Siapa Yang Sesuai Berniaga Dan Bila Masa Paling Sesuai Untuk Berhenti Kerja Dan Berniaga




Adalah lebih mudah untuk berniaga atau jadi usahawan jika anda sudah tiada pilihan untuk menyara kehidupan selain dari berniaga.
Maksud saya, anda mungkin sangat sesuai untuk memulakan perniagaan jika berada dalam situasi seperti berikut di bawah.
1. Berhenti sekolah dengan keputusan yang teruk. Samada tamat tingkatan lima dengan keputusan peperiksaan yang teruk atau berhenti awal dari sekolah atas apa saja alasan sekalipun membuatkan anda terkeluar dari arus makan gaji dengan kerjaya yang baik.
Paling kuat, anda boleh jadi buruh kasar dan bina kemahiran perlahan-lahan dari bawah.
Jika anda bercita-cita tinggi nak kaya dan berjaya, maka pilihan terbaik adalah jadi usahawan.
Ramai yang memilih untuk jadi buruh kasar. Masih ok jika anda rancang untuk belajar selok belok industri tersebut dan beralih arah jadi taukeh bila dah bersedia nanti.
Atau anda boleh terus mula berniaga secara kecil-kecilan. Dengan bermula awal, anda  punyai peluang yang yang lebih cerah untuk berjaya. Mula berniaga ketika umur masih muda membolehkan anda gagal banyak kali sebelum berjaya

2. Habis Universiti tak ada kerjaSelalunya setelah selesai menuntut ilmu di Kolej atau Universiti, anda mula cari kerja makan gaji sesuai dengan status sebagai seorang terpelajar dalam bidang tertentu.
Ada yang buang masa lebih daripada setahun menunggu tibanya tawaran pekerjaan. 
Bagi yang bernasib baik, dapat tawaran dan mula kerja awal tapi sentiasa melompat dari satu kerja ke kerja yang lain sebab dirasakan tak serasi.
Samada tak dapat kerja atau kerja tak sesuai, apa kata jika anda memulakan perniagaan saja. Peluang untuk berjaya lebih baik daripada golongan yang saya sebut mula-mula di atas tadi. Biasanya pelajar yang ceburkan diri dalam perniagaan ni dah terdetik untuk berniaga ketika tahun akhir pengajian lagi.

3. Kena buang kerjaBila dah kena buang kerja, samada secara sukarela atau secara terpaksa, anda sudah tiada lagi sumber pendapatan. Ditambah lagi dalam keadaan ekonomi yang tak baik dan ramai majikan mula kurangkan jumlah pekerja mereka, peluang untuk anda dapat kerja baru adalah tipis.
Dalam keadaan begitu, memang sesuai sangat untuk mulakan perniagaan.
Anda yang pernah bekerja dah punyai rangkaian kawan-kawan yang agak baik. Anda juga mungkin dah mempunyai sedikit duit simpanan. Bagi yang mengambil skim VSS pula tentu ada sedikit pampasan.
Semua itu boleh dijadikan modal untuk memulakan perniagaan. Seeloknya cari bisnes yang modalnya kosong, jadi duit yang ada jadi bekalan untuk terus bertahan sehingga bisnes menjana jualan yang mencukupi. Mulakan dari kecil dan perlahan-lahan membesar.

4. Tamat perkhidmatan / Pencen. Ramai yang tanam impian untuk mula berniaga bila pencen nanti. 
Tapi saya lihat ramai yang terus pencen dan melayan kehidupan dengan tidak melakukan apa-apa pekerjaan. Mereka jadi ahli sukarela buat kebajikan masyarakat.
Barangkali ini jalan yang lebih selamat jika anda sudah punya simpanan yang mencukupi untuk Teruskan sisa-sisa kehidupan.
Bagi anda yang pencen dan punya kemahiran yang orang lain sanggup bayar untuk dapatkan khidmat atau kemahiran anda, ini masa yang sesuai untuk mulakan perniagaan. Yang pentingnya anda suka dengan perniagaan dan kerja yang dilakukan.
Berniaga atau makan gajiJika anda bukan dalam salah satu dari kategori yang saya sebutksan di atas, bermakna anda samada seorang usahawan atau masih ada kerja makan gaji.
Samada makan gaji atau berniaga, kedua-duanya merupakan jalan menyara kehidupan yang baik asalkan ada pendapatan yang halal. Teruskan saja.
Bagi yang sedang makan gaji dan dalam masa yang sama sangat teringin, mengidam untuk berniaga, akan ada masalah sikit. Kemungkinan besar anda sedang giat berniaga dan dalam masa yang sama makan gaji.
Ada dilema samada anda kerja part-time atau berniaga part-time. Selalunya anda kata kerja full-time, tapi amalan menunjukkan sebaliknya.
Jika dengan berniaga tidak mengganggu prestasi kerja makan gaji tidak apa. Pastikan juga tidak ada masa yang sepatutnya diperuntukkan kepada majikan, anda gunakan untuk perniagaan sambilan anda tu.
Yang penting anda pastikan kesemua perkara yang diamanahkan oleh majikan dapat diselesaikan dengan baik.
Jika dengan menjadi peniaga sambilan anda curi masa kerja, prestasi serta kerja anda macam melepaskan batok di tangga, elok difikirkan semula tindakan anda itu.
Anda WAJIB berhenti seandainya amanah dicurangi dan lebih parah lagi masa, peralatan, sumber bahan mentah dan lain-lain seumpamanya, diambil daripada majikan untuk kegiatan perniagaan anda. 
Itu namanya aktiviti HARAM. Sila buat pilihan samada nak kerja atau makan gaji.
Masa sesuai berhenti kerjaBagi anda yang sedang makan gaji dan teringin nak jadi usahawan, anda mungkin sedang menunggu masa yang sesuai untuk berhenti dan berniaga. 
Sudah tentu ada berbagai-bagai halangan yang terlintas dalam kepala yang menghentikan hasrat untuk letak jawatan dan berniaga.
Selalunya, alasan yang paling popular adalah “masih tak cukup modal”.
Jika anda benar-benar yakin dengan produk atau servis yang nak ditawarkan punya pasaran yang baik, modal tak sepatutnya dijadikan alasan. Anda boleh dapatkannya samada melalui wang simpanan, pinjam pada kawan serta sanak saudara, pinjam pada bank atau lain-lain seumpamanya. 
Perlu diusahakan dah kalau yakin sangat. Kalau tunggu dan tunggu, modal tidak akan datang bergolek.
Masalah utama anda masih makan gaji dan tidak berniaga sebenarnya adalah tidak adanya keberanian. Anda hanya jadikan alasan belum bersedia, belum pandai, belum ada duit dan modal, belum ada partner dan lain-lain bagi menutup ketakutan yang anda ada dalam kepala.
Dalam berniaga, tidak ada masa yang sesuai. Tidak wujud suasana ideal di mana apa yang anda perlukan untuk berjaya semuanya serba cukup. 
Sebab itu aktiviti berniaga dijalankan oleh usahawan, iaitu mereka yang sentiasa berusaha merealisasikan cita-citanya dengan menggunakan apa saja yang ada pada dirinya serta sekelilingnya. Anda bukan usahawan kalau tak ada sikap sedemikian.
Jadi jika anda tanya saya bila masa yang sesuai untuk letak jawatan dan berniaga, jawapan saya adalah, 
“SEKARANG”
Jika anda sudah ada rancangan serta produk untuk berniaga, berhenti saja. Nak takut apa lagi. Asalkan anda tak buat kerja gila berhenti kerja dan baru mahu fikirkan idea nak berniaga apa.
Jika anda nak berniaga sebab nak jadi kaya, elok teruskan saja kerja makan gaji tu. Boleh saja nak jadi kaya dengan makan gaji. Ada caranya jika anda bersabar dan berbelanja sebagai seorang yang ada hasrat nak jadi kaya.
Nak jadi kaya dengan berniaga juga anda perlu bersabar, malah lebih tinggi tahap kesabaran yang diperlukan berbanding nak jadi kaya dengan cara makan gaji. Sebab itu saya kata tak payah berhenti kerja kalau tujuan berniaga hanya untuk jadi kaya.
Rumusannya, kalau anda betul-betul ada produk atau servis yang baik mahu ditawarkan kepada orang ramai, berhenti kerja dan berniaga. Pulun sampai berjaya.
Kalau produk tak ada, makan gaji saja dan fokus kepada kerjaya anda sampai naik ke tahap yang paling tinggi.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/10/bila-masa-sesuai-untuk-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Tak Minta Lebih Bila Suami Bantu Bereskan Kerja Rumah Dialah Paling Bahagia

Isteri Tak Minta Lebih Bila Suami Bantu Bereskan Kerja Rumah Dialah Paling Bahagia

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 257 hits
Nak menggembirakan hati isteri sebenarnya bukanlah terlalu payah Cukup hanya membantunya mengurangkan beban dan tanggungjawab menguruskan rumah dan bantu kerja rumah isteri sudah terlalu bahagia Perkongsian seorang suami yang merupakan seor...
Apa Akan Berlaku Jika Bumi Berhenti Berputar

Apa Akan Berlaku Jika Bumi Berhenti Berputar

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 225 hits
Bila cukup satu putaran bumi mengelilingi matahari maka genaplah 365 hari di mana kita akan bertukar tahun Bumi berputar di atas paksi sambil mengelilingi matahari Sebab itu terjadi perubahan waktu dari siang ke malam Gambar hiasan Di luar ...
Hati Hati Bila Berhenti Di Traffic Light Anda Boleh Kena Denda Rm2000 Kalau Berhenti Terlebih Garisan Putih

Hati Hati Bila Berhenti Di Traffic Light Anda Boleh Kena Denda Rm2000 Kalau Berhenti Terlebih Garisan Putih

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 193 hits
Pengguna jalan raya perlu berwaspada dengan memastikan kenderaan yang dibawa tidak berhenti melepasi garisan putih ketika menunggu lampu isyarat bertukar Ia bagi mengelakkan anda daripada melakukan kesalahan sehingga boleh didenda oleh piha...
Video Luhut Blak Blakan Mengira Tni Ad Paling Hebat Ternyata Tidak

Video Luhut Blak Blakan Mengira Tni Ad Paling Hebat Ternyata Tidak

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 137 hits
Luhut menyadari luasnya batas negara Indonesia membutuhkan angkatan laut yang tangguh
Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia Bagi Mengisi 2 Jawatan Diperlukan

Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia Bagi Mengisi 2 Jawatan Diperlukan

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 167 hits
Untuk yang sedang mencari peluang pekerjaan kami ingin menyatakan bahawa iklan kerja kosong Universiti Putra Malaysia kini kembali dibuka Ini merupakan satu peluang besar untuk anda mengisi jawatan kosong bagi menjalankan operasi di Univers...
Kabut Asap Akibat Karhutla Kian Tebal Nelayan Di Jambi Berhenti Melaut

Kabut Asap Akibat Karhutla Kian Tebal Nelayan Di Jambi Berhenti Melaut

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 72 hits
Para nelayan khawatir terjadi tabrakan dan tersesat karena kabut asap membuat jarak pandang sangat pendek
Permohonan Kerja Tetap Petron Ambilan Besar Besaran Seluruh Malaysia

Permohonan Kerja Tetap Petron Ambilan Besar Besaran Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 349 hits
Petron Malaysia telah mengeluarkan permohonan kerja tetap petron bagi jawatan full time dan part time di beberapa cawangan petron di seluruh Malaysia Sehubungan itu sukacita kami kongsikan maklumat sedemikin dan mengharapkan kepada anda sem...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Tshirt Family Day 2024 Tempahan Tshirt Family Day

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat