Bakal Jemaah Umrah Tuntut Emraz Kembalikan Pasport Wang Rm1 8 Juta Metro Tv Harian Metro 04 04 2023


 

Kuala Lumpur: Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut wang yang keseluruhannya dianggarkan RM1.8 juta serta pasport dikembalikan selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.
Seorang daripada mangsa Sharul Azuan Mohd Said, 46, berkata dia kecewa selepas hasrat untuk menunaikan umrah dan menyambut Ramadan di Tanah Suci tidak kesampaian.
Penolong Pegawai Perubatan Hospital Seremban itu berkata, dia sudah membuat bayaran penuh sebanyak RM43,000 iaitu bayaran pertama RM25,000 pada 3 Disember lalu dan selebihnya pada 26 Januari lalu untuk dia, isterinya dan tiga anaknya menunaikan umrah.
"Kami jual kereta untuk capai niat tunai umrah pada Ramadan, sebelum ini saya sudah menunaikan umrah namun dengan agensi lain.
"Kami mahu mencuba Emraz apabila melihat iklannya di Facebook (FB) yang meyakinkan sebab baru dapat anugerah cemerlang tahun lalu.
"Seminggu sebelum tarikh penerbangan dijanjikan iaitu 22 Mac, mereka masih tak bagi apa-apa maklumat termasuk visa dan sebagainya menyebabkan saya rasa curiga.
"Apabila tanya dalam kumpulan sembang WhatsApp pihak agensi hanya berdiam diri. Telefon tak berangkat. Apabila pergi ke pejabatnya, kami diberi tarikh penerbangan lain, tunda kepada 29 Mac namun tiba tarikh itu, ditunda lagi ke 1 April kemudian terus senyap. Apabila kita pergi ke pejabatnya, sudah tutup," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Dia antara sekumpulan 70 jemaah umrah berkenaan yang membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu berkenaan dengan sebaik mungkin.
"Kejadian seperti ini berlaku berulang kali setiap kali musim umrah dan haji. Mangsa sama ada terkandas di lapangan terbang atau hotel. Malah ada yang tak balik ke kampung, malu dah buat kenduri kesyukuran.
"Syarikat betul satu hal dan syarikat 'scam' pun banyak. Nak tahu ke mana duit (bayaran kepada agensi untuk tunai umrah) itu pergi?
"Saya tidaklah nak mengatakan agensi diadukan ini adalah tak betul, tetapi ia jelas sudah membabitkan kegagalan apabila jemaah gagal menunaikan umrah.
"Masalah terkini berkait harga tiket, hotel tetapi ini sebenarnya masalah tahunan yang sewajarnya sudah ada persediaan," katanya.
NADZIM (empat kiri) bersama-sama mangsa penipuan jemaah Umrah Emraz. FOTO Amirudin Sahib.
Kelmarin, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.
TH dalam kenyataannya, berkata keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan.
Jumaat lalu turut berlaku kekecohan di pejabat syarikat terbabit selepas kira-kira 60 bakal jemaah umrah menyerbu pejabat bagi menuntut semula bayaran yang dijelaskan.
Susulan kekecohan terbabit, syarikat itu kemudian mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan trip sempena Ramadan disebabkan kenaikan mendadak kos dari segi penginapan dan tiket kapal terbang.
Katanya, ia berikutan permintaan tinggi seluruh dunia selepas kelonggaran pada sekatan Covid-19 di Arab Saudi berbanding Ramadan tahun sebelumnya.
Artikel oleh: Harian Metro
BAKAL JEMAAH UMRAH TUNTUT EMRAZ KEMBALIKAN PASPORT, WANG RM1.8 JUTA [METRO TV]
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/953185/bakal-jemaah-umrah-tuntut-emraz-kembalikan-pasport-wang-rm18-juta-metrotv



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/04/bakal-jemaah-umrah-tuntut-emraz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 162 hits
Kuala Lumpur Kegiatan mempromosikan judi dalam talian secara terbuka di platform media sosial yang semakin agresif perlu dibendung bagi mengelak wujud lebih ramai kaki judi hingga mengundang kerosakan kepada masyarakat Ketua Aktivis Persatu...
Misi Kwsp Norazlan Tiba Di Kl Selepas 5 Hari Jalan Kaki Harian Metro 03 04 2023

Misi Kwsp Norazlan Tiba Di Kl Selepas 5 Hari Jalan Kaki Harian Metro 03 04 2023

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 295 hits
Kuala Lumpur Pemandu teksi Norazlan Ismail selamat tiba ke ibu negara malam semalam selepas lima hari berjalan kaki dari Tol Skudai Johor Bahru Johor menuju Istana Negara di sini dalam membawa misi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan...
20 Along Wanita Agresif Langsi Di Lembah Klang Harian Metro 06 04 2023

20 Along Wanita Agresif Langsi Di Lembah Klang Harian Metro 06 04 2023

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 249 hits
Kuala Lumpur Lebih 20 along wanita dikesan aktif mengumpan mangsa untuk membuat pinjaman di ibu negara sejak dua tahun lalu Mereka dikatakan lebih agresif dan akan mengugut peminjam yang gagal melunaskan bayaran atau memberikan wang yang di...
Along Hina Islam Ugut Peminjam Harian Metro 27 03 2023

Along Hina Islam Ugut Peminjam Harian Metro 27 03 2023

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 294 hits
Kuala Lumpur Syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau along bukan saja semakin rakus mengaut keuntungan dengan memeras ugut mangsa malah turut didakwa menghina agama Islam Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia Muhammad Zharif Jo...
Penyedia Platform Media Sosial Perlu Hentikan Iklan Judi Harian Metro 30 03 2023

Penyedia Platform Media Sosial Perlu Hentikan Iklan Judi Harian Metro 30 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 377 hits
Artikel oleh Harian MetroPENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PERLU HENTIKAN IKLAN JUDI
Jual Kereta Untuk Tunai Umrah Malangnya Berita Harian Online 04 04 2023

Jual Kereta Untuk Tunai Umrah Malangnya Berita Harian Online 04 04 2023

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 632 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel Tours Sdn Bhd menuntut kembali wang dianggarkan berjumlah RM1 8 juta selain passport selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan ...
Sindiket Judi Didalangi Warga Asing Kaut Rm1 5 Juta Setahun Tumpas

Sindiket Judi Didalangi Warga Asing Kaut Rm1 5 Juta Setahun Tumpas

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 359 hits
Ruslin Jusoh menunjukkan barang rampasan pada sidang media hari ini PETALING JAYA Satu rangkaian sindiket perjudian dalam talian yang didalangi warga asing lumpuh selepas 15 individu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pa...
Sebutan Kes Saman Rm1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap Cmk Pada 21 Jun Ini

Sebutan Kes Saman Rm1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap Cmk Pada 21 Jun Ini

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 260 hits
TEMERLOH Sebutan kes saman RM1 juta yang difailkan oleh Kerajaan Pahang terhadap aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli 52 akan didengari di Mahkamah Tinggi Temerloh di sini pada 21 Jun 2023 ini Terdahulu Shukri yang hadir dalam prosidin...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 3 April 2023

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 3 April 2023

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 328 hits
Gambaran Teknikal Pasaran Pasangan mata wang GBP USD telah membuat satu lagi corak Higher High baharu pada tahap 1 2422 walau bagaimanapun pada carta 4 Jam rali telah berakhir dengan graf lilin Pin Bar dibuat dalam keadaan pasaran yang terl...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Pas Backs Ex Lecturer In Ongoing Legal Dispute With Hannah Yeoh

Keindahan Alam Dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati Kangar

A Parent S Confessional Upkk Just Kafa Or The Real Deal

Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia

Kaedah Geofizik Dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

Teknologi Dan Keperluan Bilik Bersih Dalam Industri Semikonduktor