Siapa Kenal Adam Af Kini Pengiran Adam Enam Tahun Menduda Tak Serik Cari Pasangan Hidup
Siapa Kenal Adam AF? Kini Pengiran Adam…Enam Tahun Menduda Tak Seri Cari Pasangan Hidup
ENAM tahun bergelar duda, penyanyi Adam akui tidak pernah menutup pintu hati atau serik untuk mencari pasangan hidup.
Adam,38, yang kini mahu dikenali sebagai Pengiran Adam berkata, dia kini sudah bersedia untuk bergelar suami dan menyerahkan soal jodoh itu kepada ketentuan Allah SWT.
“Tak ada istilah serik, kalau ada jodoh esok pun saya boleh kahwin.
“Tapi tengoklah dari 2016 saya masih duda sampai sekarang masih tengah mencari. Memang tak ada serik, jodoh ajal maut di tangan Allah,” katanya
kepada mStar.
Ujar Adam, dia pernah berkenalan dengan seorang wanita namun cinta tersebut putus di tengah jalan.
“Sebelum ini saya ada berkawan dengan orang lain yang saya berkenan… tapi tak jadi.
“Ada yang saya minat tapi dia pula tak minat dengan saya, nak buat macam mana kena jujur je la.
Adam ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV AlHijrah pada Isnin yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel.
Sementara itu, mengulas tentang hubungan dengan bekas isterinya iaitu Fiza Halim, Adam berkata mereka masih mengekalkan hubungan baik
“Saya masih berhubung dengan bekas isteri yang mana kami saling bertanya khabar.
“Cuma ketika dia berkahwin itu, kami berhenti berkomunikasi kerana tidak manis memandangkan dia sudah menjadi isteri orang.
“Ada sesekali komunikasi, kami akan berkongsi rasa dan bertanya khabar. Malah, anak dia pun pernah menjadi anak saya juga suatu ketika dahulu,” ujarnya.
Adam berkahwin dengan Fiza pada September 2013 dan bercerai pada April 2014.
Sementara itu, mengulas tentang nama baharu Pengiran Adam, katanya, dia mahu memulakan sesuatu yang baharu dan segar dalam industri seni.
“Bagi saya Adam sudah tiada dalam industri seni, saya mahu sesuatu baharu dan fresh. Oleh itu saya kini mahu gunakan nama dan keturunan keluarga saya” ujarnya pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman.
View this post on Instagram
A post shared by Pg Adam (@pg_adam)
Untuk rekod, Adam berkahwin dengan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 39, pada September 2013 dan bercerai pada April 2014.
Namun rujuk pada tahun yang sama kemudian pada 28 Disember 2015, pasangan ini bercerai kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.-mSTAR
Siapa Kenal Adam AF? Kini Pengiran Adam…Enam Tahun Menduda Tak Seri Cari Pasangan Hidup
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Anak kelar leher ibu maut digilis lori
Saiful Apek jadi pemain bola sepak [VIDEO]
18 lokasi peranginan di Kedah berisiko dilanda kepala air
Thalita Latief dituduh perampas suami orang
Ancaman Pneumonia pesakit Covid-19 lepas sembuh
PRN Melaka: Pilih biru yang ori, bukan yang cetak rompak – Zahid
PRN Melaka: PN, PH Ada Masalah Calon Ketua Menteri Melaka Ke?
Zulfarhan maut kerana fitnah bomoh, kata ayah
Dituduh tidak dilayan, Najib anggap telah biasa difitnah
Dynasty in making: Khalil in line for PAS top post?
Roti canai biawak [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga
Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya
The post Siapa Kenal Adam AF? Kini Pengiran Adam…Enam Tahun Menduda Tak Serik Cari Pasangan Hidup appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/10/siapa-kenal-adam-af-kini-pengiran-adam-enam-tahun-menduda-tak-seri-cari-pasangan-hidup/