Si Kembar Nak Masuk Sekolah Menengah Dah Lah Baju Sekolah Mudah Gosok Thomx School Pilihan Mama Untuk Diorang


Salam dears… Sedar tak sedar dah masuk bulan Disember dah, tahun ni terasa cepat sangat kan? Tiba tiba ja macam…ehhh tahun depan si kembar ni dah nak masuk sekolah menengah dah, akan pakai ‘seluar hijau’ plak laa wehhh! Hahaha
Rasa macam baru ja masuk Darjah 1, tup tup dah nak pakai uniform sekolah menengah pulak…nak masuk Tingkatan 1 dah oiii! Tapi tak kira lah anak sekolah rendah ke menengah ka, Mama ni tetap sejenis yang kalau boleh semua nak senang…tetap nak cari baju sekolah yang mudah nak diuruskan. Jadi Mama dah order baju sekolah mudah gosok jenama ThomX School untuk si kembar ni pakai tahun depan.
Sejak bulan lepas lagi dah order, tapi ni baru nak cerita kat korang hehehe. Ehh pertengahan Januari 2021 baru nak sekolah, awalnya dah siapkan uniform? Ya, Mama siapkan awal sebab tak nak kelam kabut kot kot nak kena alter ke apa ke, terutamanya kalau kaki seluar panjang sangat.
Lagipun barang untuk persekolahan kan banyak, bukannya baju uniform sekolah saja. Nanti nak beli kasut laa, beg laa, buku laa. Jadi bila siapkan sedikit demi sedikit, tak lah rasa ‘perit’ sangat keluarkan belanja segedebukkk gitu kan. Maklumlah, anak ramai hehehe
Beli Baju Sekolah Online di ThomX School Dalam keadaan sekarang ni, Mama agak risau nak bawa si kembar ni keluar kemana-mana pun, memang lebih selesa shopping online ja. Errr…dari sebelum Covid-19 pun Mama dah memang online shopper tegar dah pun hehehe.
Mama lebih suka beli barang secara online sebab rasa senang klik klik pilih…klik klik bayar, pastu tunggu ja abam posmen hantar depan pintu. Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit minyak, jimat duit parking gak kan. Senang!
Beli baju sekolah online di laman web ThomX School Dan Mama rasa best shopping kat website ThomX School ni sebab laman web ni mesra pengguna (user friendly). Senang nak cari apa item yang kita nak, nak tahu saiz apa nak pilih pun senang sebab ada carta ukuran kat page yang sama.
Mama rujuk size guide ni ja. Mama ambil saiz yang 1 inci lebih besar daripada ukuran badan si kembar ni. Lepas dah pilih saiz dan kuantiti masukkan je dalam shopping cart, checkout dan bayar online dalam beberapa minit ja dah siap! Tak payah nak penat beratur panjang kat cashier counter bagai.
Alhamdulillah, baju dan seluar ThomX School ni muat elok dengan si kembar Baju Sekolah Mudah Gosok Ohh yaa…lagi satu sebab Mama suka uniform sekolah ThomX School ni ialah sebab material/jenis kainnya yang anti-kedut dan mudah digosok. Jahitan pun kemas, memang puas hati. Bagi Mama kualitinya tip top!
Baju sekolah ThomX School uniform ni elok kualitinya. Si kembar kata selesa pakai. Kemejanya kain jenis licin dan lembut. Sangat mudah nak gosok, tak payah dok tenyeh seterika lama lama nak bagi hilang kesan kedut lepas masuk mesin basuh tu. Gosok manja manja ja dah hilang kedut dan licin elok. Senang hidup mak hehehe
Jahitan yang kemas. Seluarnya kain cotton. Tak Muat? Boleh Tukar Saiz Lah… Hmm tak risau ke beli awal ni kot kot nanti masa buka sekolah baju ka seluar ka dah tak muat macam mana? Kot laa anak-anak makin meninggi ka ‘melebar’ ka? Maklumlah, dok rumah ni kerjanya makan tidur, makan tidur je kan hehehe.
Haaa itulah salah satu sebab Mama suka order baju sekolah ThomX School uniform ni sebab boleh tukar dalam masa 365 hari dari tarikh belian. Bagus kan?
Kalau nak tukar, cuma perlu poskan balik kat diorang dan diorang akan ganti yang baru. Tapi dengan syarat item yang korang beli tu masih belum dipakai lah yer. Kalau dah pakai kehulu kehilir pastu nak tukar memang no, no, no lah hehehe. Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syaratnya boleh baca kat link ni yer.
Boleh tukar saiz dalam masa 365 hari dari tarikh belian tau Ohh yaa… kalau korang nak order baju sekolah mudah gosok ThomX School ni boleh lawati laman web http://www.thomxschool.com/. Dapat free shipping untuk belian berjumlah RM150 dan keatas. Dan sekarang ni tengah ada macam macam promosi lagi, boleh jimat! Yahooo! Hehe
Bukan main lagi seronok nak bergaya dengan baju sekolah ThomX School ni hehehe Haishhh…macam tak percaya je anak anak aii kena pakai ‘seluar hijau’ dah tahun depan! Anak dah makin besar…maksudnya Mama nya pun dah makin ‘senior’ lah ni. Tapi tetap nampak macam ‘sweet 17’ ja kan, kan? Perasannn! Hahahha
Baju Sekolah ThomX School
Website: ThomXSchool.com
Facebook: ThomX School
Whatsapp: 016-5822343 
 21 total views,  21 views today
The post Si Kembar Nak Masuk Sekolah Menengah Dah Lah! Baju Sekolah Mudah Gosok ThomX School Pilihan Mama Untuk Diorang appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2020/12/si-kembar-nak-masuk-sekolah-menengah-dah-lah-baju-sekolah-mudah-gosok-thomx-school-pilihan-mama-untuk-diorang.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Sekolah Thomx School Baju Sekolah Anti Kedut

Baju Sekolah Thomx School Baju Sekolah Anti Kedut

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 420 hits
Hai Asaalamualaikum Korang dah beli baju sekolah anak anak ke belum Haaa Jangan lupa pula tau walaupun ada anak anak yang masih bersekolah dari rumah tapi tinggal sebulan lebih sikit je sesi 2021 akan buka Bukan apa takut terlupa pula kan a...
Beli Baju Sekolah Online Di Thomx School

Beli Baju Sekolah Online Di Thomx School

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 379 hits
Sat je masa berlalu Pejam celik tahun 2021 3 orang dah nak sekolah Along darjah 5 tahun depan Angah darjah 2 dan Sarah dah nak naik darjah 1 Alooo looo ummi dia pun teruja tau mampu ke kakak Sarah usung beg ini Sebabkan nak bagi depa semang...
Petua Mudah Cuci Baju Putih Sekolah

Petua Mudah Cuci Baju Putih Sekolah

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 306 hits
Petua Mudah Cuci Baju Putih Sekolah Baju sekolah yang kotor dan susah untuk diputihkan kembali memang menjadi masalah kepada ibu ibu yang memiliki anak anak yang bersekolah Paling mudah menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan membelika...
Kami Fikir Dia Ok Nak Masuk 3 Tahun Pandai Sebut Susu Mama Je Nasib Cepat Sedar

Kami Fikir Dia Ok Nak Masuk 3 Tahun Pandai Sebut Susu Mama Je Nasib Cepat Sedar

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 238 hits
Jika usia anak mencecah setahun namun belum mampu mengungkapkan sepatah perkataan pun ibu bapa patut bimbang Berkemungkinan anak berdepan masalah lambat bercakap berbanding rakan seusianya yang lain Sekiranya ibu bapa hanya menyedapkan hati...
Nak Ayam Goreng Macam Dalam Tv Pernah Tak Anak Minta Macam Ni Kalau Pernah Mama Ayah Kena Buat Sesuatu

Nak Ayam Goreng Macam Dalam Tv Pernah Tak Anak Minta Macam Ni Kalau Pernah Mama Ayah Kena Buat Sesuatu

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 257 hits
Mmm sedapnya ayam goreng tu Ibu tengah hari nanti Alia nak makan ayam goreng macam dalam TV tu ya Ayah nanti bila ayah pergi kedai tolong belikan Adam keropok macam dalam TV tu ya Pernahkah anda mendengar ayat ayat seperti di atas keluar da...
Chalet Unik Naik Sampan Nak Masuk Bilik

Chalet Unik Naik Sampan Nak Masuk Bilik

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 297 hits
Memang best experience kami kali ini Ke Endau Johor kita Kali ini kami menginap di Chalet unik iaitu di Penyabong Warisan Resort Kalau nak tau chalet ni sesuai ke tak untuk family trip anda semua kena layan vlog ni sampai habis okay Bagi ya...
Pernah Ikut Kakak Masuk Sekolah Zaman Tk Dan Sd Fix Masa Kecilmu Pasti Begitu Mendebarkan

Pernah Ikut Kakak Masuk Sekolah Zaman Tk Dan Sd Fix Masa Kecilmu Pasti Begitu Mendebarkan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 257 hits
Siapa nih dulu yang waktu kecil suka ikut kakaknya ke sekolah sampai masuk dalam kelas D
Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 430 hits
Resipi roti kukus tidak pernah menghampakan kita setiap kali memesannya di restoran Lembut gebu dan cukup enak kala digabungkan bersama sekaya Terasa nikmat kala disuap ke mulut Tidak perlu ke restoran untuk menikmati roti kukus panas bersa...
Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap Mudah Buat

Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 402 hits
Ingin kelainan untuk hidangan minum petang korang boleh cuba tiga menu kuih yang dikongsikan ini nampak menarik dan mudah disediakan Kalau mak mak buat mesti anak anak suka sebab sedap dan boleh juga djadikan bekal untuk anak anak ke sekola...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan