Resipi Menggunakan Telur Masin Memang Sedap Gerenti Laku Keras
Biasanya kalam makan telur masin bila menikmati nasi kerabu. Sebenarnya telur masin juga sedap dibuat gulai atau pais Rasanya lemak-lemak masin sungguh enak. Kalau ada stok telur masin di rumah bolehlah buat lauk ini.
ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
½ inci halia |kisar
½ inci kunyit hidup |kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
2. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.
PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur ayam
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Sediakan daun pisang.
2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam dan tuang ke atas telur masin tadi.
4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Nak beli PERIUK KUKUSAN baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/11/resipi-menggunakan-telur-masin-memang.html