Empat Tahun Tidur Atas Toto Baki Gaji Rm25 Dan Tauhu Berlauk Ubah Nasib Pasangan Suami Isteri Ini


SUDAH menjadi lumrah, setiap manusia pasti akan diuji dalam kehidupan mereka.
Namun perjalanan hidup penuh liku dan cabaran itu juga yang membuatkan seseorang individu menjadi lebih matang dalam menempuh hari mendatang.
Begitu juga dengan wanita ini yang hebat diuji dengan pelbagai dugaan sebelum akhirnya berjaya merealisasikan hasrat menjadi usahawan berjaya yang sekian lama dipendam.
Niza Atira Hasan berkata, segala rintangan yang terpaksa dilalui telah mengajarnya erti sebuah kehidupan dan sebagai seorang wanita berkerjaya dia berharap kisahnya dapat menjadi sumber inspirasi kepada semua.
“Perjalanan perniagaan dan keinginan untuk berjaya sangat indah meskipun banyak cabaran dan rintangan tetapi saya tetap teruskan. Saya mulakan, saya perlu teruskan dan tamatkan,” katanya kepada mStar.

Suami Tira merupakan tulang belakang yang banyak membantu dirinya dalam perniagaan.
Berhijrah ke Kuala Lumpur demi kelangsungan hidup
Berkongsi liku kehidupannya, Niza Atira atau lebih mesra disapa sebagai Tira berkata cabaran dan rintangan hidupnya bermula selepas dia mengambil keputusan berkahwin dengan suaminya, Muhammad Sayed Putera Maskam, 30, sekitar enam tahun lalu.
Ceritanya, sebelum berkahwin dia tidak mempunyai sebarang wang simpanan untuk membeli barang demi hari bahagianya tetapi bersyukur urusan perkahwinan dipermudahkan oleh-Nya.
Suaminya sendiri juga tidak mempunyai pekerjaan pada ketika itu, membuatkan hidup mereka semakin tertekan.
Tira memberitahu demi memperbaiki kehidupan, dia berhijrah ke Kuala Lumpur dari Johor setelah tiga minggu melangsungkan perkahwinan berbekalkan RM1,500 hasil daripada titik peluhnya bekerja sebelum itu.
Peringkat permulaan hidup berumahtangga semestinya mempunyai banyak dugaan yang harus ditempuh, begitu juga dengan Tira sendiri yang merasakan kesempitan hidup termasuklah terpaksa tidur beralaskan toto selama empat tahun.
Tira, 30, juga mengimbas kembali detik dia sampai di Kuala Lumpur dan tumpang berteduh di rumah sahabat baiknya sebelum rumah sewa yang bakal didudukinya sedia untuk dihuni.
“Selama lima bulan kahwin suami saya masih tiada pekerjaan, boleh bayangkan tak macam mana kami survive ketika itu?
“Alhamdulillah akhirnya Putera dapat kerja, perasaan gembira tu tak terungkap sebab Tira dekat ofis mohonkan kerja setiap hari untuk suami. Masa ni belum senang lagi,” tambahnya lagi.

Bahan mentah dibeli di pasaraya.
Tekad untuk mengubah nasib kehidupan
Sepanjang lebih enam tahun hidup di Kuala Lumpur dan melakukan pelbagai pekerjaan, Tira berazam untuk mengubah kehidupannya walaupun pada ketika itu dia bekerja di sebuah syarikat dengan gaji empat angka setiap bulan.
“Gaji setiap bulan pun masih tak dapat bagi duit dekat parents rasa macam loser sangat. Siap minta lagi dekat mereka sampai rasa malu sangat.”
Keperitan hidupnya tidak terhenti di situ. Tira dan pasangannya pernah mencatu makanan dengan hanya menjamah ‘roti john’ yang dijual berhampiran rumah dek kerana jumlah gaji yang diterima tidak cukup.
Lebih par4h lagi Tira turut dihalau keluar hanya kerana terlambat untuk bayar sewa rumah mereka.
“Tira lambat bayar sewa rumah sebab kad bank masa malam itu rosak jadi tak dapat nak keluarkan wang,” ujarnya.
Walaupun sudah maklum kepada tuan rumah tetapi tiada belas kasihan.
Sejak itu kata Tira, dia tekad untuk bekerja keras untuk memastikan kehidupannya terjamin dan dia mendapat apa diinginkan.
“Tira dah start, Tira perlu teruskan dan tamatkan” merupakan pegangan yang membakar semangat untuk terus berjaya.

Tempahan diambil setiap hari oleh Tira melebihi 80 kotak pada satu masa.
Nampak jalan tambah rezeki melalui perniagaan kecil-kecilan
Bermodalkan kurang dari RM25 pada ketika itu, usahawan muda ini mengambil inisiatif untuk menggunakan baki gajinya itu menghasilkan lebih kurang 25 biji tauhu berlauk untuk dibawa ke tempat kerjanya.
Katanya dia belajar untuk menghasilkan tauhu berlauk ini daripada rakannya yang berada di Johor dan sudah lama berkecimpung dalam bisnes ini.
Walaupun kesemua hasil pendapatan untuk bulan itu telah digunakan untuk tauhu berlauk tersebut, berbaki lagi dua minggu sebelum menerima gaji berikutnya, Tira yakin dengan rezeki Allah.
Tidak disangka, tauhu itu mendapat tempat di hati rakan-rakan sepejabat dan tempahan mula diterima.
Bisnes ini tidak hanya dilakukan oleh Tira berseorangan sebaliknya dia turut dibantu oleh suaminya.

Selain bekerja dan berniaga, Tira juga merupakan seorang pelajar di sebuah institusi Open University Malaysia jurusan Bachelor of Science in Project and Facility Management.
Jualan tauhu berlauk semakin maju
“Masa dan duit, saya pilih masa sebab duit boleh dicari. Masa tidak dijual di kedai,” katanya.
Perniagaan yang kian berkembang ini sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan dan kesihatan pasangan suami isteri ini kerana mereka terpaksa bergilir-gilir untuk berjaga pada setiap malam demi menyiapkan semua tempahan.
“Kadang-kadang sampai tak cukup tidur. Suami tidur, saya siapkan tauhu. Bila saya tidur, suami pula siapkan tempahan sampaikan tak ada masa untuk buat kerja lain,” ujarnya.

Perkongsian oleh Tira ilustrasi stok untuk dihantar kepada agent yang dibuat setiap hari.
Putera yang bekerja di sebuah kilang pada ketika itu telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus 100 peratus kepada perniagaan yang semakin nampak pintu rezeki terbuka luas.
Berkongsi kisah nasib yang tidak menyebelahi dirinya suatu ketika dahulu, Tira telah wujudkan satu platform di channel Telegram miliknya sebagai sumber inspirasi dan juga tauladan kepada semua.
Selain itu, Tira juga menjelaskan bahawa dia tidak menang tangan untuk menguruskan kuantiti tempahan yang banyak sehinggakan dia membuka peluang untuk orang lain yang turut serta dalam perniagaan ini dengan mengambil tempahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2021/11/empat-tahun-tidur-atas-toto-baki-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Si Isteri Kena Halau Dengan Suami Tidur Kat Luar Sebab Suami Nak Video Call Dengan Kekasihnya Berumur 18 Tahun

Si Isteri Kena Halau Dengan Suami Tidur Kat Luar Sebab Suami Nak Video Call Dengan Kekasihnya Berumur 18 Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 313 hits
Gambar Sekadar Hiasan Assalam min Hide profile aku aku dalam dilema untuk terus kuat atau cuba untuk terima kenyataan yang suami aku dah sebetul2nya tak ade hati pada aku
Isteri Tidak Sedar Kucing Ditukar Suami Enam Tahun Lalu

Isteri Tidak Sedar Kucing Ditukar Suami Enam Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 421 hits
LONDON Seorang suami mendedahkan bahawa dia telah menukar kucing milik isterinya dengan kucing lain yang hampir serupa tanpa diketahui wanita itu lapor akhbar Mirror UK semalam Pengakuan tersebut dibuat menerusi laman perbincangan Reddit ke...
Isteri Tidur Dengan Bos Agar Suami Dinaikkan Pangkat

Isteri Tidur Dengan Bos Agar Suami Dinaikkan Pangkat

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 231 hits
Isteri tidur dengan bos agar suami dinaikkan pangkat London Seorang wanita mendedahkan rahsia besar miliknya dengan mendakwa bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat disebabkan oleh hubungan sulit wanita itu bersama seorang ketua di syarika...
Kajian Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Tinggal Berjauhan

Kajian Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Tinggal Berjauhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 225 hits
Kajian Untuk Pasangan Suami Isteri Yang tinggal BerjauhanInstitut Sosial Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sedang menjalankan kajian berkaitan strategi daya This is a content summarry Visit my website for full ...
Inilah 10 Tips Pasangan Suami Isteri Patut Amalkan Untuk Dimurahkan Rezeki

Inilah 10 Tips Pasangan Suami Isteri Patut Amalkan Untuk Dimurahkan Rezeki

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 379 hits
Tiada yang paling bernilai dalam hidup ini selain memiliki sebuah keluarga bahagia Tambah menggembirakan lagi apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi rezeki yang melimpah ruah pula Sesungguhnya rezeki amat berkait rapat dengan cara kita men...
Misteri Mh370 Pasangan Suami Isteri Dakwa Ketahui Jatuhnya Pesawat Malaysia Airlines

Misteri Mh370 Pasangan Suami Isteri Dakwa Ketahui Jatuhnya Pesawat Malaysia Airlines

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 279 hits
Sudah hampir 2 minggu sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang terputus hubungan pada Sabtu lalu Pencarian masih lagi diteruskan namun sehingga saat ini belum ada titik noktah tentang berita dimana kedudukan pesawat yang membaw...
Hakikat Sebenar Kehidupan Pasangan Suami Isteri Sebelum Selepas

Hakikat Sebenar Kehidupan Pasangan Suami Isteri Sebelum Selepas

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum wbt Salam Jumaat buat semua umat Islam Mulakan hari yang berkat ini dengan zikir dan selawat Dalam mencari pasangan dan melayari bahtera rumahtangga banyak aspek yang perlu kita kaji dan sedari Hidup berpasangan menjadi kepe...
Suami Sangka Naik Pangkat Sebab Layak Rupanya Isteri Simpan Rahsia Besar Tidur Dengan Bos

Suami Sangka Naik Pangkat Sebab Layak Rupanya Isteri Simpan Rahsia Besar Tidur Dengan Bos

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 296 hits
LONDON Seorang wanita mendedahkan rahsia besar miliknya dengan mendakwa bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat disebabkan oleh hubungan sulit wanita itu bersama seorang ketua di syarikat lelaki tersebut bekerja lapor akhbar Daily Star sem...
Hiburan Aaron Aziz Jadi Punca Pasangan Suami Isteri Bercerai Harap Peminat Dapat Rujuk Kembali Demi Anak Anak

Hiburan Aaron Aziz Jadi Punca Pasangan Suami Isteri Bercerai Harap Peminat Dapat Rujuk Kembali Demi Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 357 hits
Pelakon dan juga usahawan Aaron Aziz mengakui terkejut dan sedih apabila membaca keratan akhbar yang menyatakan dirinya telah menjadi salah satu punca penceraian dalam kalangan suami isteri ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar pelakon filem ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah