Shafie Di Tengah Tengah Ketegangan Anwar Tun M


Spekulasi terbaharu nama Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) dipilih sebagai calon Perdana Menteri baharu bagi blok PH Plus dinafikan PKR.
DALAM politik tiada yang kekal kawan dan tiada yang kekal musuh selamanya. Untuk sekian lama, politik Malaysia didominasi parti tunjang Barisan Nasional (BN) yang memayungi sebegitu banyak parti komponen.
Namun, tahun 2018 landskap politik Malaysia dilanda tsunami dengan kekalahan BN.
Kini Malaysia sedang memasuki era baharu politik yang akhirnya memaparkan wajah-wajah sebenar pemimpin politik Malaysia.
Sama ada politik itu adalah satu perjuangan agama, bangsa dan negara atau politik sebenarnya adalah berkenaan pengagihan kuasa dan kekayaan, semua itu terletak di tangan ahli politik sendiri.
Yang pasti, gelora politik Malaysia hari ini tidak menunjukkan akan ada surutnya.
Bagaikan papan catur, walaupun Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan arkitek Langkah Sheraton berjaya membuat checkmate, namun hari ini percaturan politik baharu kembali rancak disusun.
Dengan Perikatan Nasional sendiri sedang bergelut untuk meraih lebih banyak sokongan ahli Parlimen bagi mendepani usul tidak percaya yang dijangka dibawakan blok Pakatan Harapan (PH) pada 13 Julai ini, hakikatnya kem PH juga sedang teruk berantakan.
Walaupun pahit untuk diterima, hakikatnya PH kini sedang terperangkap dengan permainan isu calon Perdana Menteri (PM) yang pada hakikatnya tidak pasti pun berjaya atau tidak pada 13 Julai ini.
Papan catur dalam PH kini sedang ligat berjalan, baik di kem Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Masing-masing sedang mengatur buah catur untuk memerangkap catur raja.
Namun, kemunculan nama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dicelah-celah kemelut calon PM PH Plus mengejutkan ramai.
Walaupun pernah bergelar pemimpin peringkat nasional dan menjadi Menteri beberapa tahun lalu, namun ‘padang’ Shafie sejak dua tahun lepas sudah pun berubah.
Keikhlasan
“Sebagai orang Sabah, sudah tentunya saya mengimpikan seorang pemimpin dari negeri ini untuk menjadi Perdana Menteri.
“Namun bila difikirkan rasionalnya, kita kena sedar ia agak sukar untuk direalisasikan. Ini kerana hakikatnya sistem pemerintahan kita ini adalah kolektif dan satu negara,” kongsi penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg bagi menggambarkan perjalanan sukar Shafie.
Mengulas lanjut Romzi berkata, cadangan mengejutkan Dr Mahathir itu sebenarnya perlu dilihat dari pelbagai aspek.
Antaranya termasuklah kesediaan Shafie, sokongan pemimpin seluruh negara, kekuatan parti Warisan, hubungan dalam PH dan paling penting keikhlasan cadangan tersebut.
“Bagi saya, antara persoalan penting yang perlu dijawab, adakah cadangan ini ikhlas dan adakah ia mendapat sokongan penuh pemimpin baik di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.
“Saya bimbang jika cadangan ini hanya sekadar untuk menggunakan Shafie untuk menafikan hak Anwar yang sebelum ini dijanjikan sebagai Perdana Menteri.
“Apatah lagi semua orang tahu, Anwar sudah sekian lama menantikan posisi Perdana Menteri. Cadangan ini sememangnya meletakkan Shafie di tengah-tengah dalam ketegangan hubungan Anwar dan Dr Mahathir.
“Namun, yang menambahkan curiga dalam cadangan ini, dengan jumlah ahli Parlimen Warisan Sabah yang cuma sembilan orang dan kedudukan Warisan sebagai sebuah parti negeri, adakah orang Semenanjung dan Sarawak boleh menerima calon Perdana Menteri daripada Warisan. Ini adalah perkara paling asas,” katanya lagi.
Namun mengamati corak kepimpinan Shafie, Romzi mengakui Shafie dengan pengalaman lama dalam politik nasional dan negeri Sabah, beliau pasti akan berhati-hati dengan tindakannya.
“Dari segi kemampuan dan kredibiliti memang Shafie boleh muncul sebagai pemimpin nasional sekali lagi, tetapi saya secara peribadi melihat Shafie sorang pemimpin yang baik dan berhati-hati. Keputuasan yang diambil nanti amat penting kerana dikhuatiri boleh membunuh karier politiknya,” ungkap Romzi yang berpendapat pada masa ini adalah lebih baik ahli Parlimen Semporna itu memberi fokus di negeri Sabah.
Dalam pada itu, bagi orang lama politik yang juga Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia, Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman, hakikatnya calon Perdana Menteri boleh datang dari mana-mana negeri, namun tindakan Dr Mahathir menamakan Shafie sebagai calon PM PH Plus kelihatan agak terdesak.
Politik kendur
“Dr Mahathir sedang mengatur calon dari kaca matanya dan kelihatan Shafie seperti mempunyai kelebihan untuk mendapatkan sokongan dari Sabah. Namun saya melihat beliau seolah-olah ketandusan calon.
“Shafie seperti diketahui lebih terkenal di peringkat lokal. Namun, kalau ikutkan kedudukan Presiden Warisan itu sendiri sedikit goyang dengan kembalinya Tan Sri Musa Aman yang bebas daripada tuduhan mahkamah,” katanya sambil memberi contoh tindakan 1,000 ahli Warisan keluar parti itu kelmarin.
Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, formula kombo meletak Shafie sebagai Perdana Menteri manakala Anwar serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri juga menunjukkan percaturan politik Dr Mahathir semakin ketinggalan.
“Situasi politik hari ini menyaksikan Dr Mahathir seperti terperangkap dengan tindakannya sendiri setelah melepaskan jawatan sebelum ini. Apatah lagi sokongan akar umbi politiknya juga semakin lemah tanpa mendapat sokongan Bersatu.
“Bagi saya politik Dr Mahathir sudah semakin kendur dan kian merosot.
“Kita juga tidak boleh memperkecilkan Anwar kerana beliau juga bukan kecil-kecil budak. Selepas sekian lama dimomokkan dengan penantian menjadi Perdana Menteri sudah tentu Anwar tidak akan bersetuju dengan kombinasi trio beliau sebagai TPM,” katanya.
Dilema calon PM PH Plus nampaknya sukar bertemu titik noktahnya.
DAP dan Amanah walaupun memihak kepada Dr Mahathir, namun Anwar semalam mengemas kini laman Instagramnya bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu dengan catatan, ‘setiakawan tidak boleh dijual beli’.
Persoalannya sampai bila PH masih perlu terperangkap dalam isu calon PM yang telah menggugat ikatan setiakawan mereka?
SH
The post Shafie di tengah-tengah ketegangan Anwar-Tun M appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/02/shafie-di-tengah-tengah-ketegangan-anwar-tun-m/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=shafie-di-tengah-tengah-ketegangan-anwar-tun-m

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Apdal Calom Pm Bukti Tun Mahathir Memang Tidak Mahu Serahkan Jawatan Kepada Anwar Ibrahim

Shafie Apdal Calom Pm Bukti Tun Mahathir Memang Tidak Mahu Serahkan Jawatan Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 424 hits
Percaturan politik di negara ini makin sukar untuk diramalkan oleh mana mana pihak Setiap minggu ada sahaja kejutan baharu yang disajikan kepada seluruh rakyat Malaysia Menerusi rakaman video yang tular hari ini nampaknya cita cita Anwar Ib...
Ph Jadi Pendamai Ketegangan Tun M Anwar

Ph Jadi Pendamai Ketegangan Tun M Anwar

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 221 hits
Keazaman Pakatan Harapan untuk merampas kembali Kerajaan Persekutuan belum berkubur Buktinya Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata PH sedia menjadi perantara bagi mendamaikan hubungan antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim K...
Shafie Apdal Sebagai Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm 1 Dan 2 Tun M

Shafie Apdal Sebagai Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm 1 Dan 2 Tun M

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 334 hits
Persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal antara Shafie Mohamad Sabu Tan Kok Wai dan Lim Guan Eng kata Tun Mahathir KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa cadangan menamakan...
Anwar Kena Game Lagi Bila Tun Pilih Shafie Calon Pm

Anwar Kena Game Lagi Bila Tun Pilih Shafie Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 619 hits
BANGI 5 Zulkaedah 1441H Ahad Tun Dr Mahathir Mohamad musnahkan sekali lagi impian Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memilih Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimi...
Tun Mahathir Anwar Disaran Bersara Untuk Selesai Kemelut Politik

Tun Mahathir Anwar Disaran Bersara Untuk Selesai Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 228 hits
ALOR SETAR Kemelut politik Pakatan Harapan belum berkesudahan apabila masih gagal memuktamadkan calon Perdana Menteri yang dipersetujui bersama Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata sehubungan itu pihaknya mencadangkan mantan Pen...
Mahathir Cuba Lagakan Shafie Dengan Anwar Bung

Mahathir Cuba Lagakan Shafie Dengan Anwar Bung

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 276 hits
Rancangan Dr M lantik Shafie sebagai perdana menteri lucu kata Bung Moktar Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin memperlekeh rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menamakan Ketua Menteri Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Har...
Tolak Politik Tipu Helah Hantaran Anwar Lepas Shafie Dicalon Jadi Pm

Tolak Politik Tipu Helah Hantaran Anwar Lepas Shafie Dicalon Jadi Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 299 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa orang ramai untuk menolak helah dan muslihat politik beberapa jam selepas pesaingnya Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri blok pembangkang Membuat hantaran di media s...
Shafie Sebagai Calon Pm Anwar Naik Angin

Shafie Sebagai Calon Pm Anwar Naik Angin

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 396 hits
Tolak politik tipu helah Hantaran Anwar lepas Shafie dicalon jadi Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa orang ramai untuk menolak helah dan muslihat politik beberapa jam selepas pesaingnya Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Shafie Apdal sebagai ...
Dap Sabah Tolak Anwar Sebagai Pm Mahu Mp Sabah Gps Sokong Shafie Calon Pm

Dap Sabah Tolak Anwar Sebagai Pm Mahu Mp Sabah Gps Sokong Shafie Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 410 hits
DAP Sabah menyokong cadangan mencalonkan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai perdana menteri dan mahu semua anggota parlimen Malaysia Timur termasuk GPS melakukan perkara yang sama Katanya perdana menteri dari Malaysia Timur akan memastik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba