Bangun Pagi Cari Al Quran Baru 3 Tahun Datin Niena Kongsi Minat Anak Sulungnya
Kebiasaannya bagi kanak-kanak usia bawah 5 tahun, minat pada permainan adalah nombor satu. Ini adalah lumrah dan normal untuk fasa perkembangan anak. Bagaimanapun, bagi anak sulung kepada pelakon, Datin Niena Baharun pula, dia gemar membaca ayat suci al-Quran.
Berkongsi perkembangan anak sulungnya, Adiel Mikael yang kini sudah mencecah usia 3 tahun, Niena memberitahu anak lelakinya itu sangat gemar membaca ayat suci al-Quran setiap pagi.
“Bangun pagi mesti cari al-Quran atau buku Yasin, Dah jadi macam favourite mainan dia, ke mana-mana mesti kena bawa,” tulisnya ringkas.
View this post on Instagram
A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb)
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini meluahkan rasa syukur kerana Adiel kini juga dilihat kian lancar membaca surah meskipun masih belum lancar bercakap.
“Walaupun Adiel baru masuk 3 tahun dan masih belum lancar untuk bercakap, tapi kami perasan bab mengaji laju je dia boleh pickup. Kadang setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Anugerah Allah,” kongsi Niena lagi.
Syukur alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung! Kadang minat anak ini datang dengan sendiri tanpa paksa. Jika Adiel dah tunjuk minat pada cara sebegini, teruskan menyokong dan asah minatnya itu. Mana tahu satu hari nanti dapat jadi seorang hafiz muda yang berjaya.
Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018 dan kini dikurniakan sepasang cahaya mata.
Kredit: IG Datin Niena Baharun
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Bangun Pagi Cari Al-Quran”. Baru 3 Tahun, Datin Niena Kongsi Minat Anak Sulungnya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bangun-pagi-cari-al-quran-baru-3-tahun-datin-niena-kongsi-minat-anak-sulungnya/