Siapa Yang Lulus Buku Itu Pemuda Muafakat Nasional
Mohammad Arif Nizam                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Ketua  Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah 
Hamidi (tiga  dari kanan) bersama EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad 
Azri Wan Deris atau  Papagomo (dua dari kiri) dan Penolong Setiausaha 
Pemuda Pas, Mohd  Faizudin Zai (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis 
yang telah  dibuat mengenai individu yang megubahsuai lambang Jata Negara 
menjadi  muka hadapan buku bertajuk 'REBIRTH' di Ibu Pejabat Polis Daerah 
Dang  Wangi, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN             KUALA LUMPUR – Pemimpin sayap parti Barisan Nasional dan Pas mempersoalkan siapa yang meluluskan penerbitan buku yang bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’ , yang mana kulit muka depannya mempermainkan jata negara.
Mereka yang mewakili Muafakat Nasional turut hairan kerana  berdasarkan maklumat awal, buku itu telah dijual di pasaran negara ini  menerusi platform atas talian seperti Shopee dan Lazada.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan Deris atau lebih  dikenali sebagai Papagomo berkata, mereka masih menunggu keputusan  daripada Kementerian Dalam Negeri sama ada buku itu mendapat kelulusan  penerbitan.
“Kami dari Pemuda BN dan Pas menggesa KDN mengambil Langkah  sewajarnya bagi menghentikan sebarang propaganda yang menghasut rakyat  untuk membenci Jata Negara khusus kerajaan hari ini.
“Semua rekod seperti nama penulis dan syarikat penerbitan sudah  diserahkan kepada polis dan berharap tindakan dapat diambil dengan  tegas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat  Polis Dang Wangi bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah  Persekutuan, Mohamed Nizham Abdul Hamidi. Turut hadir, Penolong  Setiausaha 3, Pemuda Pas, Faizuddin Zai.

Ketua  Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham 
Abdullah Hamidi (kiri)  bersama EXCO Pemuda UMNO, Wan 
Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo  selepas selesai 
membuat laporan polis mengenai individu yang megubahsuai  
lambang Jata Negara menjadi muka hadapan buku bertajuk 
‘REBIRTH’ di Ibu  Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala 
Lumpur. foto MOHD ADZLANKulit buku itu menimbulkan kegusaran orang ramai kerana ia secara terang-terangan mempermainkan Jata Negara.
Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu mempamerkan sebuah  logo mirip Jata Negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka  hadapan turut dikongsi di pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat  buku, Ilham Books.
Sementara itu, Mohamed Nizham berkata, laporan polis yang dibuat  tidak melibatkan sentiment agama atau parti tetapi atas tanggungjawab  rakyat Malaysia.
Jelas beliau, solidariti semua pihak perlu kerana Jata Negara adalah lambang kedaulatan Malaysia dan institusi tertinggi negara.
“Isu ini adalah sensitif dan kita sebagai rakyat Malaysia kena faham  kerana ia sudah melampau apabila mula timbul bibit-bibit untuk  menjadikan suasana tidak stabil.
“Tidak sokong kerajaan tidak mengapa kerana kita sebuah negara  demokrasi. Tapi ini satu penghinaan kepada lambang negara dan laporan  polis perlu dibuat.
“Kita minta kerajaan hari ini, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri  Hamzah Zainuddin, pihak polis dan agensi berkaitan, sila ambil tindakan  tegas terhadap pereka yang menghina lambang negara.,” katanya. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/siapa-yang-lulus-buku-itu-pemuda.html