Rosmah Mengaku Tak Salah Bebas Dengan Jaminan Rm1 Juta


Diterbitkan 15 Nov 2018, 3:41 petang


Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

Rosmah, 66, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya melalui Rizal Mansor, 44, suatu suapan, iaitu, wang sejumlah RM187,500,000 yang merupakan 15 peratus daripada nilai kontrak daripada Saidi Abang Samsudin iaitu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd.

Ia sebagai dorongan untuk melakukan suatu perkara yang dicadangkan, iaitu, membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe', G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, di Kuala Lumpur antara Mac dan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa telah secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM1,500,000 daripada Saidi bagi tujuan sama berkaitan projek serupa di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di Kuala Lumpur pada 7 Sept 2017.

Rosmah, 66, yang berbaju kurung berona kuning, hijau dan biru membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan itu selesai dibacakan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta terhadap isteri bekas perdana menteri itu dengan RM500,000 perlu dibayar hari ini dan bakinya dilunaskan dalam tempoh tujuh hari.

Kes akan disebut semula pada 10 Disember ini.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar manakala barisan pembelaan diketuai peguam Datuk Geethan Ram Vincent.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/rosmah-mengaku-tak-salah-bebas-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun Rasuah Rm1 5 Juta

Rosmah Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun Rasuah Rm1 5 Juta

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 386 hits
Rosmah Mansor didakwa minta dan terima rasuah dalam kes penyelewengan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah di Sarawak Foto Sinar Harian Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini didakwa di Mah...
Musa Mengaku Tidak Salah 35 Pertuduhan Terima Rasuah Rm263 Juta

Musa Mengaku Tidak Salah 35 Pertuduhan Terima Rasuah Rm263 Juta

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 384 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN 05 November 2018 5 33 PM KUALA LUMPUR Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar t
Lokman Adam Lapor Polis Farid Kamil Dedah Cuba Dirasuah Rm5 Juta Maafkan Najib Rosmah

Lokman Adam Lapor Polis Farid Kamil Dedah Cuba Dirasuah Rm5 Juta Maafkan Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 362 hits
Lokman Adam pembela Umno dan Najib Razak membuat laporan kepada polis ekoran dakwaan Farid terhadap amalan rasuah melibatkan kerajaan BN sebelum ini Foto CelotehSaje Blog Presiden Pemantau Malaysia Baharu Datuk Lokman Noor Adam membuat lapo...
Projek Solar Sarawak Rosmah Rizal Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm200 Juta

Projek Solar Sarawak Rosmah Rizal Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm200 Juta

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 443 hits
Isteri kepada bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bersama bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berhubung projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion bagi sekolah di pedalaman Sarawa...
Rosmah Dituduh Minta Rasuah Rm187 5 Juta Melalui Pembantunya Rizal Mansor

Rosmah Dituduh Minta Rasuah Rm187 5 Juta Melalui Pembantunya Rizal Mansor

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 715 hits
ISTERI Bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dituduh meminta rasuah sebanyak RM187 5 juta menerusi bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor dan menerima rasuah sejumlah RM1 5 juta berhubung projek hibrid solar untuk sekolah pedalaman S...
Pengarah Syarikat Didakwa Suap Ku Nan Rm1 Juta

Pengarah Syarikat Didakwa Suap Ku Nan Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 363 hits
Foto Astro AwaniSeorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan memberi suapan wang berjumlah RM 1 juta berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di J...
Mengaku Nabi Abdul Muhjib Jual Tiket Masuk Surga Seharga 2 Juta

Mengaku Nabi Abdul Muhjib Jual Tiket Masuk Surga Seharga 2 Juta

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 293 hits
Seorang pria bernama Abdul Muhjib dari Karawang Jawa Barat membuat heboh masyarakat sekitar karena mengaku sebagai nabi Pernyataan sebagai nabi pernah dilontarkan Muhjib pada 2016 silam Ketika mengaku sebagai nabi palsu itu Muhjib menyataka...
Habib Rizieq Klaim Bebas Karena Jadi Korban Soal Jaminan Dari Konjen Ri Itu Palsu

Habib Rizieq Klaim Bebas Karena Jadi Korban Soal Jaminan Dari Konjen Ri Itu Palsu

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 228 hits
Selain jaminan Rizieq juga menepis adanya Diplomat Pasukan Khusus utusan Kementerian Luar Negeri untuk memberikan memastikan kabar penangkapan dirinya
Langsung Rosmah Dituduh Terima Rm189 Juta Dari Ahli Perniagaan Malysiakini

Langsung Rosmah Dituduh Terima Rm189 Juta Dari Ahli Perniagaan Malysiakini

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 338 hits
LANGSUNG Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor dan bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Kedua duanya akan didakwa dengan pertuduhan rasuah di hadapan hakim M...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi