Kembar Tertukar 20 Tahun Lalu Kini Miliki Kad Pengenalan Baharu


 
Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, (tengah) bersama pasangan kembarnya Atirah Ibeni Yanin, 20, (kanan) dan Adryana Iwani Husin, 20, selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan Negeri hari ini. (Gambar Bernama)KOTA BHARU: Atirah Iwani Ibeni Yanin dan Adryana Iwani Husin, yang kisah mereka menggemparkan negara apabila mereka tertukar 20 tahun lalu, menerima perkhabaran gembira selepas impian mereka membetulkan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan diri terlaksana.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan Atirah Iwani (nama lama Noratirah Binti Husin) dan Adryana Iwani (nama lama Adryana Iwani Binti Ibeni Yanin) berdasarkan keputusan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Bercakap kepada Bernama, Atirah Iwani berkata tiada kata yang mampu diucapkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi kerana permohonan dibuat dua bulan lepas bagi membetulkan maklumat dalam sijil kelahiran selepas ujian DNA disahkan Oktober lepas, diluluskan oleh JPN pada 1 Nov.
Menurut Atirah Iwani dengan dokumen pengenalan diri yang baharu ini identiti sebenar beliau tidak lagi menjadi tanda tanya masyarakat, yang sebelum ini sering mempersoalkan rupa paras beliau tidak sama dengan ‘keluarganya’.
“Nama saya dalam kad pengenalan ada sedikit perubahan, namun saya masih mengekalkan nama Atirah kerana ia pemberian arwah ‘ayah’ Husin Omar.
“Kad pengenalan diri dengan maklumat baharu ini bukan sahaja memudahkan saya melakukan urusan penting, malah memberi keyakinan kepada saya untuk membawa identiti sebenar selepas 20 tahun bersama keluarga yang berbeza,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan negeri, di sini, hari ini.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Saadon Othman.
Bernama pada Jun lepas melaporkan tentang dua keluarga yang mengharungi kisah tragis apabila tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar, tertukar selepas dilahirkan 20 tahun lepas dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu.
Mengulas lanjut, Atirah berkata walaupun memilih untuk tinggal bersama ‘keluarganya’ di Pantai Kundor, di sini, hubungan kekeluargaan bersama keluarga kandung tidak pernah putus dan diabaikan.
“Memandangkan saya masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kota Bharu, jadi hanya apabila ada waktu lapang sahaja saya pulang menjenguk ibu kandung, Siti Aminah Mohd Ismail dan kembar saya, Adryani Iwani.
“Apabila berjumpa, banyak perkara yang kami lakukan bersama selain berkongsi cerita kisah hidup masing-masing selama 20 tahun lepas,” katanya.
Sementara itu, bagi Adryani Iwani beliau tidak pernah menganggap Adryana Iwani sebagai ‘orang luar’ walaupun kini mengetahui mereka tiada pertalian darah, malah hubungan masih berjalan seperti biasa.
“Kami tidak pernah sisihkan Adryana dan hubungan ini akan kekal selama-lamanya. Ibu saya juga sudah anggap beliau seperti anak sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPN Datuk Saadon Othman berkata permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dengan memasukkan maklumat ibu dan bapa kandung telah diluluskan oleh JPN Kelantan berdasarkan keputusan DNA oleh Jabatan Kimia Malaysia.
“Kes seumpama ini amat terpencil dan jarang berlaku di negara ini, namun saya menyeru kepada orang awam supaya melaporkan segera kepada JPN sekiranya berlaku pemalsuan sijil kelahiran kerana tindakan memalsu dan mengubah suai sijil kelahiran menyalahi Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/kembar-tertukar-20-tahun-lalu-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Tahun Jadi Puteri Tertukar Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada Ic

20 Tahun Jadi Puteri Tertukar Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada Ic

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 459 hits
Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada pasangan yang bergelar suami isteri Sudah menjadi kelaziman iaitu apabila pasangan yang sudah berkahwin akan menginginkan cahaya mata untuk menjadi penyeri kehidupan mereka T...
Uolls Tahun Ni Kita Kasi Kad Raya Kat Wall Fb Je

Uolls Tahun Ni Kita Kasi Kad Raya Kat Wall Fb Je

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 156 hits
Ye betoi Kalau dulu dulu ada la orang kasi atau postkan tapi untuk tahun ni kad raya versi wall Facebook dengan aplikasi tagging2 liking2 bakal bermaharajalela Tengok lah masa nak memula sambut Ramadhan pun orang antar ucap selamat berpuasa...
Tuah Miliki Setem Tanpa Harga Kini Dijual Pada Harga Rm5 Juta

Tuah Miliki Setem Tanpa Harga Kini Dijual Pada Harga Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 236 hits
Siapa sangka dengan miliki hobi mengumpul setem seorang lelaki bakal bergelar jutawan dengan hanya sekeping setem yang mampu mencecah dengan harga RM5 juta Menurut Syahril A Kadir di laman Facebooknya pada 3 Jun 1967 pemilik setem berkenaan...
Siapa Kenal Adam Af Kini Pengiran Adam Enam Tahun Menduda Tak Serik Cari Pasangan Hidup

Siapa Kenal Adam Af Kini Pengiran Adam Enam Tahun Menduda Tak Serik Cari Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 240 hits
Siapa Kenal Adam AF Kini Pengiran Adam Enam Tahun Menduda Tak Seri Cari Pasangan Hidup ENAM tahun bergelar duda penyanyi Adam akui tidak pernah menutup pintu hati atau serik untuk mencari pasangan hidup Adam 38 yang kini mahu dikenali sebag...
Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 204 hits
Foto hiasan KUALA LUMPUR Perintah Gaji Minimum baharu dijangka diumumkan tahun depan selepas kajian mengenainya selesai akhir tahun ini Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata kajian mengenai gaji minimum itu sedang dilak...
22 Tahun Telah Berlalu Kini Mahathir Berjanji Lagi

22 Tahun Telah Berlalu Kini Mahathir Berjanji Lagi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 153 hits
Mahathir baru baru ini berjanji akan menjadikan Malaysia lebih gemilang jika Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional dalam PRU14 Apa yang melucukan sekali bila orang tua ini menyatakan kerajaan baru di bawah kepimpinan PH itu ak...
Penantian Lima Tahun Tahniah Preity Zinta Dapat Anak Kembar

Penantian Lima Tahun Tahniah Preity Zinta Dapat Anak Kembar

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 335 hits
Pelakon Bollywood terkenal Preity Zinta mengumumkan menimang cahaya mata kembar menggunakan khidmat ibu tumpang Lebih manis lagi Preity juga menamakan bayi kembar Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough Hai semua saya ingin berkongsi ...
Hanya Perlu Kad Pengenalan Terbang Dengan Firefly Airline

Hanya Perlu Kad Pengenalan Terbang Dengan Firefly Airline

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 318 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dirindui dan dikasihi sekalian Masa untuk update blog setelah asyik bercuti dan berjalan sakan yer semenjak kerajaan dah mula benarkan rentas ne...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lirik Lagu Dia Imamku Asfan Shah Ft Keka Nizam

10 Tempat Menarik Di Batam Indonesia 2025


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre