Siapa Pencuri Ketuakampung P125 Tengkuadnanreal Jawab Tsunaphtnah Tun M




Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad semalam

Kenyataan Media:



Saya ingin menjawab pertuduhan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap saya di ceramahnya malam tadi di Putrajaya: Tun, tolong ingat kembali apa yang telah berlaku dengan apa yang Tun ucapan malam tadi. Jika Tun menuduh saya pencuri, apakah yang telah saya curi sedangkan saya banyak menggunakan harta yang saya ada bagi membantu rakyat. Melalui kontrak mana yang saya ambil sedangkan saya telah diisytiharkan sebagai antara orang yang terkaya di Malaysia pada tahun 1992. Ketika itu saya adalah ahli perniagaan yang kemudiannya terlibat dalam politik aktif. Sudahkah Tun lupa, waktu Tun susah saya menyumbang tenaga mempertahankan Tun dari serangan reformasi. Tun lupakah jasa saya ketika itu? Saya telah berpihak kepada Tun walhal antara Tun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Anwar lebih banyak sumbangannya dalam perniagaan saya. Satu lagi fakta yang dituduh Tun mudah lupa, saya digugurkan menjadi menteri sewaktu zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan dilantik terus menjadi menteri sewaktu zaman pentadbiran Datuk Seri Najib. Bila masa pula saya tidak menjadi Ahli Parlimen dan tidak terpilih menjadi menteri? Hakikatnya saya telah digugurkan menjadi menteri oleh Tun Abdullah. Saya telah menjawat jawatan menteri ini pada zaman Datuk Seri Najib. Ini adalah satu pembohongan yang besar. Biarlah jawapan saya ini memberikan pertimbangan kepada mereka yang cintakan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku dan saya dapat membuktikan bahawa Tun telah berbohong. Tun cuba menipu rakyat dengan andaian-andaian sebagaimana serangannya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan YABhg Datin Seri Rosmah Mansor.Tun, saya bukan pencuri… malahan dengan harta yang saya ada ini saya bersyukur kerana dapat membantu rakyat. Biarpun nilai harta saya semakin berkurangan saban tahun, namun saya gembira dapat membantu rakyat dengan duit yang saya ada. Menceburi politik tidak menambahkan harta saya sebagaimana dakwaan Tun sebaliknya ia semakin berkurangan. Saya gunakan harta saya untuk membantu rakyat dan juga warga saya di Putrajaya. Tun lihatlah sendiri pembangunan dan kemajuan yang ada di sini. Itu tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat. Tun, saya sedia maklum berkaitan program Tun malam tadi lebih awal lagi, dan saya telah minta kepada warga Putrajaya khususnya anak-anak muda agar tidak mengganggu atau melakukan sebarang kekacauan terhadap majlis Tun. Kami tahu bahawa orang luar ramai yang membanjiri sesi ceramah Tun, tetapi jangan lakukan fitnah. Tun, janganlah berpolitik dengan melakukan pembohongan cuba mengelirukan rakyat dan warga Putrajaya sedangkan penduduk Putrajaya telah menjadi sebahagian daripada keluarga saya selama ini. Saya juga sedia maklum bahawa jumlah penyokong yang hadir dalam ceramah Tun semalam bukanlah warga tempatan, semuanya sudah dirancang serapi yang mungkin bagi mengaburi masyarakat. Tun, jika Tun yakin dengan perjuangan Tun ketika ini, lakukanlah dengan berpaksikan kepada kebenaran tanpa melakukan fitnah demi fitnah terhadap pihak lain. Jika Tun yakin untuk menang, apa perlunya Tun membuat surat terbuka kepada orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dengan merayu untuk menyokong Tun sedangkan sebelum ini Tun sendiri yang mengkhianati perjuangan UMNO malah membuat pelbagai tuduhan kepada ahli-ahli UMNO. Bukankah lebih elok jika Tun membuat surat terbuka kepada anggota PKR yang Tun tandingi bagi memohon maaf atas reformasi yang dilakukan berpunca dari keputusan Tun dahulu. Tun, sudah-sudahlah. Zaman Tun sudah berlalu. Era pentadbiran, kepimpinan dan perjuangan Tun sudah tidak relevan lagi. Saya yakin, rakyat termasuklah para pengundi saya di Putrajaya akan bijak melakukan penilaian. Tun menggunakan saya sebagai bahan propaganda namun sesungguhnya apa yang Tun lakukan hanya membuka aib Tun sendiri. Sudah-sudahlah Tun, jangan mudah lupa, jangan perguna rakyat, jangan rosakkan bangsa, jangan binasakan negara. Sekian, terima kasih Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
Sumber dari MyKMU -  #TsunamiPHitnah: Tengku Adnan Jawab Tuduhan Jahat, Tun Mahathir Fitnah dan Manipulasi Fakta


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tenteramaya.blogspot.com/2018/05/siapa-pencuri-ketuakampung-p125.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memilih Antara Tun M Dan Ds N

Memilih Antara Tun M Dan Ds N

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 368 hits
Rakyat khususnya ahli UMNO sudah bagai tidak dapat mengelak dan terpaksa memilih antara 2 Diantara DS Najib dengan Tun Dr Mahathir mantan Presiden dan Perdana Menteri yang namanya sudah sinoniom dengan negara Malaysia Diluar negara bila ora...
Prn Melaka Kehadiran Tun Khalil Yaakob Beri Sesuatu Yang Positif Kepada Pakatan Harapan

Prn Melaka Kehadiran Tun Khalil Yaakob Beri Sesuatu Yang Positif Kepada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 285 hits
MELAKA Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran bekas Yang di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob bersama calon Pakatan Harapan adalah sesuatu yang positif buat gabungan itu Katanya kehadiran Mohd Khalil di Balai Nelayan T...
Pn Bukan Macam Tun M Pn Tidak Tipu Rakyat Muhyiddin

Pn Bukan Macam Tun M Pn Tidak Tipu Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 147 hits
MALAYSIA POST PENGERUSI Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji gabungannya tidak akan mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak memenuhi manifesto yang ditawarkan Menyorot kembali kenyataan Dr Mahathir ketika e...
Agong Kurnia Tun Kepada Malanjum Raja Muhammad Alias

Agong Kurnia Tun Kepada Malanjum Raja Muhammad Alias

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 147 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan FELDA Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 Dua tokoh itu dikur...
Bekas Gabenor Melaka Tun Khalil Hadir Pula Bersama Pemimpin Ph Di Dun Ayer Molek

Bekas Gabenor Melaka Tun Khalil Hadir Pula Bersama Pemimpin Ph Di Dun Ayer Molek

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 213 hits
MELAKA Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sekali lagi muncul dalam kehangatan politik di negeri itu menjelang hari pengundian pada Sabtu ini Hari ini Mohd Khalil dilihat hadir bersama pemimpin Pakatan Harapan di DUN Ay...
Jangan Percayakan Tun M

Jangan Percayakan Tun M

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 81 hits
Ketiga tiga pihak di atas terus mengulang ulang tuduhan terhadap 1MDB dengan bahan cerita yang dikitar semula kerana kehabisan modal Mereka mengejar masa kerana bimbang kepada dua perkara berikut a Bimbang rasionalisai 1MDB akan berjaya Jus...
Terima Kasih Tun Khalil

Terima Kasih Tun Khalil

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 313 hits
Pengundi Melaka pernah berada di bawah kerajaan BN dan kesempatan di bawah PH dan harus menilai apa rugi dan untung serta perubahan baik ketika berada di dalam kedua dua keadaan di atas Ada baiknya PH terus terus diberi peluang kerana merek...
Pas Akan Jawab Syarat Diletak Umno Ugut Guna Logo Sendiri

Pas Akan Jawab Syarat Diletak Umno Ugut Guna Logo Sendiri

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 288 hits
AGENDA DAILY Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata PAS tidak terikat dengan syarat parti lain Susulan ugutan UMNO yang meletak syarat supaya PAS menggunakan logonya sendiri dalam Pilihan Raya Negeri ...
Hiburan Bukan Kayu Cuma Didakwa Kekok Berlakon Mk K Clique Jawab Kritikan Netizen

Hiburan Bukan Kayu Cuma Didakwa Kekok Berlakon Mk K Clique Jawab Kritikan Netizen

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 288 hits
Salah seorang ahli kumpulan rap K Clique MK tampil membidas kenyataan sesetengah netizen yang mengatakan dia kelihatan kekok ketika di layar TV ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan 25 dia bu...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Immigration Officers Involved In Counter Setting Case Transferred Says Dg

Kerajaan Perkenal Undang Undang Lebih Tegas Tangani Buli Siber Kata Anwar

Malaysiaweeklyrecap 30 September

Malaysiaweeklyrecap October

Learning Has Always Been Distinctive Not Uniform

Ebook Rahsia Taobao