Si Bunga Daisy Kampung
Selamat pagi semua. Selamat menikmati hari sabtu yang indah. Kemanakah harini? Ada yang pergi bercuti, ada yang balik kampung dan ada yang bekerja. Last balik kampung masa hari raya haji haritu. Itupun balik kejap. Jadi lah kan dapat cuti raya kejap
Pagi pagi macam ni lepas breakfast, mulalah jelajah kawasan rumah dari depan ke belakang. Dari kiri ke kanan. Meninjau pokok mak yang ada. Mana yang berkenan, cakap terus. Tak payah bodek bodek dah.
Pokok yang kita tak berkenan pun dia suruhnya kita bawa balik. Tapi ditolak mentah mentah. Pokok dah banyak kat rumah. Kecuali lah pokok yang rare yang cantik. Itu laju je ambil tak tolak. Perangai sangat kan
Macam biasa sambil kita jelajah, kita ambil gambar sekeping dua. Tipulah sekeping dua. Ambil gambar pokok bunga mak sampai habis bateri handphone! Lighting pun on point sangat. Tak mungkin sekeping dua
Si bunga Daisy berwarna oren/jingga, antara pokok bunga yang cantik kat halaman depan rumah mak. Ini jenis pokok bunga daisy kampung katanya lah. Pokok Daisy ni jenis mudah membiak dan berbunga sepanjang tahun
Kenali Pokok DaisyPokok bunga Daisy berasal dari kawasan utara dan tengah Eropah. Tergolong dalam keluarga bunga Compositae yang terdiri daripada banyak kuntum kuntum kecil menjadi sekuntum bunga daisy
Sejenis bunga yang sangat cantik dan mempunyai pelbagai warna. Ada warna putih, merah, pink, kuning, oren dan beberapa warna campuran
Daisy bermaksud mula mekar/kembang pada waktu terbit matahari. Bunga Daisy dikatakan simbolik keikhlasan, kesetiaan dan kesucian. Sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang
Jenis-Jenis Bunga DaisySpanish DaisyBlue DaisyLazy Daisy atau Prairie DaisyAfrican Daisy Michaelmas DaisySwan River DaisyTatarian DaisyPainted DaisyParis DaisyShasta DaisyCrown-DaisyOx-eye DaisyNippon Oxeye DaisyGiant DaisyAfrican DaisyKingfisher DaisySunshine DaisyGerbera DaisyTransvaal Daisy atau Barberton DaisyTahoka Daisy Livingstone DaisyGloriosa DaisyDahlberg Daisy Butter Daisy
Yang paling popular adalah si Daisy yang bernama Shasta Daisy dan African Daisy. Dan ada beberapa jenis pokok bunga Daisy hanya boleh ditanam dan hidup di kawasan sejuk. Kalau di Malaysia ni, di Cameron Highland
Itu sebabnya kalau beli pokok bunga di Malaysia (Cameron Highland) jangan mimpi nak beli pokok bunga yang cantik dan hanya sesuai hidup di tempat sejuk je. Sebelum membeli kena tanya dulu. Kalau tidak, sesia je beli. Bawak balik rumah, beberapa hari seterusnya tak mampu hidup dah
Cara Tanaman Pokok Bunga DaisyPokok bunga daisy dibiakkan melalui biji benih bunga daisy dengan cara tabur terus atas tanah. Mudah sangat kan? Kalau medium tanah tu keras dan padat, sebaiknya gembur gembur kan dulu untuk memudahkan proses pertumbuhan akar dan pokok
Pastikan juga kawasan tersebut mempunyai cahaya matahari yang cukup dan tidak terdedah kepada cahaya matahari dan cuaca panas terik. Jika cuaca panas, selalu lah siram dan baja sebulan sekali
Penjagaan Pokok Bunga DaisyJika pokok bunga diserang serangga perosak atau penyakit. Boleh gunakan racun kulat. Kat nursery ada, tanya je pada tuan punya kedai. Letakkan baja fosfur untuk dapat bunga yang besar dan cantik.
Bila musim kerap hujan, tutup pokok bunga dengan plastik lutsinar atau sesuatu yang boleh ditembusi cahaya untuk mengelakkan pokok bunga terlebih air siraman.
Mak Fiza tak tanam dalam pasu. Tanam atas tanah terus dan terdedah kepada cahaya matahari. Elok pula dia hidup. Pokok pokok kat kampung ni tak payah jaga sangat pun dia boleh hidup membesar dan membiak dengan banyak
Yang kat bandar ni, dah letak dalam pasu cantik pun dia tak mahu nak hidup elok elok. Itu namanya cuaca dan udara kat bandar ni kurang sesuai untuk pokok tu. Kena faham juga lah karenah pokok yang sesuai di tanam dengan persekitaran di rumah kita
Bukan salah tangan kita panas atau tak pandai tanam pokok. Ada banyak faktor yang membuatkan pokok tu tak hidup sihat. Faktor cuaca, persekitaran, pencahayaan, air siraman, baja dan lain-lain lagi lah. Cewahhh bercakap macam pandai sangat bab pokok ni
Bukan lah pakar sangat pun. Cuma bercakap dari pengalaman sendiri je. Dulu give up terus nak tanam pokok bunga. Sampai habis pokok dan pasu angkut letak kat kampung semula. Punyalah merajuk dengan pokok pokok semua
Nahhh, sekarang gigih kumpul semula pokok pokok hidup. Tak banyak mana pun sebab laman pun tak berapa nak besar. Tak muat dah nak tambah pokok baru.
Cakap je tak muat tapi tiap kali balik kampung, ada je pokok dia bawak. Cakap tak serupa bikin. Mak yang suruh bawa. Aci tak guna alasan tu.
Ada orang kata membazir je beli dan tanam pokok bunga. Ehhhhh minat masing-masing kan. Walaupun pokok bunga ni tak mendatang hasil untuk dimakan atau digunakan. Tapi hobi bercucuk tanam ni boleh dijadikan sebagai terapi jiwa. Tak gitu
Takyah kecam sangat lah. Hobi masing-masing okay
Sumber info : jomtanambunga
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/08/si-bunga-daisy-kampung.html