Siapa Tokoh Muda Dari Pkr Layak Sebagai Bakal Pm



TIGA perkara tidak diganggu oleh Inggeris semasa menjajah Tanah Melayu atau Malaya, iaitu kebudayaan Melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam. 
UMNO sudah kehilangan kubu negeri seperti Perlis, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Satu demi satu kubu-kubu ini terbarai melalui pilihan raya. Selangor ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008; Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu (PRU14); Johor dan Melaka (PRU14) dapat kembali melalui pilihan raya negeri (PRN) 2022; Perlis (PRU15).
Pahang tewas pada PRU15, tapi UMNO/Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa kerana mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan begitu juga Perak. Ini bermakna kubu UMNO di negeri-negeri Melayu hampir lupus sama sekali.
Dari segi faktor kepemimpinan utama UMNO dan pasukannya, tidak nampak menjadi tarikan penting kepada rakyat dan pengundi. 
Berdasarkan faktor-faktor di atas, tersangat sukar untuk UMNO kembali gemilang dan menjadi parti teras dalam pembentukan kuasa di Parlimen. Tempatnya diganti oleh PH dan mungkin kekal begitu untuk beberapa waktu. Atau mungkin diganti oleh Perikatan Nasional (PN).
Sekiranya UMNO kekal tidak berubah, mungkin hanya menjadi nasi tambah kepada sebarang pembentukan kerajaan akan datang. Atau dalam bahasa mudah, UMNO hanyalah menempel pada kekuatan dan kuasa parti lain atau sebarang kerajaan campuran.
Bersandarkan fenomena di atas, maka tokoh-tokoh muda dalam UMNO sudah tidak punya peluang untuk mencapai puncak kuasa negara sebagai Perdana Menteri (PM) biarpun dalam kalangan mereka mempunyai karisma seperti Khairy Jamaluddin, Isham Jalil, Shahril Sufian Hamdan, Datuk Mohd. Shahar Abdullah dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Khairy dan Shahril Sufian telah dipecat dari UMNO. Mohd. Shahar tewas dalam perebutan Ketua Pemuda UMNO. Isham tewas dalam PRU15. Asraf Wajdi tiga kali tewas dalam tiga PRU di tempat berbeza termasuk di kubu UMNO iaitu Parlimen Gerik pada PRU15.
Biarpun PN terutama Pas mempunyai ramai tokoh muda yang boleh meningkat naik dan ditonjolkan, sukar untuknya menjadi parti teras dalam pembentukan kerajaan campuran di Parlimen.
Agak sukar untuk Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menguasai lebih daripada 112 kerusi secara tersendiri. Rakannya, Gerakan, sebuah parti pelbagai kaum yang bergerak mewakili kaum Cina, sudah bankrap pengaruhnya. Malah, seperti mendukung biawak hidup kerana kehadirannya tidak membawa laba kepada PN.
Antara tokoh-tokoh muda dari PN yang berpotensi pergi lebih jauh ialah Ahmad Fadhli Shaari, Hafnan Hamimi Taib Azamudden, Hanafi Zulkapli, Muhamad Hanif Jamaluddin, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, di samping beberapa nama lain.
Begitu pun, parti yang mereka wakili akan menyukarkan untuk menuju puncak kuasa. Kecuali UMNO meninggalkan PH dan kembali bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN) dengan menerima Bersatu sebagai anggota baharu.
Dengan cara itu, berkemungkinan MN akan memenangi lebih 112 daripada 124 kerusi majoriti Melayu. Kalau tidak, tokoh-tokoh muda yang berpotensi itu tidak punya harapan menggenggam kuasa negara sebagai PM.
Sekiranya kerajaan PH-UMNO selain parti dari Sabah, Sarawak ini boleh bertahan sehingga tamat penggal, maka tokoh-tokoh muda dari PKR mempunyai peluang untuk menjadi PM menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. PKR akan kekal menjadi teras kepada kerajaan campuran sepertimana sekarang.
MALAP
UMNO tidak mampu mencabar PKR yang menjadi dominan kerana kedudukannya di dalam kerajaan dan perlu mendapatkan kerusi selamat semasa PRU16 melalui ihsan PKR.
UMNO memerlukan kerusi di mana pengundinya 65 peratus ke bawah adalah Melayu yang membolehkan mereka menang. Sedangkan kerusi-kerusi tersebut adalah milik dan kubu PKR. Bersediakah PKR turut memfaraidkan kerusi-kerusi tersebut?
Terdapat ramai tokoh muda dalam PKR yang berkarisma serta berpengaruh pada masa ini.
Mereka sentiasa dalam radar penganalisis, pemerhati dan pemain politik serta rakyat yang prihatin terhadap Datuk Seri Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli di mana mereka berumur dalam lingkungan 40-an.
Empat tokoh muda inilah yang sangat menonjol dan mendapat perhatian ramai. Mereka antara pesaing untuk mencapai puncak kuasa.
Masing-masing mempunyai kelebihan dan memiliki tapak kukuh untuk memanjat ke atas. Mempunyai kedudukan di dalam parti dan jawatan dalam kerajaan kecuali Nurul Izzah.
Tokoh berumur 30-an pula, nampaknya Adam Adli Abd. Halim tidak disaingi oleh mana-mana pemuda seangkatan dengannya di dalam dan di luar PKR. Adam Adli adalah sebuah bintang yang gemerlap.
Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR dan menjadi Menteri Ekonomi dalam Kabinet Anwar. Sebelum menjadi menteri dan semasa pembangkang, beliau dilihat sebagai tokoh hebat dan serba boleh.
Beliau mampu membongkar banyak skandal dalam kerajaan BN dan mengkritik malah ‘membodohkan’ sesetengah menteri BN.
Begitupun, selepas menjadi Menteri Ekonomi, beliau tidak mampu memberi idea-idea bernas kepada kerajaan. Akhirnya, rakyat melihat cara beliau berfikir dalam menghadapi kenaikan harga barang sama sahaja dengan menteri UMNO yang dikatanya bodoh semasa sebagai pembangkang.
Apa yang jelas, beliau semakin melalut, malah ramai menggesanya melepaskan jawatan disandangnya. Melihat kepada kenyataannya, banyak menyanggah secara terbuka terhadap Presiden parti dan PM.
Kadangkala secara terbuka mengkritik dasar dibuat oleh PM, di mana beliau melontarkan kepada masyarakat idea berbeza. Seolah-olah memberi gambaran terdapat pertembungan, pertelagahan dan perpecahan di dalam Kabinet.
Sebagai anggota Kabinet, beliau tidak wajar menunjukkan perbezaan dengan PM kepada umum. Itu sangat jelas beliau tidak berdisiplin kepada Kabinet dan Presiden parti. Dari sumber dipercayai, Rafizi bukanlah seorang tokoh yang boleh bekerja secara berpasukan.
Beliau bekerja secara individu dan merasakan dirinya lebih pandai dalam segala hal. Sekiranya beliau mempunyai sikap sedemikian, maka terlalu sukar untuknya mencapai puncak.
Ada yang meramalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR akan berakhir pada pemilihan parti di masa depan.
Sekiranya perkara tersebut terjadi, maka Rafizi akan terkeluar secara automatik daripada persaingan menuju ke puncak kuasa. Nampaknya, bintang beliau semakin pudar serta malap.

Oleh Kamarazaman Yacob Penganalisis politik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/siapa-tokoh-muda-dari-pkr-layak-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerindra Bakal Bertemu Pkb Bahas Wacana Koalisi Besar

Gerindra Bakal Bertemu Pkb Bahas Wacana Koalisi Besar

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 183 hits
Sekretaris Jenderal Partai Gerindra Ahmad Muzani mengatakan pihaknya bakal bertemu dengan Partai Kebangkitan Bangsa pada Senin Pertemuan tersebut akan digelar di kediaman Ketua Umum Partai Gerindra Prabowo Subianto di Kertanegara Jakarta
Dolar As Bakal Hadapi Krisis Malaysia Perlu Bersedia

Dolar As Bakal Hadapi Krisis Malaysia Perlu Bersedia

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 164 hits
NURFARDLINA IZZATI MOKTARSHAH ALAM Malaysia perlu bersiap sedia untuk beralih daripada penggunaan dolar Amerika Syarikat dengan menggunakan mata wang baharu yang disepakati berikutan mata wang negara berkenaan bakal menghadapi krisis Presid...
Kongsi Bakal Rakam 3 Muzik Video April Nanti Exo Nyanyi Lagu Baru Di Fan Meeting Exo Clock

Kongsi Bakal Rakam 3 Muzik Video April Nanti Exo Nyanyi Lagu Baru Di Fan Meeting Exo Clock

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 234 hits
Setelah sekian lama peminat akhirnya dapat lihat EXO kembali bersama sebagai satu kumpulan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru EXO telah mengadakan acara pertemuan peminat EXO CLOCK di KSPO Dome bagi meraikan ulang tahun debut mereka yang ke 11 Untuk...
Nama Anak Sebelum Kahwin Dah Pilih Remy Ishak Suka Gabungan Nama Teruja Bakal Jadi Ayah

Nama Anak Sebelum Kahwin Dah Pilih Remy Ishak Suka Gabungan Nama Teruja Bakal Jadi Ayah

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 284 hits
Aktor berbakat besar Remy Ishak telah diketahui ramai bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi Katanya dia sudah pun menyediakan senarai nama buat bayi yang bakal dilahirkan nanti Sumber foto Instagram Remy Ishak Remy turut berkongsi bah...
Rating Jatuh Ke 1 Kini Master In The House 2 Sah Bakal Tamatkan Siaran

Rating Jatuh Ke 1 Kini Master In The House 2 Sah Bakal Tamatkan Siaran

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 182 hits
Sepertinya ada berita kurang enak buat peminat rancangan Master In The House ARTIKEL BERKAITAN Pada pagi ini berterbangan khabar angin mengatakan bahawa musim kedua program SBS itu bakal menamatkan siarannya tak lama lagi Respon saluran tel...
Mahfud Md Bakal Bentuk Satgas Telusuri Transaksi Janggal Rp349 T

Mahfud Md Bakal Bentuk Satgas Telusuri Transaksi Janggal Rp349 T

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 198 hits
Menteri Koordinator bidang Politik Hukum dan Keamanan Mahfud MD menegaskan pihaknya akan membentuk tim gabungan atau satgas untuk menelusuri kembali transaksi mencurigakan senilai Rp 349 triliun yang terjadi di lingkungan Kementerian Keuang...
Song Hyekyo Vs Park Eunbin Netizen Teka Bakal Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Baeksang Ke 59

Song Hyekyo Vs Park Eunbin Netizen Teka Bakal Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Baeksang Ke 59

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 271 hits
Sepertinya akan ada persaingan sengit antara drama Extraordinary Attorney Woo dan The Glory untuk Anugerah Baeksang ke 59 ARTIKEL BERKAITAN Pada pagi ini sekretriat anugerah berkenaan telah berkongsi kesemua kategori yang dipertandingkan pa...
Aplikasi Kliksens Untuk Bakal Jutawan Yang Malas Bekerja

Aplikasi Kliksens Untuk Bakal Jutawan Yang Malas Bekerja

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 625 hits
Jika anda rajin bekerja setiap hari dari jam 8 pagi ke 7 malam maka aplikasi telefon bimbit ajaib ini tidak sesuai langsung untuk orang orang yang rajin bekerja seperti anda Jika anda malas bekerja dan tiada modal satu sen pun maka aplikasi...
Bakal Jemaah Umrah Tuntut Emraz Kembalikan Pasport Wang Rm1 8 Juta Metro Tv Harian Metro 04 04 2023

Bakal Jemaah Umrah Tuntut Emraz Kembalikan Pasport Wang Rm1 8 Juta Metro Tv Harian Metro 04 04 2023

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 317 hits
Kuala Lumpur Kira kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel Tours Sdn Bhd menuntut wang yang keseluruhannya dianggarkan RM1 8 juta serta pasport dikembalikan selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu sepert...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri