Pac Tangguh Siasatan Semula 1mdb Sehingga Kes Mahkamah Selesai


Nur Hasliza Mohd Salleh Ronald Kiandee berkata, PAC akan memulakan prosiding ke atas Laporan Pengauditan 1MDB pada minggu pertama Disember ini  dengan memanggil Ambrin Buang sebagai saksi pertama. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menangguhkan siasatan semula ke atas skandal 1MDB sehingga semua kes mahkamah membabitkan syarikat milik Kementerian Kewangan itu selesai.

Pengerusinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata keputusan itu dibuat atas nasihat peguam negara.
Katanya, beliau sudah memberitahu keputusan itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang akan memaklumkan kerajaan.

“Kita telah buat kenyataan bahawa prosiding terhadap 1MDB tidak boleh dibuat dan harus ditangguhkan sementara waktu kerana ada kes keterlibatan 1MDB di mahkamah,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 16 Ogos lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul supaya ketua audit negara dan PAC menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB serta syarikat berkaitan dengannya.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini berdepan puluhan pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB serta bekas anak syarikatnya, SRC International.

Prosiding ke atas laporan audit 1MDB diteruskan

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, PAC akan meneruskan prosiding dengan memanggil 2 saksi baru berhubung Laporan Pengauditan 1MDB oleh Jabatan Audit Negara yang dibentangkan kepada jawatankuasa itu pada Mac 2016.

Katanya, 2 saksi terbabit ialah bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Ketua Audit Negara ketika ini, Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Ronald berkata, PAC akan memulakan prosiding itu pada minggu pertama Disember ini dengan memanggil Ambrin sebagai saksi pertama.

“Dalam prosiding ini, PAC akan menyiasat sama ada wujud sebarang kekangan dan halangan yang dihadapi Jabatan Audit Negara dalam melaksanakan pengauditan terhadap syarikat 1MDB, selain jika terdapat sebarang ubah suai terhadap fakta serta maklumat dalam Laporan Pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC.”

Beliau memberi jaminan prosiding itu tidak akan mengganggu kes pendakwaan 1MDB di mahkamah.
Pada Mac 2015, Najib mengarahkan ketua audit negara meneliti akaun 1MDB dan menghantar laporan kepada PAC.

Laporan Pengauditan 1MDB itu diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia pada 22 Januari 2016, sebelum dibentangkan kepada PAC pada 4 Mac tahun sama.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan status rahsia Laporan Pengauditan 1MDB dibatalkan pada 15 Mei lalu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/pac-tangguh-siasatan-semula-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Justo Gembira Kes 1mdb Akhirnya Ke Mahkamah

Justo Gembira Kes 1mdb Akhirnya Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 325 hits
Justo gembira kes 1MDB akhirnya ke mahkamah Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 31 Oct 2018 11 43PM middot
Dana Gst Hilang Siasatan Selesai Akhir Tahun Ini Kata Pac

Dana Gst Hilang Siasatan Selesai Akhir Tahun Ini Kata Pac

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 311 hits
DENYUT REFORMASI KUALA LUMPUR Jawatankuasa Kira kira Wang Negara akan menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan RM19 4 bilion hilang daripada Tabung Bayaran Balik cukai barang dan perkhidmatan selewat lewatnya akhir tahun ini Pengerusinya Da...
Rosmah Tiba Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Untuk Sebutan Semula Kes

Rosmah Tiba Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Untuk Sebutan Semula Kes

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi bagi menghadiri sebutan semula kesnya melibatkan 12 pertuduhan dalam pengubahan wang haram dan lima pertuduhan k...
Ku Nan Ditahan Sprm Bantu Siasatan Kes Penjualan Tanah Dbkl Bernilai Rm5 63 Bilion

Ku Nan Ditahan Sprm Bantu Siasatan Kes Penjualan Tanah Dbkl Bernilai Rm5 63 Bilion

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 333 hits
PUTRAJAYA Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini Loading Difahamkan beliau tiba...
Siasatan Kapal Selam Scorpene Dibuka Semula

Siasatan Kapal Selam Scorpene Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 259 hits
Diterbitkan 19 Nov 2018 2 55 petang EKSKLUSIF Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka semula siasatan terhadap pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat ketika Najib Razak menjadi menteri pertahanan Sumber memberitahu Malaysiaki...
Mahkamah Persekutuan Sampaikan Keputusan Kes Bin Abdullah Minggu Depan

Mahkamah Persekutuan Sampaikan Keputusan Kes Bin Abdullah Minggu Depan

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 379 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis depan untuk menyampaikan keputusan dalam kes rayuan Jabatan Pendaftaran Negara dan dua pihak lagi berhubung sama ada anak orang Islam yang dilahirkan di luar nikah boleh d...
Siasatan 1mdb Siap Dalam Tempoh 1 Hingga 2 Bulan Noor Rashid

Siasatan 1mdb Siap Dalam Tempoh 1 Hingga 2 Bulan Noor Rashid

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 266 hits
GEORGE TOWN Polis menjangkakan siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rahsid Ibrahim berkata ketika ini pihaknya sedang...
Sprm Sahkan Paul Stadlen Di Syaki Terlibat Siasatan 1mdb

Sprm Sahkan Paul Stadlen Di Syaki Terlibat Siasatan 1mdb

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan seorang suspek lelaki warga Britain Paul Geoffrey Stadlen 39 yang dicari disyaki terlibat dengan skandal kes berprofil tinggi 1Malaysia DeveIopment Berhad Ketua Pesuruhjaya SPR...
Sertai Ph Bukan Alasan Tutup Siasatan Kes Pkr

Sertai Ph Bukan Alasan Tutup Siasatan Kes Pkr

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 223 hits
Astro AwaniOktober 31 2018 07 00 08Fahmi berkata isu tersebut akan dibincang dengan lebih lanjut di dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Sabtu Gambar failKUALA LUMPUR Penyertaan mana mana wakil rakyat Barisan Nasional ke dalam Pakatan...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi