Shamsubahrin Big Blue Didakwa Terima Rasuah Rm10 000


Peguamnya, memohon Shamsubahrin diberi ikat jamin pada kadar munasabah dengan alasan mempunyai pelbagai penyakit yang amat serius.Shamsubahrin didakwa lagi kes rasuah
07 September 2021
Shamsubahrin yang sebelum ini didakwa berhubung kes rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sekali lagi didakwa atas kes sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa. Foto Sinar Harian/Rosli TalibSHAH ALAM - Pengasas Big Blue Taxi Services yang sebelum ini didakwa atas kes rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sekali lagi didakwa atas kes sama, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Datuk Shamsubahrin Ismail, 55, yang hadir di mahkamah dengan berkerusi roda, membuat pengakuan tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, ahli perniagaan itu didakwa meminta masing-masing RM15,000 dan RM35,000 daripada seorang lelaki berusia 42 tahun, sebagai dorongan untuk menyelesaikan kesnya di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Perindustrian Suntracks, Bandar Baru Bangi dan Hill Park, Bandar Teknologi Kajang Semenyih, pada 3 dan 7 Mac lalu.
Sementara pertu duhan ketiga, tertuduh didakwa menerima suapan RM35,000 daripada individu sama untuk tujuan sama di Persiaran Arked Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini pada 10 Mac lalu.
Atas kesemua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab Wahab mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin serta melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat.
"Selain itu, pihak pendakwaan memohon kes rasuah yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dipindahkan dan disebut bersama kes di mahkamah di sini," katanya.
Dalam kes ini tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali, Mu hammad Noor Azfar Noor Azmi dan Zarina Ismail.Menurut Shaharudin, pihaknya memohon agar Shamsubahrin diberi ikat jamin pada kadar munasabah dengan alasan mempunyai pelbagai penyakit yang amat serius.
"Ini menunjukkan beliau tiada berkeupayaan atau peluang untuk melarikan diri sangat tipis sama ada menggunakan kapal terbang, sampan atau berenang.
"Anak guam saya juga perlu mendapatkan rawatan lanjut kerana mengalami komplikasi paru-paru selepas dijangkiti Covid-19 sebelum ini," katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rozilah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 bersama seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 8 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Pada 27 Ogos lalu, Shamsubahrin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000, Mac lalu.Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...JUIXn-OgZF_FVu2eDmdbY8ZbkaJ2pOlvhnewSMZsFANXc


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://simpleberita.blogspot.com/2021/09/shamsubahrin-big-blue-didakwa-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 228 hits
Pulau Pinang menerima sumbangan 20 000 dos vaksin COVID 19 daripada kerajaan negeri Selangor hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya berbesar hati menerima sumbangan ini dan berharap ia akan membantu mempercepatka...
Rasuah Urus Niaga Kelapa Sawit Bekas Pegawai Tadbir Mpob Didenda Rm5 000

Rasuah Urus Niaga Kelapa Sawit Bekas Pegawai Tadbir Mpob Didenda Rm5 000

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 164 hits
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda IPOH Seorang bekas pegawai tadbir Lembaga Minyak Sawit Malaysia didenda RM5 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan memperoleh su...
Sukarelawan Ambulans Disogok Rm10 000 Untuk Rentas Negeri

Sukarelawan Ambulans Disogok Rm10 000 Untuk Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 285 hits
Faizal menunjukkan antara kelengkapan peralatan untuk kegunaan pesakit dalam ambulans mereka Foto NSTP Ahmad Ismail SEGAMAT Walaupun cuba diupah wang berjumlah RM10 000 utnuk sekali penghantaran satu keluarga rentas empat negeri untuk pulan...
Dua Individu Termasuk Penjawat Awam Di Tahan Sprm Terima Rasuah Syarikat Baja

Dua Individu Termasuk Penjawat Awam Di Tahan Sprm Terima Rasuah Syarikat Baja

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 168 hits
SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua individu selepas dipercayai menerima wang suapan kira kira RM18 000 daripada sebuah syarikat pembekal baja Sumber berkata perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang penjawat awam ...
Kerana Twitter Badan Merana Suri Rumah Didenda Rm10 000 Hina Agong Menteri

Kerana Twitter Badan Merana Suri Rumah Didenda Rm10 000 Hina Agong Menteri

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 178 hits
Oleh SEORANG suri rumah didenda RM10 000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana mengeluarkan kata kata menghasut dan membuat komunikasi jelik terhadap Yang di Pertuan Agong Institusi Raja dan menteri d...
Arab Saudi Sedia Terima 70 000 Jemaah Umrah Sehari

Arab Saudi Sedia Terima 70 000 Jemaah Umrah Sehari

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 204 hits
Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan kesediaan pihaknya menyambut kedatangan 70 000 jemaah umrah sehari Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram Dr Saad Muhammad Al Muhaimidi menerusi perkong...
Sesb Bekalan Elektrik Pulih Secara Berperingkat Selepas Terima Lebih 3 000 Aduan

Sesb Bekalan Elektrik Pulih Secara Berperingkat Selepas Terima Lebih 3 000 Aduan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 275 hits
Kakitangan SESB bekerja hingga larut malam untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan banjir SESB laksanakan pemulihan bekalan secara berperingkat KOTA KINABALU Pemulihan bekalan elektrik ke kawasan kawasan yang terjejas akibat banjir kil...
Saman Fitnah Terima Dana Dap Husam Dapat Ganti Rugi Rm200 000

Saman Fitnah Terima Dana Dap Husam Dapat Ganti Rugi Rm200 000

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 177 hits
N Faizal GhazaliAnggota Dewan Negara Senator Husam Musa berjaya mendapat bayaran ganti rugi setimpal atas dakwaan palsu menerima dana daripada tauke judi DAP yang dibuat bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Neg...
Sabah Terima Kumpulan Pertama Vaksin Cansino Sebanyak 53 000 Dos

Sabah Terima Kumpulan Pertama Vaksin Cansino Sebanyak 53 000 Dos

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 203 hits
Dr Rose Nani berkata ia merupakan kumpulan pertama bagi bekalan vaksin dos tunggal yang akan dibekalkan secara berperingkat ke Sabah Gambar ihsan JKN Sabah KOTA KINABALU Sabah hari ini menerima kumpulan pertama vaksin COVID 19 jenis CanSino...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa

Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun