Siasat Dr M Guan Eng Amat Keji Berterusan Menipu Rakyat



Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara, RCI Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr. Mahathir Dan Guan Eng
Posted by SnapShot at 5/12/2020Kalau kita imbas kembali kempen-kempen Pakatan Harapan sebelum PRU 14, isu yang menjadi kempen hangat mereka ialah keadaan hutang negara yang di dakwa melebihi RM1 trilion.

Malah sebaik saja membentuk kerajaan, Pakatan Harapan masih terus mendendangkan cerita yang sama.

Rakyat terus dimomokkan dengan cerita kononnya hutang negara yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional membuatkan negara berada dalam keadaan kewangan negara berada dalam keadaan yang cukup kritikal.

Malah Pakatan Harapan melancarkan Tabung Harapan yang berjaya mengumpulkan hingga melebihi RM200 juta hasil dari sumbangan rakyat Malaysia yang terpedaya dengan cerita Pakatan Harapan.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Pakatan Harapan membuat pinjaman luar yang bernilai ratusan bilion ringgit, menjual hampir semua aset strategik orang Melayu yang bernilai puluhan bilion ringgit lagi di Khazanah Nasional, Tabung Haji dan lain-lain.

Selepas itu harta Petronas pula dijarah berpuluh bilion ringgit, bantuan kepada merhaen, puluhan ribu penjawat awam diberhentikan kerja dengan alasan keadaan kewangan negara yang tenat dan rakyat diminta supaya mengikat perut kononnya untuk membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.

Selama hampir 22 bulan rakyat diperbodohkan dengan lakunan Pakatan Harapan.

Namun segala-galanya terbongkar apabila kerajaan sekarang mengumumkan bantuan segera kepada rakyat dengan dana melebihi RM250 bilion.

Rakyat tertanya-tanya, apakah hanya selepas sebulan Pakatan Harapan tumbang, secara-cara tiba-tiba kerajaan sekarang mempunyai kewangan yang kukuh sehingga berani membelanjakan RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Khas sempena Covid-19?

Bagaimana kerajaan sekarang mendapat duit tanpa membuat apa-apa pinjaman luar, malah tidak menjual apa-apa aset negara sedangkan sebelum ini Pakatan Harapan selalu memomokkan cerita hutang negara RM1 trilion?

Pekong Pakatan Harapan terbongkar dan sekali gus menjawab persoalan rakyat bila Menteri Kewangan sekarang, Tengku Zafrul membuat kenyataan beliau merasa hairan Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan di era Pakatan Harapan membuat pinjaman sedangkan keadaan kewangan negara kukuh!!!

Apa tujuan Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng berhutang?

Apa muslihat mereka?

Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negara?

Tengku Zafrul dilaporkan berkata :

"Adalah menjadi persoalan besar bagi saya kenapa kerajaan Pakatan Harapan begitu rakus membuat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kedudukan negara masih kukuh?"

"Apa sebenarnya motif Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu telah menimbulkan banyak tandatanya?"

Jelas, kenyataan Tengku Zafrul menjelaskan bahawa  negara tidak perlu membuat pinjaman luar negara.

Kenyataan Tengku Zafrul telah membongkar berhubung tujuan pinjaman tersebut dibuat.

Ada perkara yang disembunyikan oleh Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng dari pengetahuan rakyat berhubung tujuan pinjaman melalui bon samurai.

Sehubungan itu, adalah perlu bagi kerajaan menjalankan siasatan samada oleh SPRM atau pun satu RCI ditubuhkan bagi mencari jawapan mengapa Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng membuat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kewangan negara kukuh.

Lebih-lebih lagi Dr. Mahathir sendiri telah membuat kenyataan terakhir sebagai Perdana Menteri Interim, bahawa negara mempunyai simpanan dana kewangan bernilai RM2 trillion yang dikumpul ketika 9 tahun DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Lim Guan Eng tidak putus-putus membuat kenyataan menipu rakyat dan Parlimen kononnya beliau mengharungi keadaan getir apabila mendakwa 5 bulan pertama beliau hanya berbekalkan hanya RM450 juta sahaja.

Kenyataan Guan Eng ini ternyata disambut sinis oleh sebahagian besar rakyat kerana mereka tahu bayaran gaji dan elaun penjawat awam pun sudah lebih RM8 billion sebulan.

Tiada seorang pun penjawat awam yang tidak menerima atau terlewat dibayar gaji dan elaun masing masing.

Dan Dr. Mahathir ketika menjawat jawatan Perdana Menteri Interim menyatakan bahawa negara mempunyai dana yang besar adalah sesuatu yang jauh berbeza dari apa yang telah dinyatakan oleh Lim Guan Eng.

Mereka mesti disiasat supaya rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana yang akan menanggung dan membayar hutang-hutang tersebut adalah rakyat!!!

Amat keji bagi sesebuah kerajaan dari awal hingga akhir berterusan menipu rakyat kononnya kantung negara hampir kehabisan wang kerana kononnya telah dicuri oleh bekas Perdana Menteri sebelum itu semata-mata mahu membunuh imej personaliti tersebut.

Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan :

"Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan berhubung pengurusan kewangan negara tindakan tegas akan diambil."

Kredit :Cin-Ca Blogspot

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/siasat-dr-mahathir-dan-guan-eng-amat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara Rci Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr Mahathir Dan Guan Eng

Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara Rci Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr Mahathir Dan Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 469 hits
Kalau kita imbas kembali kempen kempen Pakatan Harapan sebelum PRU 14 isu yang menjadi kempen hangat mereka ialah keadaan hutang negara yang di dakwa melebihi RM1 trilion Malah sebaik saja membentuk kerajaan Pakatan Harapan masih terus mend...
Dr Mahathir Guan Eng Dianggap Tipu Tengku Zafrul Perlu Jelas

Dr Mahathir Guan Eng Dianggap Tipu Tengku Zafrul Perlu Jelas

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 412 hits
REAKSI Tengku Zafrul Tengku AzizTERDAPAT satu risalah disebarkan menerusi grup WhatsApp yang memberi kesan buruk khasnya kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas PM dan Lim Guan Eng sebagai bekas Menteri Kewangan dan kerajaan PH amnya Risal...
Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 439 hits
YM Tengku Zafrul Menteri kewangan hairan knapa Tun dan lim guan Eng membuat pinjaman sedangkan Kewangan negara kukuhApa tujuan Mahathir dan Lim Guan Eng berhutang APA MUSLIHAT MEREKA Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negar...
Thieves Not Dap Or Guan Eng Will Destroy Malays Warns Mahathir

Thieves Not Dap Or Guan Eng Will Destroy Malays Warns Mahathir

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 336 hits
Dr Mahathir Mohamad is embarrassed over the prevalent belief that DAP and its secretary general Lim Guan Eng s presence in the federal government would sound the death knell for Malays In his latest blog post the two time premier recalled h...
Ustaz Pas Pernah Samakan Guan Eng Dengan Khalfah Islam

Ustaz Pas Pernah Samakan Guan Eng Dengan Khalfah Islam

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 317 hits
Ipohmali Apakah kita masih ingat dalam tahun 2010 2 tahun selepas kemenangan Pakatan Rakyat ketika itu di Perak Kedah Selangor dan Pulau Pinang buat kali pertama dalam PRU 2008 Ada Satu peristiwa Khatib yang membaca Khutbah mendoakan di khu...
Anwar Cuba Nafikan Sumbangan Kerajaan Pada Rakyat

Anwar Cuba Nafikan Sumbangan Kerajaan Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 298 hits
Hanafiah dan AnwarKEMAMAN Exco Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat menyangkal dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kedai pajak gadai sesak adalah bu...
Terima Kasih Kepada Rakyat Kerana Buat Kawalan Kendiri

Terima Kasih Kepada Rakyat Kerana Buat Kawalan Kendiri

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 309 hits
Kerajaan bersedia dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID 19 dan mempunyai rancangan mengenainya Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu ada dibincangkan dan jika tercetus kembali kes positif yang naik
Untuk Apa Mukhriz Rayu Rakyat Terima Kembali Pemerintahan Ph Apakah Dia Lupa

Untuk Apa Mukhriz Rayu Rakyat Terima Kembali Pemerintahan Ph Apakah Dia Lupa

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 282 hits
Apakah maksud Mukhriz agar semua rakyat Malaysia menerima kembali pemerintahan kerajaan PH dan akan menerima semua DAP sebagai Menteri terutama Menteri Kewangan Rakyat ingin tahu adakah Mukhriz masih ingin kekalkan PH untuk memerintah kemba...
Ydp Dewan Rakyat Sahkan Terima Usul Shafie Apdal

Ydp Dewan Rakyat Sahkan Terima Usul Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 502 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff M Yusof mengesahkan ketulenan sekeping surat yang tular mengenai usul yang dikeluarkan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal Usul itu adalah mengenai ketetapan bahawa A...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut