Dr Mahathir Guan Eng Dianggap Tipu Tengku Zafrul Perlu Jelas


REAKSI  

Tengku Zafrul Tengku AzizTERDAPAT satu risalah disebarkan menerusi grup WhatsApp yang memberi kesan buruk khasnya kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas PM dan Lim Guan Eng sebagai bekas Menteri Kewangan dan kerajaan PH amnya.

Risalah itu mempersoalkan kenapa kepimpinan kerajaan PH dahulu membuat pinjaman wang sedangkan ia tidak perlu.

Risalah itu cuba mendedahkan kejahatan Mahathir dan Guan Eng membuat sesuatu yang tidak pun diperlukan menerusi pinjaman berkenaan.

Pinjaman itu dibuat untuk mengabui mata rakyat atas motif politik.

Risalah itu mengaitkan nama Menteri Kewangan kini Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kononnya telah membuat pendedahan negara tidak memerlukan pinjaman kerana kewangan negara mencukupi. Beliau dilaporkan terkejut dengan apa dilakukan kedua orang itu.

Kononnya pendedahan dan keterkejutan Menteri Kewangan itu didedahkan dalam satu kenyataan dan risalah itu mengutik pendedahan berkenaan untuk digubal menjadi risalah.

Apa yang hendak dijelaskan dalam risalah itu bahawa Mahathir dan Guan Eng sepakat membuat penipuan itu bagi mengabui mata rakyat. Pinjaman luar seperti Bon Samurai itu dibuat untuk mengelirukan rakyat kononnya negara benar-benar kehabisan duit seperti mana didakwa oleh Mahathir dan Guan Eng kerana dicuri Najib Razak.

Risalah ini sekarang beredar dalam grup-grup WhatsApp dan saya dikirimkan oleh seseorang rakan seminggu yang lalu. Meneliti kepada risalah ini ada nilai tersendiri. Tetapi dari segi "psikologi politik" ianya sebagai satu rekayasa untuk mencipta suasana agar rakyat membenci Mahathir dan Guan Eng dan kerajaan PH dahulu. Itu motifnya.

Persoalan membuku  minda saya, sekiranya apa dilapor dalam risalah berkenaan, bahawa Tengku Zafrul melahirkan keterkejutannya setelah menyemak perbendaharaan negara, benar, maka beliau perlu membuat kenyataan rasmi mendedahkan kedudukan kewangan negara kini.

Tengku ZAfrul perlu bercakap dalam kenyataan khas di televisyen atau ruang terbaik untuk beliau menzahirkan keterkejutan itu dan negara tidak "basat" seperti kata Mahathir ialah ketika menghadiri diri sebagai Menteri Kewangan pertama kali dalam sidang 18 Mei nanti.

Kalau setakat ia disebut "telah membuat kenyataan" kemudian dikutip oleh penulis risalah itu tanpa ada penghuraian lanjut dan mendalam, ia tidak boleh dipercayai dengan mudah dan kebenaran dakwaan risalah itu perlu disangsikan. Tengku Zafrul perlu bertanggungjawab untuk mengelakkan namanya dieksploitasikan untuk kepentingan politik atau dijadikan modal oleh peraih politik di luar sana.

Seperti mana disarankan dalam risalah itu untuk menunjukkan fakta yang disebut itu benar, dicadangkan agar SPRM menyiasat apa didakwa itu ataupun ditubuhkan RCI - Penyiasatan di Raja untuk menyiasat perkara berkenaan.

Iya wajar kalau SPRM menyiasat apakah Mahathir dan Guan Eng ada muslihat disebalik apa disebut "penipuan" itu untuk pengetahuan semua.

Siasatan dan penuntasan perkara ini penting agar penerima risalah berkenaan tidak menelan mentah-mentah seperti kucing belang menekan ikan tanpa cabut tulang dengan isi risalah berkenaan. Dan sekiranya ia didapati benar ada unsur penipuan oleh Mahathir dan Guan Eng mereka perlu dihukum kerana perbuatan mereka sesuatu yang keji kerana memperalat dan mempermainkan rakyat umum bagi mendapat sokongan.

Dalam pada itu, Dr Mahathir dan Guan Eng juga boleh menjelaskan berhubung tuduhan memburukkan mereka itu. Saya percaya kedua mereka sudah pun membaca atau mengambil maklum mengenai "keterkejutan" Zafrul itu. Bagaimana pun sampai kini belum ada apa-apa penjelasan daripada mereka. Apakah mereka menganggap ianya hanya sampah sahaja.

Risalah berkenaan mungkin bukan satu "maklumat" yang penting tetapi sedikit sebanyak bila ia disebarkan secara tersembunyi dalam grup-grup WhatsApp ia menyebabkan ada pihak yang mempercayainya. Mempercayainya sebelum ia diabsahkan, bermakna penerima risalah itu akan tertipu dua kali dalam satu masa.

Tertipu kononnya negara masih ada duit hanya Mahathir dan Guan Eng sengaja menipu mereka, dan satu lagi tertipu kerana kononnya negara ada duit sedangkan hakikatnya tidak dinyatakan kepada rakyat. [wm.kl.12:09 pm 09/05/2020]

Glossori: 
Basat = sesak, miskin, melarat (dialek Kelantan).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/05/dr-mahathir-guan-eng-dianggap-tipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara Rci Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr Mahathir Dan Guan Eng

Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara Rci Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr Mahathir Dan Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 469 hits
Kalau kita imbas kembali kempen kempen Pakatan Harapan sebelum PRU 14 isu yang menjadi kempen hangat mereka ialah keadaan hutang negara yang di dakwa melebihi RM1 trilion Malah sebaik saja membentuk kerajaan Pakatan Harapan masih terus mend...
Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 438 hits
YM Tengku Zafrul Menteri kewangan hairan knapa Tun dan lim guan Eng membuat pinjaman sedangkan Kewangan negara kukuhApa tujuan Mahathir dan Lim Guan Eng berhutang APA MUSLIHAT MEREKA Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negar...
Thieves Not Dap Or Guan Eng Will Destroy Malays Warns Mahathir

Thieves Not Dap Or Guan Eng Will Destroy Malays Warns Mahathir

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 336 hits
Dr Mahathir Mohamad is embarrassed over the prevalent belief that DAP and its secretary general Lim Guan Eng s presence in the federal government would sound the death knell for Malays In his latest blog post the two time premier recalled h...
Consider Dropping Accrued Interest Under Moratorium Tengku Zafrul Tells Banks

Consider Dropping Accrued Interest Under Moratorium Tengku Zafrul Tells Banks

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 358 hits
Finance Minister Tengku Zafrul Aziz today asked banks to consider abolishing accrued interest on hire purchase loans and fixed rate Islamic financing during the six month moratorium on repayments announced in March Tengku Zafrul said he is ...
Inilah Masa Bank Patut Bantu Rakyat Tengku Zafrul

Inilah Masa Bank Patut Bantu Rakyat Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR Institusi perbankan memiliki kemampuan untuk melupuskan faedah terakru bagi pinjaman sewa beli dan keuntungan bagi pembiayaan Islam berkadar tetap yang terbabit dalam tempoh moratorium enam bulan Menteri Kewangan Tengku Datuk S...
Tengku Zafrul Saran Institusi Kewangan Lupus Faedah Terakru Sepanjang Moratorium

Tengku Zafrul Saran Institusi Kewangan Lupus Faedah Terakru Sepanjang Moratorium

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 348 hits
Setelah mengambil kira permintaan rakyat Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyarankan agar semua institusi kewangan melupuskan faedah terakru atau keuntungan sepanjang tempoh enam bulan moratorium pembayaran balik...
Why Tengku Zafrul Should Resign

Why Tengku Zafrul Should Resign

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 334 hits
Finance Minister Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz has to quit if he ever wishes to spare the present government any more embarrassment and the people any more anxiety This is the first time the finance portfolio is assumed by a non politicia...
Covid 19 Effects Won T Impact 12th Malaysia Plan Tengku Zafrul

Covid 19 Effects Won T Impact 12th Malaysia Plan Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 341 hits
The 12th Malaysia Plan is not currently seen as being negatively impacted by the effects of the Covid 19 pandemic said Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz He said this was because the 12MP which covers the 2021 2025 period was a long ...
Siasat Dr M Guan Eng Amat Keji Berterusan Menipu Rakyat

Siasat Dr M Guan Eng Amat Keji Berterusan Menipu Rakyat

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 238 hits
Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara RCI Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr Mahathir Dan Guan EngPosted by SnapShot at Kalau kita imbas kembali kempen kempen Pakatan Harapan sebelum PRU 14 isu yang menjadi kempen hangat m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner