Siapa Shamsul Iskandar Kejamnya Survey Invoke Ni





Sebuah tinjauan terhadap pengundi di kawasan pengikut setia Anwar Ibrahim menunjukkan presiden PKR itu hanya mendapat sokongan sebanyak 4% sebagai perdana menteri, ditinggalkan jauh di belakang Muhyiddin Yassin yang mendapat sokongan 50% bagi jawatan nombor satu negara itu.
Tinjauan yang dijalankan di Hang Tuah Jaya, sebuah kerusi Parlimen Melaka yang disandang Shamsul Iskandar Akin dari PKR telah melibatkan 500 pemilih yang layak mengundi.

Tinjauan tersebut dilaksanakan oleh Invoke, sebuah firma analisis data yang diketuai Rafizi Ramli, seorang lagi pengikut setia Anwar dan bekas ahli Parlimen Pandan.
Dalam tinjauan yang didukung portal berita Malay Mail itu, ia mendapati kebanyakan pengundi kawasan itu (89%) tidak mengenali Shamsul sebagai wakil rakyat mereka, sementara 74% lagi berkata mereka tidak pernah mendapat bantuan daripada beliau.

Dijalankan dalam tempoh satu bulan antara 26 Ogos hingga 2 Oktober tahun lalu, tinjauan tersebut adalah sebahagian daripada tinjauan yang lebih luas “bagi mengukur sentimen pengundi selepas enam bulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional yang tidak dipilih melalui pilihan raya,” kata Malay Mail.
Melibatkan 6,000 pengundi di enam kawasan yang diwakili ahli politik kanan. Selain Hang Tuah Jaya, lima kawasan lain yang menjadi sasaran tinjauan termasuk Gombak yang diwakili bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, Johor Baru (Akmal Nasrullah Mohd Nasir dari PKR), Seremban (Anthony Loke dari DAP), Tanjong Malim (Chang Lih Kang dari PKR) dan Wangsa Maju (Tan Yee Kew dari PKR).

Invoke menyimpulkan bahawa tinjauan mengenai Shamsul menimbulkan persoalan sama ada beliau mampu mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya akan datang.
Ia turut berkata bahawa peratusan penerimaan yang rendah terhadap Anwar juga menunjukkan bahawa pengundi bukan sahaja tidak yakin dengan pemimpin PKR, bahkan mula “mengalihkan sokongan mereka daripada perdana menteri sebelumnya”.

“Kekurangan kepercayaan terhadap pemimpin kawasan di samping kurangnya kehadiran Shamsul Iskandar sebagai ahli Parlimen mungkin memberi maksud bahawa PKR akan hilang kerusi Hang Tuah Jaya,” kata Invoke seperti yang dilaporkan Malay Mail.
Sebelum ini, tinjauan serupa turut dijalankan di kawasan Gombak yang merupakan kubu kuat Azmin. Dalam tinjauan itu, Muhyiddin turut mendahului calon-calon lain dalam penerimaan terhadap beliau sebagai perdana menteri.

Antara penemuannya menunjukkan Azmin, yang keluar dari PKR bagi membentuk gabungan PN bersama Muhyiddin selepas kejatuhan PH tahun lalu, sebagai ahli Parlimen yang sangat dikenali, dengan 50% pengundi dapat menamakan beliau sebagai wakil rakyat.
Pengundi yang ditinjau di Gombak turut menempatkan Muhyiddin jauh di depan sebagai perdana menteri (46%), berbanding Anwar (8%) dan Najib (3%) ~ MalaysiaNow


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/siapa-shamsul-iskandar-kejamnya-survey.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Survey Invisible To Voters And Weighed Down By Anwar Pkr S Shamsul Iskandar On Thin Ice In Hang Tuah Jaya

Survey Invisible To Voters And Weighed Down By Anwar Pkr S Shamsul Iskandar On Thin Ice In Hang Tuah Jaya

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 198 hits
PKR information chief Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin speaks during the PKR Information Convention in Ampang July 26 2020 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR April 27 PKR s Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin could struggle to defend hi...
70 Of Malaysian Employers Want To Vaccinate All Staff Survey Finds

70 Of Malaysian Employers Want To Vaccinate All Staff Survey Finds

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 222 hits
A survey by a human resources firm reveals that the vaccination intent of Malaysian employers is higher than that of Australia the UK and New Zealand PETALING JAYA Seventy per cent of Malaysian businesses will mandate Covid 19 vaccinations ...
Ahli Keluarga Bertambah Kena Tukar Kereta Besar Jom Survey 7 Mpv Terbaik Malaysia Ini

Ahli Keluarga Bertambah Kena Tukar Kereta Besar Jom Survey 7 Mpv Terbaik Malaysia Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 419 hits
Apabila berkeluarga salah satu perkara yang akan difikirkan oleh ibu ayah tentunya mendapatkan kereta baru yang lebih selesa Hal ini mungkin tidak terkesan kepada yang mempunyai seorang anak namun bagi yang mempunyai lebih daripada dua anak...
Tinjauan Invoke Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin

Tinjauan Invoke Dapati Gombak Masih Kubu Kuat Azmin

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 268 hits
Hasil tinjauan terhadap pengundi di Gombak yang dilaksanakan Invoke sebuah badan data yang dipimpin bekas ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli menunjukkan Gombak kekal sebagai kubu kuat Azmin Ali Selain itu turut mendapati lebih ramai yang menyok...
Survey Kata Sokongan Terhadap Muhyiddin Sebagai Pm Meningkat

Survey Kata Sokongan Terhadap Muhyiddin Sebagai Pm Meningkat

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 206 hits
Tinjauan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia mendapati kadar penerimaan sebanyak 67 terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri meningkat berbanding tiga bulan sebelum ini dengan sokongan paling kuat dari kaum Melayu diikuti Ind...
Survey Shows Malaysians Credit Pn Rather Than Pas With Empowering Islamic Policies In The Country

Survey Shows Malaysians Credit Pn Rather Than Pas With Empowering Islamic Policies In The Country

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 236 hits
Indeed it may convince Umno in particular that there is no risk to jettisoning PAS and the Muafakat Nasional arrangement as a party s Islamic credentials do not necessarily appear tied to the country s oldest Islamic party A recent survey f...
Sheera Iskandar Selamat Bergelar Isteri Anggota Polis

Sheera Iskandar Selamat Bergelar Isteri Anggota Polis

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 327 hits
Pelakon Sheera Iskandar menamatkan zaman janda apabila selamat bergelar isteri kepada anggota polis Mohd Halim Abdul Gani dalam satu majlis berlangsung di Kuala Lumpur petang tadi Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilaya...
Sepasang Gajah Liar Ditangkap Di Kem Iskandar

Sepasang Gajah Liar Ditangkap Di Kem Iskandar

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 197 hits
SEPASANG GAJAH LIAR DITANGKAP DI KEM ISKANDAR MERSING Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Johor menangkap dua ekor gajah liar dipercayai sedang sesat di Kem Iskandar di sini semalam Pengarah Perhilitan Johor Salman Saaban ber...
Rentsmart Asia Bergabung Bersama Iskandar Malaysia Studios Di Bawah Program Perniagaan Perkongsian

Rentsmart Asia Bergabung Bersama Iskandar Malaysia Studios Di Bawah Program Perniagaan Perkongsian

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 227 hits
RentSmart Asia platform penyewaan dalam talian yang diinsuranskan sepenuhnya baru baru ini mengumumkan kerjasama dengan Iskandar Malaysia Studios di bawah program perniagaan perkongsian sebagai sebahagian daripada usaha mereka ke arah masa ...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat