Shukri Sprm Mengaku Indon
Apahal pulak nak mengaku orang Indonesia???
KP SPRM pernah mengakui sebagai orang IndonesiaKetua Pesuruhjaya, SPRM Mohd Shukri Abdull hari ini mengakui bahawa beliau pernah malu menjadi rakyat Malaysia akibat gejala rasuah yang serius di negara ini
Katanya, rasuah di Malaysia pernah mencapai tahap yang terlalu membimbangkan dan persepsi negara semakin merosot
“Selalu orang bertanya rasuah di Malaysia meningkat atau turun, penceramah selalu tak berani nak cakap benar, selalu cakap rasuah di Malaysia ini boleh dikawal, lebih kurang macam itu
“Saya ini tak suka cakap tak benar, saya cakap terus terang. Tengok, rasuah di Malaysia (pada tahap) membimbangkan,” katanya semasa forum rasuah yang dianjurkan oleh SPRM dan Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini
Memetik Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) yang jatuh daripada 52 peratus pada tahun 2014 kepada 47 peratus pada 2017, beliau berkata: "Ia makin buruk"
“Ini fakta, jadi memang membimbangkan, kita terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokrasi, kita (Malaysia) bukan terkenal (sebagai) negara integriti, memang memalukan,” katanya
Mohd Shukri juga mengakui beliau amat malu dengan tahap rasuah di negara ini pada satu ketika
“Saya pernah pergi ke luar negara (pada) 2016,... dia (orang luar) tanya awak dari mana mana, dalam bahasa Inggeris, saya malu nak sebut saya orang (rakyat) Malaysia, sampai peringkat macam itu
“Saya kata saya orang Indonesia. Maksudnya begitu kedudukan kita pada masa itu,” katanya
Ermm..cuma kalau dibaca balik kenyataan Shukri di atas tu ( yang bold ) nampaknya dia sendiri bercakap berlawanan dengan kenyataan sendiri..! Jadi mana satu yang benar? mana satu yang bohong?Lu Fikir La Sendiri!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://politikputramerdeka.blogspot.com/2018/11/shukri-sprm-mengaku-indon.html