Siasatan 1mdb Siap Dalam Tempoh 1 Hingga 2 Bulan Noor Rashid


GEORGE TOWN: Polis menjangkakan siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rahsid Ibrahim berkata ketika ini pihaknya sedang mengumpulkan semua keterangan dalam satu fail siasatan dan akan menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan selanjutnya.
Katanya lagi, pasukan khas yang menyiasat kes tersebut telah bermesyuarat dan membincangkan tindakan selanjutnya bagi memastikan siasatan kes itu berjalan lancar.
“Setakat ini siasatan berjalan lancar dan dalam masa singkat kita akan lengkapkan siasatan sepenuhnya. Itu tanggungjawab polis, kita kumpul keterangan dalam satu fail penyiasatan dan kita rujuk, serahkan kepada pendakwaraya.
“Pejabat Peguam Negara perlu diberi ruang dan masa. Setakat ini siasatan masih berjalan dan kertas siasatan akan dirujuk dalam masa terdekat. Diharap dapat siap dalam masa satu atau dua bulan. Kebanyakan keterangan telah diambil,” kata beliau selepas hadir pada program Kayuhan Solidariti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Noor Rashid berkata beberapa lagi individu yang terlibat dalam beberapa syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB akan dipanggil dan direkodkan keterangan untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpukan siasatan 1MDB kepada aspek pecah amanah, manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi fokus terhadap isu pengubahan wang haram.
Ketika ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan SPRM sedang giat mengumpul bukti kukuh bagi menyiapkan kes berkenaan termasuk transaksi haram yang dilakukan antara 2011 hingga 2014.
Siasatan melibatkan maklumat yang perlu dikumpulkan di sekurang-kurangnya lima negara asing.
Sebelum ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki menyatakan siasatan agensi antirasuah itu terhadap skandal 1MDB sudah mencapai tahap 60 peratus.
Katanya baki 40 peratus lagi sedang diusahakan dan ia melibatkan pengumpulan bahan bukti yang ada di luar negara.
The post Siasatan 1MDB Siap Dalam Tempoh 1 Hingga 2 Bulan – Noor Rashid appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/siasatan-1mdb-siap-dalam-tempoh-1-hingga-2-bulan-noor-rashid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Di Indragiri Hilir Jadi Budak Nafsu Ayah Tiri Hingga Hamil Tujuh Bulan

Anak Di Indragiri Hilir Jadi Budak Nafsu Ayah Tiri Hingga Hamil Tujuh Bulan

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 341 hits
Pelaku tega memerkosa anak tirinya berusia 13 tahun hingga hamil 7 bulan Padahal korban masih berstatus pelajar Sekolah Menengah Pertama
6 Bulan Tempoh Amaran Buat Perokok

6 Bulan Tempoh Amaran Buat Perokok

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 390 hits
Balqis Jazimah Zahari KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia tidak akan terburu buru mengeluarkan saman kepada perokok yang merokok di premis makanan dalam tempoh enam bulan pertama sebaik pelaksanaan larangan merokok di semua restoran dan premis m...
Tempoh 6 Bulan Untuk Sahkan 44 Barang Kemas Yang Dihantar Kepada Rosmah

Tempoh 6 Bulan Untuk Sahkan 44 Barang Kemas Yang Dihantar Kepada Rosmah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 301 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Kerajaan mempunyai tempoh masa enam bulan untuk mengesahkan sama ada 44 unit barang kemas bernilai US 14 79 juta atau hampir RM60 juta yang didakwa telah dihantar kepada Datin Seri Rosmah Mansor oleh seorang...
Pac Tangguh Siasatan Semula 1mdb Sehingga Kes Mahkamah Selesai

Pac Tangguh Siasatan Semula 1mdb Sehingga Kes Mahkamah Selesai

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 309 hits
Ronald Kiandee berkata PAC akan memulakan prosiding ke atas Laporan Pengauditan 1MDB pada minggu pertama Disember ini dengan memanggil Ambrin Buang sebagai saksi pertama KUALA LUMPUR Jawatankuasa Kira kira Wang Negara menangguhkan siasatan ...
Tm Mengumumkan Harga Pakej 100mbps Akan Kekal Rm129 Selepas Tempoh Kontrak 24 Bulan

Tm Mengumumkan Harga Pakej 100mbps Akan Kekal Rm129 Selepas Tempoh Kontrak 24 Bulan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 319 hits
Lanjutan daripada laporan kami pada awal pagi ini kini Telekom Malaysia melalui saluran rasmi mereka mengumumkan yang mana mereka akan mengekalkan harga pakej bulanan untuk pelan 100Mbps kepada RM129 pasca kontrak 24 bulan On the concerns r...
Resepi Mee Udang Sungai Dua Makan Hingga Terangkat

Resepi Mee Udang Sungai Dua Makan Hingga Terangkat

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 809 hits
RESEPI MEE UDANG SUNGAI DUA MAKAN HINGGA TERANGKATBahan2 1 kg mee kuning dicelur2 tangkai daun bawang di hiris halus1 biji cili merah dihiris halus3 keping tauhu digoreng dan dihiris3 biji telur rebus di belah3 biji limau nipis di belahsedi...
Bocah 8 Tahun Di Tanjung Balai Dibully Disuruh Minum Air Seni Hingga Kaki Terbakar

Bocah 8 Tahun Di Tanjung Balai Dibully Disuruh Minum Air Seni Hingga Kaki Terbakar

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 328 hits
Polisi tetap akan memproses kasus ini Karena pelaku dan korban masih anak anak kata Irfan pihaknya akan menggunakan UU Perlindungan Anak dan UU Sistem Peradilan Anak
Charoen Pokphand Kantongi Laba Rp 3 47 Triliun Hingga September 2019

Charoen Pokphand Kantongi Laba Rp 3 47 Triliun Hingga September 2019

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 203 hits
Menurut laporan keuangan per September 2018 yang dipublikasikan oleh Bursa Efek Indonesia Kamis penjualan konsolidasi CPIN mencapai Rp 39 38 triliun Angka ini meningkat 5 08 persen dari Rp 37 47 triliun pada Januari September 2017
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya