Sibuk Jual Air Balang Result Percubaan Spm Dapat Banyak D Keluarga Gert4k Suruh Berhenti Berniaga Terus Skor 8a
“KAMI sekeluarga tidak menyangka Anor akan mendapat keputusan yang cemerlang,” luah Mashitah Muhamad Basir selepas adiknya, Nu Insyirah berjaya memperoleh 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mana tidaknya, anak bongsu daripada enam beradik itu sering menghabiskan masanya dengan kerja dan bisnes sejak berusia 14 tahun lagi.
Malahan sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), dia berniaga air balang di tepi jalan pada masa sama mengikuti kelas online dalam suasana bising dengan bunyi kenderaan.
Menceritakan perihal adiknya itu, Mashitah yang kini berusia 24 tahun memberitahu, mungkin disebabkan terlampau sibuk melakukan kerja dan mencari duit tambahan, Anor hanya mendapat 2A sahaja selain beberapa D dalam keputusan peperiksaan percubaan SPM.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Anor gembira apabila mendapat keputusan cemerlang.
“Dia sibuk cari duit di usia muda sebab tak sampai hati nak minta duit daripada mak dan ayah.
“Iyalah, kalau nak mengikuti kelas online semestinya memerlukan capaian jalur lebar, jadi dia tidak mahu bebankan keluarga untuk membeli kad tambah nilai internet untuknya.
“Mak dan ayah ada hulur duit belanja, tapi dia lebih gemar untuk jadi seperti kakak-kakak dan abangnya yang suka mencari duit tapi dalam masa sama skor setiap mata pelajaran,” ujarnya sambil menambah, Anor pernah melakukan kerja sambilan di medan selera AEON, jual kuih raya, kerja di Hokkaido dan McDonald’s.
Anor berjaya membuktikan kemampuan dirinya sambil melakukan kerja sambilan.
Mengakui mereka bukanlah daripada kalangan keluarga yang susah, namun kata Mashitah, seolah ‘tradisi’ keluarga dia dan adik-beradik yang lain lebih gemar bekerja dan mencari duit sendiri.
Disebabkan itu, katanya, Anor memilih untuk bekerja sambil belajar dan tidak sangka apa yang dilakukan itu telah membentuk jati dirinya untuk menjadi insan yang lebih kuat serta tidak bergantung pada orang lain termasuk keluarganya sendiri.
“Sebab itu, bukan keputusan cemerlangnya yang dibanggakan, tetapi usaha dan kekuatan dia yang kami sanjungi.
“Dia menganggap belajar online itu sebagai satu kekuatan kerana dapat berada di rumah dan melihat muka ibu ayah yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
“Tambahan pula, dia satu-satunya anak yang tinggal bersama mak dan ayah. Anor juga selalu berkata ‘mak, tolong reda kan adik ya’ dan saya rasa kata-kata itu juga salah satu sebab dia berjaya,” luah Mashitah lagi.
Mashitah melihat sendiri kesungguhan yang ditunjukkan Anor ketika belajar.
Menurut anak keempat itu lagi, dia dan adik beradik yang lain pernah meminta Anor untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan selepas keputusan percubaan yang tidak member4ngsangkan.
Namun adiknya itu enggan menurut kata.
Dia memang cuba meyakinkan kami semua… memang masa tu, berharap dia dapat skor sekurang-kurangnya 5A saja sebab cita-cita dia nak jadi leftenan muda.MASHITAHMalah katanya, bagi melegakan hati semua pihak, Anor berjanji yang dia akan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar.
“Dia memang cuba meyakinkan kami semua… memang masa tu, berharap dia dapat skor sekurang-kurangnya 5A saja sebab cita-cita dia nak jadi leftenan muda dan memasuki UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia),” katanya.
Tambah Mashitah, adiknya itu kemudian melipat gandakan usaha bagi memenuhi janji yang disuarakan.
“Saya antara kakak yang rapat dengan dia dan saya lihat sendiri perubahan yang dilakukan… walaupun dia sibuk dengan kerja dan bisnes biskut, Anor tetap mencuri masa untuk belajar.
Keluarga bangga dengan keputusan Anor.
“Awal-awal pagi dia bangun untuk menelaah pelajaran. Sekiranya mempunyai masa terluang, dia akan manfaatkannya dengan belajar.
“Anor juga menjadi tempat rujukan rakan-rakannya belajar,” katanya yang turut gembira melihat usaha Anor akhirnya membuahkan hasil.
Menurut anak kelahiran Manjung, Perak itu lagi, sehingga kini adiknya masih lagi melakukan kerja sambilan.
Dia yakin bahawa adiknya itu sedang berusaha mengumpul duit belanja sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran nanti.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/06/sibuk-jual-air-balang-result-percubaan.html