calon menteri besar.



Bagaimanapun, Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini, menjelaskan Sultan Nazrin diyakinkan bahawa belum ada pihak mempunyai majoriti mudah.

Dia berkata demikian selepas Sultan memperkenankan sembah mengadap beberapa pemimpin yang menyampaikan pandangan masing-masing berhubung keadaan semasa dan pendirian parti dalam suasana politik di negeri itu.

Sementara itu, PAS negeri membatalkan rancangan mereka untuk mengadap sultan, manakala Bersatu berkata belum menerima titah baginda untuk menghadap.

Seseorang Adun memerlukan sokongan 30 Adun untuk mendapatkan majoriti mudah sebelum dilantik sebagai menteri besar.

Buat masa ini, DAP mempunyai 16 Adun, diikuti Amanah mempunyai lima Adun, Bersatu (lima) dan PKR serta PAS tiga Adun, satu Gerakan dan seorang Bebas.

Sementara itu, sumber dari Umno dan PKR memberitahu bahawa persidangan esok adalah untuk menangguhkan sidang kali ini untuk ke satu tarikh yang baru.

"Esok bersidang untuk bentang usul untuk tangguh dewan," kata sumber Umno Perak itu. Perkara itu turut disahkan oleh satu lagi sumber dari PKR.

"Ya, bersidang untuk tangguh dewan," katanya.

Mengikut undang-undang tubuh negeri Perak, kerajaan negeri perlu melantik menteri besar dan sekurang-kurangnya empat exco sebelum mengadakan persidangan Dun.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/sidang-dun-perak-diteruskan-esok-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Politik Perak Apa Sebenarnya Terjadi

Kemelut Politik Perak Apa Sebenarnya Terjadi

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 210 hits
Kemelut politik Perak Apa sebenarnya terjadi Oleh December 07 2020FB Nabeel Naqie IIIKemelut politik Perak bermula akibat ketidakpuasan hati ahli ahli UMNO terhadap Menteri Besar kerana beberapa perkara termasuk MB melanggar perjanjian deng...
Kemelut Politik Perak Perlantikan Mb Baharu Adalah Jalan Penyelesaian

Kemelut Politik Perak Perlantikan Mb Baharu Adalah Jalan Penyelesaian

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Pelantikan jawatan Menteri Besar baharu adalah penyelesaian terbaik terhadap kemelut politik di Perak ketika ini dengan calon yang dikemuka perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Penganalisis politik dari U...
Apa Penyelesaian Kemelut Politik Perak

Apa Penyelesaian Kemelut Politik Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 269 hits
Dalam perlembagaan negeri tidak ada satu kaedah khusus untuk menentukan cara seseorang Menteri Besar hilang sokongan majoriti Waktu DS Nizar hilang kuasa di Perak dahulu ia diukur melalui lompatnya tiga orang ADUN yang kemudiannya disahkan ...
Kemelut Politik Perak Patut Selesai Secara Rundingan Terlebih Dahulu Tuan Ibrahim

Kemelut Politik Perak Patut Selesai Secara Rundingan Terlebih Dahulu Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 298 hits
Oleh Disember 5 2020 2 25pmMenteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir serta petugas di Pusat Pemindahan Banjir di SK Tiong Kota BharuKOTA BHARU PAS menyifatkan kemelut politik y...
Kemelut Politik Perak Peja Mungkin Lupa Fakta Tapi Fakta Tak Pernah Lupakan Peja

Kemelut Politik Perak Peja Mungkin Lupa Fakta Tapi Fakta Tak Pernah Lupakan Peja

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 243 hits
Ada pihan cakap tindakkan oleh ADUN UMNO BN semalam di Dewan Undangan Negeri Perak semalam adalah satu tindakkan BIADAP dan KURANG AJAR Kerana padangan beliau itu satu tindakkan menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam Dan di katakan UMNO juga tel...
Kemelut Politik Di Perak Nasi Belum Menjadi Bubur

Kemelut Politik Di Perak Nasi Belum Menjadi Bubur

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 227 hits
Satu perkara yang cukup jelas adalah bahawa perlantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar dahulu adalah dibuat oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Ada rekod terbuka yang dilaporkan oleh media bahawa UMNO BERSATU dan PAS m...
Komentar Kemelut Politik Perak Dan Bahayanya Kepada Kerajaan Pm Muhyiddin

Komentar Kemelut Politik Perak Dan Bahayanya Kepada Kerajaan Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 242 hits
BERITAmediacorp Kegagalan Menteri Besar Perak dalam satu pengundian undi percaya minggu lalu banyak dilihat sebagai hasil kerjasama mengejut antara UMNO dengan DAP Apakah ini semua mencerminkan nasib yang sama bakal menimpa kepimpinan PM Mu...
Video Ph Perak Tentukan Keputusan Cadangan Berhubung Kemelut Politik

Video Ph Perak Tentukan Keputusan Cadangan Berhubung Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 279 hits
Kedudukan terkini kerusi DUN Perak KUALA LUMPUR Pemimpin Pakatan Harapan di Perak diberikan kuasa untuk memutuskan atau membuat sebarang cadangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri tersebut Pengerusinya PH Datuk Seri Anwar Ibrahim ber...
Mesyuarat Dewan Tertinggi Bn Tidak Tumpu Kemelut Politik Perak

Mesyuarat Dewan Tertinggi Bn Tidak Tumpu Kemelut Politik Perak

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional malam ini tidak membuat sebarang keputusan berhubung krisis politik di Perak walaupun kemelut itu ada dibincangkan Bendahari Agungnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata mesyuarat ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids