Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024




SHAH ALAM:  Syarikat terkemuka dalam bidang rekreasi dan hospitaliti, Genting Malaysia Berhad mendapat pengiktirafan sebagai Halal Champion Negeri Pahang di majlis pelancaran Halal on Track Pahang 2024.
Penyerahan anugerah yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan itu dihadiri oleh Pengerusi Halal Dalaman Resorts World Genting, Rajis Othman.
Genting Malaysia Berhad dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan itu diberi selepas penyerahan status halal dan penilaian menyeluruh oleh Majlis Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) terhadap operasi harian dan latihan selain dokumentasi Jom Makan SkyAvenue serta Jom Makan Street Food yang dimiliki dan diuruskan Resorts World Genting.
Menurutnya, Genting Malaysia berjaya menduduki tempat 10 teratas daripada 1,500 pencalonan status halal.
"Jom Makan SkyAvenue dan Jom Makan Street Food merupakan restoran gaya medan selera berskala besar di Resorts World Genting sertamematuhi standard halal yang ditetapkan.
"Restoran ini menawarkan pelbagai makanan jalanan Malaysia yang asli. Kedua-duanya popular dalam kalangan ribuan pengunjung harian ke resort yang terletak di puncak gunung Malaysia.
"Ini kerana perkhidmatan cepat, pilihan makanan banyak dan harga berpatutan. Chef di sini menyediakan hidangan mengikut resipi tradisional yang tepat, beberapa daripadanya telah berada dalam arkib makanan resort selama lebih 60 tahun," katanya pada Jumaat.
Turut hadir ke anugerah tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhainee dan Pengarah Hal Ehwal Islam dan Hubungan Kerajaan, Ahmad Syukry Ibrahim.
Tambah kenyataan tersebut, Jom Makan Street Food terkenal dengan Nasi Briyani, Nasi Goreng Kampong, Naan dengan Set Tandoori dan Char Kway Teow manakala Jom Makan SkyAvenue menawarkan antara kepakaran yang lebih popular seperti Nasi Kandar Kari Kambing, Nasi Lemak Bungkus, Mi Kari dan Lotus Curry Bun.
Genting Malaysia Berhad turut berpendapat bahawa Halal on Track Pahang adalah bukti komitmen kerajaan persekutuan dan negeri menerusi kerjasama antara JAKIM serta JAIP dalam memperkukuhkan pensijilan halal Malaysia.
"Program itu bertujuan untuk melaksanakan pendekatan mesra industri yang memberikan sokongan yang diperlukan kepada usahawan untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pematuhan produk makanan mereka kepada undang-undang pemakanan Islam," ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting, Spencer Lee berkata, pihaknya sangat gembira apabila diiktiraf sebagai Halal Champion Negeri Pahang.
"Anugerah ini menunjukkan dedikasi Genting Malaysia terhadap amalan halal dalam F&B sambil menumpukan kepada keterangkuman, kualiti dan kemudahan.
"Ini adalah satu pencapaian penting yang memberi kami asas kukuh untuk mengembangkan lagi tawaran halal kami di Resorts World Genting," katanya. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/genting-malaysia-berhad-terima-anugerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Tahniah Kepada Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduan Negara 2024

Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Tahniah Kepada Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduan Negara 2024

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 458 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin ...
Ulang Tahun Ke 75 Tenaga Nasional Berhad 1949 2024

Ulang Tahun Ke 75 Tenaga Nasional Berhad 1949 2024

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 908 hits
Sumber gambar mykoleksi ambil dari FBItem dalam gambar bukan keluaran Bank Negara Malaysia satu lagi duit syiling yang menarik untuk dikeluarkan jika TNB bekerjasama dengan BNM Setakat ini mykoleksi belum ada info berkenaan item tersebut ak...
Senarai Artis Malaysia Bercerai Sepanjang Tahun 2024

Senarai Artis Malaysia Bercerai Sepanjang Tahun 2024

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 683 hits
Tahun ini tahun yang mengejutkan ramai media artis dan netizen sendiri apabila banyak kes perceraian artis Malaysia yang rata rata di kalangan mereka yang agak popular Jadi ini adalah Senarai Artis Malaysia Bercerai Sepanjang Tahun 2024 Kal...
Amaran Jualan Besar Jualan Akhir Tahun Terbesar Di Malaysia Kembali Bermula 15 Nov 2024

Amaran Jualan Besar Jualan Akhir Tahun Terbesar Di Malaysia Kembali Bermula 15 Nov 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 578 hits
ALERT JUALAN BESAR Jualan Akhir Tahun terbesar di Malaysia kembali lagi Dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025 dapatkan tawaran hebat di seluruh negara Ambil beg anda ajak kawan kawan dan mari kita jadikan ini sebagai pengalamanshoppin...
Al Sultan Abdullah Terima Menghadap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Pahang

Al Sultan Abdullah Terima Menghadap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Pahang

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 311 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Pahang di Istana Abdulaziz di sini Delegasi diketuai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang Dato Sr...
Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 443 hits
BENTONG Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Bentong menggondol gelaran juara pidato dan azan dalam program Alam Ria PASTI Negeri Pahang berlangsung di Kompleks Al Makmur Kerdau pada Sabtu Kedua dua pemenang adalah pelajar PASTI A l Ikhwan Memp...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Mencatatkan Pungutan Hasil Lebih Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Mencatatkan Pungutan Hasil Lebih Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 354 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mencatatkan pungutan hasil lebih RM1 bilion pada tahun ini melepasi sasaran untuk tiga tahun berturut turut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata lebihan kos perbelanjaan negeri akan dimanfaati...
Sandra Lim Tamatkan Kemarau Malaysia Selepas 53 Tahun Berjaya Ke Top 30 Miss Universe

Sandra Lim Tamatkan Kemarau Malaysia Selepas 53 Tahun Berjaya Ke Top 30 Miss Universe

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 427 hits
Pelakon dan model dari Selangor Sandra Lim tamatkan kemarau Malaysia selepas 53 tahun apabila terpilih sebagai Top 30 Miss Universe 2024 Pencapaian Sandra Lim Shue Hui itu sekali guus mencipta sejarah di pentas antarabangsa buat Malaysia di...
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak Jadikan Masjid Pentas Politik

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 333 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak menjadikan masjid sebagai pentas politik Titah baginda masjid seharusnya menjadi tempat penya...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia