Bekas Gabenor Melaka Tun Khalil Hadir Pula Bersama Pemimpin Ph Di Dun Ayer Molek



MELAKA - Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob sekali lagi muncul dalam kehangatan politik di negeri itu menjelang hari pengundian pada Sabtu ini.
Hari ini Mohd Khalil dilihat hadir bersama pemimpin Pakatan Harapan di DUN Ayer Molek yang terletak di bawah kawasan parlimen Hang Tuah Jaya.
Ia adalah kemunculan hari kedua berturut-turut Mohd Khalil bersama wakil Pakatan Harapan (PH).
Semalam Mohd Khalil yang pernah berkhidmat sebagai menteri besar Pahang itu hadir di kawasan DUN Kuala Linggi. Menyertai Mohd Khalil ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Menurut Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof, dia berkesempatan bertemu dengan Mohd Khalil dalam program kempen PH.
"Ini menandakan satu isyarat positif kepada Pakatan Harapan," katanya dalam hantaran di Facebook petang tadi.
Turut kelihatan dalam gambar yang mengiringi hantaran tersebut ialah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Bendahari Agung Amanah merangkap Pengerusi Amanah Selangor Ir.Izham Hashim.
Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional Hanipa Maidin pula mendakwa pada awalnya Mohd Khalil bercadang untuk berkunjung ke kawasan Serkam. Bagaimanapun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kunjungan tersebut terpaksa dibatalkan.


Semalam Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran Mohd Khalil Yaakob bersama calon PH di Kuala Linggi memberi impak positif buat gabungan berkenaan menghadapi PRN tidak lama lagi.
Jelas Mohamad sokongan Mohd Khalil secara tidak langsung membuka jalan kepada PH dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari untuk kembali menerajui kerajaan negeri.
"Kesudian Tun Khalil untuk bersama dengan saya dan calon PH, Julasapiyah Kassim, menyantuni para nelayan di Balai Nelayan Tanjung Dahan, Kuala Linggi petang ini amat menyentuh perasaan," kata Mohamad. 
Selain berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang selama 13 tahun, Mohd Khalil juga pernah diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agung UMNO antara Mei 1999 sehingga Mei 2004.
Beliau kemudian dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka pada Jun tahun berkenaan sehinggalah Jun 2020.
Dalam PRN ini seramai empat calon bersaing untuk merebut kerusi Kuala Linggi iaitu Rosli Abdullah (Umno-BN), Julasapiyah Kassim(Amanah-PH), Aziah Mohd Sa'ad (PAS-PN) dan Kamisan Palil (bebas).
Di DUN Ayer Molek pula PH diwakili Mohd Rafee Ibrahim (PKR-PH) yang berdepan cabaran Rahmad Mariman (Umno-BN), Mohd Fadly Samin (Bersatu-PN) dan Ahmad Muaz Idris (bebas). #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/11/bekas-gabenor-melaka-tun-khalil-yaakob.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adly Bukan Boneka Dia Praktikal Kata Tun Khalil Bekas Gabenor Melaka

Adly Bukan Boneka Dia Praktikal Kata Tun Khalil Bekas Gabenor Melaka

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 189 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON November 18 2021Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob memuji sikap Pengerusi Pakatan Harapan Adly Zahari yang dianggap sebagai berintelek dan praktikal Menurutnya Adly sama sekali tidak dilihat...
Sulaiman Komited Membawa Pembangunan Melaka Tun Khalil

Sulaiman Komited Membawa Pembangunan Melaka Tun Khalil

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 162 hits
Sulaiman komited membawa pembangunan Melaka Tun Khalil Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob mengakui calon Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mempunyai kekuatan berserta karakter yang tersendiri sebag...
Ph Usung Bekas Gabenor Melaka

Ph Usung Bekas Gabenor Melaka

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 135 hits
PH usung bekas Gabenor Melaka Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob sekali lagi muncul dalam kehangatan politik di negeri itu menjelang hari pengundian pada Sabtu ini Hari ini Mohd Khalil dilihat hadir bersama pemimpin Pakata...
Prn Melaka Kehadiran Tun Khalil Yaakob Beri Sesuatu Yang Positif Kepada Pakatan Harapan

Prn Melaka Kehadiran Tun Khalil Yaakob Beri Sesuatu Yang Positif Kepada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 250 hits
MELAKA Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran bekas Yang di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob bersama calon Pakatan Harapan adalah sesuatu yang positif buat gabungan itu Katanya kehadiran Mohd Khalil di Balai Nelayan T...
Tun Khalil Di Program Bn Bersama Ahmad Zahid Di Dun Lendu

Tun Khalil Di Program Bn Bersama Ahmad Zahid Di Dun Lendu

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 221 hits
Oleh Mohd Khalil Yaakob bersama Ahmad Zahid Hamidi di DUN Lendu hari ini Gambar media sosial PADA awal kempen Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini kem Pakatan Harapan galak berkongsi gambar kehadiran Tun Mohd Khalil Yaakob di program mere...
Prn Melaka Maznah Calon Terbaik Pakatan Harapan Di Dun Ayer Limau

Prn Melaka Maznah Calon Terbaik Pakatan Harapan Di Dun Ayer Limau

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 253 hits
November 8 2021 Puan Mazenah Baharuddin hanya Ketua Awan kawasan Masjid Tanah Melaka sahaja tetapi dalam pilihan raya negeri Melaka ini beliau telah dipilih sebagai satu satunya calon wanita AMANAH Beliau diberikan tanggungjawab untuk menja...
Khalil Yaakob Bekas Yang Di Pertua Negeri Melaka Sokong Ph

Khalil Yaakob Bekas Yang Di Pertua Negeri Melaka Sokong Ph

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 183 hits
Malaysiakini Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran bekas Yang di Pertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob bersama calon Pakatan Harapan adalah sesuatu yang positif buat gabungan itu Katanya kehadiran Mohd Khalil di Balai Nelayan...
Calon Dun Ayer Molek Tekad Selesai Masalah Banjir Sejak Bertahun Tahun

Calon Dun Ayer Molek Tekad Selesai Masalah Banjir Sejak Bertahun Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 260 hits
Masalah banjir yang melanda DUN Ayer Molek sejak bertahun tahun lalu akibat kegagalan Kerajaan Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyelenggara Sungai Punggur di Paya Redan dengan sebaik baiknya Menurut calon DUN Ayer Molek Mohd...
Kempen Bersama Mantan Tyt Tun Khalil Lonjak Semangat Kemenangan Ph

Kempen Bersama Mantan Tyt Tun Khalil Lonjak Semangat Kemenangan Ph

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 184 hits
Kempen saat saat akhir Pilihan Raya Negeri Melaka yang turut dihadiri oleh mantan Yang Dipertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Khalil Yaakob melonjakkan keyakinan pengundi untuk memilih calon PH Kempen di DUN Paya Rumput petang ini be...
Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku

Perlis Tak Ada Airport Tapi Ada Flight

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Sahabat Ksdd Yang Tercinta