Siapa Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat



Pakatan Harapan (PH) yang merupakan blok pembangkang terbesar pada ketika ini, belum memutuskan siapa yang akan dilantik menjadi ketua pembangkang.

Pada masa ini, ada dua calon yang mungkin akan diangkat sebagai ketua pembangkang iaitu Presiden PKR, Anwar Ibrahim (Port Dickson) dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad (Langkawi).

Secara konvensional, jawatan itu akan dipegang pemimpin dari parti pembangkang terbesar. Dalam kes ini, parti berkenaan ialah DAP.

Namun, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, DAP menyatakan mereka tidak berminat untuk jawatan tersebut semasa Majlis Presiden PH bermesyuarat sebelum ini.

"Kami sudah membincangkan perkara itu minggu lalu selepas Anwar memberitahu kami bahawa dia menerima surat daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Saya menganggapnya dari Takiyuddin Hassan, yang bertanya mengenai kedudukan pemimpin pembangkang.

"Perkara itu dibincangkan berdasarkan dua persetujuan yang diterima bersama," kata Saifuddin kepada Malaysiakini.

Satu parti dua sisi

Jelas ahli parlimen Kulim - Bandar Baru itu, hal penting itu dibincangkan bagi mendapatkan persetujuan dalam kalangan ahli parlimen pembangkang.

Saifuddin turut mendedahkan beliau bertemu dengan Mahathir yang juga pengerusi Bersatu, dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, baru-baru ini bagi pihak sekretariat PH untuk perbincangan awal mengenai perkara itu.

Katanya masih ada masa selama beberapa minggu lagi sebelum mereka membuat keputusan menjelang sidang Dewan Rakyat selama sehari pada 18 Mei ini.


Saifuddin Nasution Ismail

"Saya tidak ada jawapan. Kami belum sampai ke tahap itu," katanya ketika ditanya mengenai apakah nama Mahathir akan mengisi jawatan yang sebelum ini dipegang Anggota Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu ketika dihubungi, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, mengesahkan bahawa partinya tidak akan memegang jawatan ketua pembangkang.

Selain hanya berlangsung sehari, sidangan Dewan Rakyat kali ini juga - buat pertama kalinya - akan menyaksikan ada sebuah parti politik akan duduk di dua sisi berasingan sekali gus.

Bersatu - yang menawan Putrajaya melalui Perikatan Nasional (PN) bersama BN dan PAS - mempunyai wakil di kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

Tempat wakil Bersatu akan ditentukan oleh pendirian mereka, sama ada menyokong Mahathir atau Muhyiddin Yassin.

Keputusan berdasarkan parti

Pada 24 Feb lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan PH dan akhirnya Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri baru dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen parti berkenaan, dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang, terutama anaknya, Mukhriz (Jerlun) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula berkata partinya akan mematuhi konsensus PH untuk memilih pemimpin pembangkang.

Ditanya secara khusus apakah parti itu akan menerima Anwar atau Mahathir, Salahuddin bekata parti itu terbuka untuk membincangkannya.

Anwar dalam sesi temu ramah Consider This pada Isnin malam bagaimanapun memberikan jawapan samar-sama berhubung perkara itu

"Buat masa ini, saya ketuai pembangkang.

"Pakatan Harapan ada 92 wakil dan telah membuat keputusan berdasarkan parti yang masih ada iaitu DAP, PKR dan Amanah.

"Bagi PH, ia masih sama, sayalah ketua. Namun, kami akan terus bekerjasama dengan pemimpin dari parti pembangkang yang lain," katanya dipetik Astro Awani.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/siapa-ketua-pembangkang-di-dewan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pembangkang Dun P Pinang Puji Usaha Kerajaan Negeri Tangani Covid 19

Ketua Pembangkang Dun P Pinang Puji Usaha Kerajaan Negeri Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 350 hits
Pada 18 April 2020Ini diakui sendiri Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Muhammad Yusoff Mohd Noor yang menyifatkan salah satu inisiatif kerajaan negeri iaitu Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang sebagai suatu usaha yang menyeluruh Perunt...
Ph Melaka Sepakat Namakan Adly Calon Ketua Pembangkang

Ph Melaka Sepakat Namakan Adly Calon Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 301 hits
MALAYSIAKINI Pakatan Harapan Melaka sebulat suara menamakan bekas ketua menteri Adly Zahari sebagai calon tunggal pembangkang di dewan undangan negeri Setiausaha PH Melaka Khoo Poay Tiong berkata semua 11 wakil rakyat gabungan terbabit memb...
Ketua Pembangkang Masih Percayakah Lagi Anwar Pada Mahathir

Ketua Pembangkang Masih Percayakah Lagi Anwar Pada Mahathir

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 273 hits
YA que sera sera my way Maksudnya apa yang terjadi terjadilah Benarlah seperti mana tajuk lagu dendangan Doris Day penyanyi Amerika Syarikat pada 1956 itu yang sering diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa masa hadapan di luar kaw...
Rentasan Mingguan 067 Panas Ini Amaran Ketua Pembangkang Terhadap Pm 8

Rentasan Mingguan 067 Panas Ini Amaran Ketua Pembangkang Terhadap Pm 8

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 370 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 0671 KERAJAAN TEBUK ATAP TAKUT BERHADAPAN ANWAR IBRAHIM 2 UMNO SABAH TERUS MELUKUT DI TEPI GHANIMAH KUDETA 3 SIAPA GORENG PRINSIP DALAM KUALI C0V1D I9 4 MUHYIDDIN TIDAK BERPOLITIK CUMA BERKHIANAT
Dewan Rakyat Bersidang 18 Mei Walaupun Pkp Dipanjangkan

Dewan Rakyat Bersidang 18 Mei Walaupun Pkp Dipanjangkan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 18 Mei walaupun sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata disebabkan keadaan wabak COVID 19 jumlah wartawan ya...
Ph Bertegas Adakan Sidang Khas Dewan Rakyat Debat Isu Covid 19

Ph Bertegas Adakan Sidang Khas Dewan Rakyat Debat Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 194 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan bertegas sidang khas Parlimen perlu diadakan untuk membincangkan isu Covid 19 sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 18 Mei ini Presiden PKR Anwar Ibrahim bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung ...
Covid 19 Testing For Mps On May 14 15 Before Dewan Rakyat Sitting

Covid 19 Testing For Mps On May 14 15 Before Dewan Rakyat Sitting

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 305 hits
CORONAVIRUS Parliamentarians are being required to undergo Covid 19 testing on either May 14 or 15 as a prerequisite to attending the one day Parliament sitting on May 18 DAP s Bukit Bendera MP Wong Hon Wai confirmed getting a letter signed...
Ph Insists On Special Dewan Rakyat Sitting To Debate Covid 19 Issues

Ph Insists On Special Dewan Rakyat Sitting To Debate Covid 19 Issues

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 246 hits
Pakatan Harapan is insisting on a special parliamentary session to discuss the Covid 19 issue before the Dewan Rakyat convenes on May 18 In a statement PKR president Anwar Ibrahim Amanah president Mohamad Sabu and DAP secretary general Lim ...
Stop The Kok And Bull Story Over Shortened Dewan Rakyat Meet

Stop The Kok And Bull Story Over Shortened Dewan Rakyat Meet

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 244 hits
It is deeply ironic that she issued the statement one day after the Penang assembly met on Apr 17 The session lasted less than two hours Lucas Liu I read with amusement views from Seputeh MP Teresa Kok lambasting the Prime Minister for shor...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp