Kerana Twitter Badan Merana Suri Rumah Didenda Rm10 000 Hina Agong Menteri


Oleh Bernama
SEORANG suri rumah didenda RM10,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana mengeluarkan kata-kata menghasut dan membuat komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Institusi Raja dan menteri, dalam laman sosial Twitternya.
Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Nur Faizah Wahid, 28, selepas dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
Nur Faizah dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut serta denda RM8,000 atau penjara enam bulan atas pertuduhan membuat komunikasi jelik.
Mengikut pertuduhan pertama, Nur Faizah didakwa telah mengeluarkan kenyataan melalui Twitter miliknya ‘Eija Boo’ dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap YDPA, Institusi Raja dan menteri.
Dia melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini, pada 8.33 malam, 22 Mei lepas dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Wanita itu juga dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui aplikasi Twitternya. menggunakan nama profil  “Fazrin Ismail” pada masa dan tarikh sama.
Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 8 malam, 10 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum kerana menyesal dan insaf dengan tindakannya, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat bahawa menghina Institusi Raja adalah satu kesalahan.
Sementara itu, di mahkamah sama, pengawal keselamatan, Sharil Mohd Sarif, 38, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya terhadap YDPA dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil  “Sharil bin Mohd Sarif” pada 7.43 pagi, 20 April 2021.
Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 8 malam, 10 Jun lepas serta didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman serupa.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan semula kes. — BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kerana-twitter-badan-meranasuri-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Jawatan Jangan Berterusan Hina Agong

Letak Jawatan Jangan Berterusan Hina Agong

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 186 hits
Mahiaddin diminta henti hina Agong letak jawatanAHMAD ZAMRI BIN ASA AD KHUZAMI1 Kenyataan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas beliau hari ini yang mengatakan bahawa beliau tidak meletak jawatan kerana sehingga saat ini tidak ada seorang pu...
Terkini Mohamed Azmin Ketuai Kumpulan Pertama 7 Menteri Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Agong

Terkini Mohamed Azmin Ketuai Kumpulan Pertama 7 Menteri Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Agong

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 165 hits
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri mengangkat sumpah jawatan hari ini lapor Bernama Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan serta Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan...
Agong Lantik Muhyiddin Sebagai Caretaker Perdana Menteri

Agong Lantik Muhyiddin Sebagai Caretaker Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 312 hits
Istana Negara mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga individu baharu dilantik ke jawatan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka berkenan de...
Kompaun Serta Merta Rm10 000 Jika Peniaga Tak Patuh Sop Kata Kpdnhep

Kompaun Serta Merta Rm10 000 Jika Peniaga Tak Patuh Sop Kata Kpdnhep

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 251 hits
KPDNHEP tidak akan berkompromi dan komited bersama kerajaan memerangi Covid 19 menerusi peningkatan pemantauan serta pemeriksaan pematuhan SOP PETALING JAYA Kompaun RM10 000 serta merta atau patuh prosedur operasi standard Itu dua pilihan y...
Wanita Didenda Rm17 000 Kerana Memberi Makan Kepada Burung

Wanita Didenda Rm17 000 Kerana Memberi Makan Kepada Burung

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 183 hits
Seorang wanita telah didenda sebanyak RM17 000 baru baru ini kerana sering memberi makan kepada burung sehingga menimbulkan rasa kurang senang oleh jirannya Irene Webber membuat tindakannya menjadi sebab kawasan perumahan mereka di Minehead...
Pukul Rakan Niaga Guna Besi Wanita Myanmar Didenda Rm4 000

Pukul Rakan Niaga Guna Besi Wanita Myanmar Didenda Rm4 000

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 295 hits
Tuduhan terhadap wanita berusia 28 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda atau sebatan PETALING JAYA Seorang wanita Myanmar didenda RM4 000 di Mahkamah Majistre...
Perdana Menteri Menghadap Yang Di Pertuan Agong Persembahkan Senarai Jemaah Menteri

Perdana Menteri Menghadap Yang Di Pertuan Agong Persembahkan Senarai Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 282 hits
KUANTAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di sini tengahari tadi Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung lebih dua ja...
Perdana Menteri Selesai Menghadap Agong Akan Membuat Sidang Media Pada Petang Ini

Perdana Menteri Selesai Menghadap Agong Akan Membuat Sidang Media Pada Petang Ini

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 209 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebentar tadi Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung kira kira 40 minit Kenderaan pelba...
Badan Standar Nasional Pendidikan Dibubarkan Anggota Tunggu Sk Menteri Nadiem

Badan Standar Nasional Pendidikan Dibubarkan Anggota Tunggu Sk Menteri Nadiem

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 191 hits
Nasib anggota Badan Standar Nasional Pendidikan pasca pembubaran badan tersebut belum jelas Mantan anggota BSNP Doni Koesuma mengatakan mulai Selasa 31 Agustus BSNP tidak lagi beraktivitas
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia