Shafee Dakwa Azilah Dibawa Keluar Dari Penjara Kajang Jumpa Vvip


Bekas pegawai polis, Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, didakwa dibawa keluar daripada Penjara Kajang untuk berjumpa seorang VVIP pada Februari lalu.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak yang membuat dakwaan itu berkata, pertemuan terbabit dilihat sebagai pelan terancang yang diatur (untuk mengaitkan anak guamnya dengan pembunuhan Altantuya).

Loading… “(Pertemuan) itu di luar penjara dan bukan di dalam, ketika dia banduan akhir dan ini satu pelanggaran protokol… Seperti saya katakan, saya tidak boleh sahkan, tetapi saya akan cuba sahkan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas prosiding pengurusan kes semakan dikemukakan Azilah supaya sabitan dan hukuman gantung terhadapnya diketepikan dan kes itu dibicarakan semula, di sini, hari ini lapor BH Online.
Muhammad Shafee berkata, beliau turut mengetahui seorang lagi tertuduh iaitu bekas anggota polis, Koperal Sirul Azhar Umar menerima lawatan tiga individu yang memujuknya (untuk membuat kenyataan terhadap Najib).
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama individu terbabit, tetapi memberitahu ia termasuk seorang pemberita.
“Saya tidak boleh beritahu kerana ia amat sensitif. Apa yang saya boleh katakan, mereka adalah ejen Kerajaan Malaysia yang pergi ke Sydney untuk berjumpa Sirul baru-baru ini.
“Saya tidak tahu sama ada dia orang sama yang melawat Azilah, tetapi saya diberitahu dia juga (Azilah) menerima lawatan seseorang pada Februari lalu,” katanya.
Mengulas Akuan Bersumpah (SD) difailkan Azilah dalam afidavit permohonan semakan itu, Muhammad Shafee berkata, ia adalah usaha terancang untuk ‘membunuh’ anak guamnya dengan dakwaan tidak masuk akal membabitkan pembunuhan Altantuya pada 2006.
“Ia sangat kelakar apabila anak guam saya arahkan Azilah untuk menculik wanita itu dan membunuhnya…dan menunjukkan bagaimana ia sepatutnya dilakukan dengan meletakkan jari di leher.
“Ini benda yang langsung tidak boleh dipercayai,” katanya.
Muhammad Shafee berkata, Najib mengarahkannya untuk memfailkan permohonan menjadi pencelah dalam permohonan semakan itu kerana ia mengaitkan anak guamnya.
“Semua dakwaan dalam SD itu yang mengaitkan anak guam saya dilakukan pada detik akhir dia (Azilah) dijangka dihukum gantung.
“Ini adalah permohonan terdesak pada saat akhir… anak guam saya dijadikan sasaran untuk dipenjarakan tanpa diikat jamin, saya rasa ini tujuan sebenar,” katanya.
Muhammad Shafee berkata, amat membingungkan apabila Azilah membuat dakwaan itu selepas 10 tahun kes bunuh terbabit berlangsung di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Katanya, beliau tidak menyalahkan Azilah kerana ia cubaan terdesaknya untuk menyelamatkan diri daripada hukuman gantung.
“Apa yang kami mahu tahu ialah siapa di belakang SD ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/12/shafee-dakwa-azilah-dibawa-keluar-dari-penjara-kajang-jumpa-vvip/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azilah Jumpa Vip Di Luar Penjara Kajang Pada Feb Shafee

Azilah Jumpa Vip Di Luar Penjara Kajang Pada Feb Shafee

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 362 hits
Diterbitkan Hari ini 2 36 tengahariBERITABekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas polis Azilah Hadri yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati didakwa dibawa keluar dari Penjara Kajang pada Februari tahun ini untuk berjumpa dengan se...
Jabatan Penjara Tolak Dakwaan Azilah Jumpa Vvip Di Luar Penjara

Jabatan Penjara Tolak Dakwaan Azilah Jumpa Vvip Di Luar Penjara

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 274 hits
AZILAH Hadri bekas anggota polis unit tindakan khas yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu tidak pernah menjejakkan kaki di luar Penjara Kajang sepanjang tahun 2019 kata Jabatan Penjara hari ini Jabatan itu member...
Tun M Enggan Ulas Isu Vvip Jumpa Azilah

Tun M Enggan Ulas Isu Vvip Jumpa Azilah

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 260 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta yang lain hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bandar Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Putrajaya foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA Per...
Prisons Dept Rejects Shafee S Claim Azilah Met Vvip Outside Jail

Prisons Dept Rejects Shafee S Claim Azilah Met Vvip Outside Jail

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 262 hits
Azilah Hadri the ex police commando sentenced to death for murdering Altantuya Shaariibuu never set foot outside the Kajang Prison the entirety of 2019 the Prison Department said today The department was responding to lawyer Tan Sri Shafee ...
Prisons Dept Denies Azilah Taken Out In Feb To Meet Vvip

Prisons Dept Denies Azilah Taken Out In Feb To Meet Vvip

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR The Prisons Department yesterday denied the claim that former Special Action Unit member Azilah Hadri convicted of the murder of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu was taken out of prison to meet with a VVIP in February this ...
Sejak Dari Malam Itu Kami Tak Keluar Malam Gps Berhantu Gadis Kongsi Kisah Seram Di Lebuhraya Kajang Seremban

Sejak Dari Malam Itu Kami Tak Keluar Malam Gps Berhantu Gadis Kongsi Kisah Seram Di Lebuhraya Kajang Seremban

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1088 hits
Assalamualaikum pembaca FS aku Wawa Aku nak share kisah yg aku sendiri alami Kisah ini terjadi pada tahun 2015 Masa tu hari jumaat Malam tu aku dan kawan aku Hana dah plan untuk keluar makan Aku bertolak dari rumah aku yg terletak di Hulu L...
Secara Kebetulan Azilah Berjumpa Dengan Vvip Juga Pada Bulan Februari 2019

Secara Kebetulan Azilah Berjumpa Dengan Vvip Juga Pada Bulan Februari 2019

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 263 hits
12 Februari 2019 Lawatan Kerja YB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin Menteri Dalam Negeri ke Jabatan Penjara Malaysia Kajang Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri ini turut disertai oleh YBhg Dato Seri Alwi bin Hj Ibrahim Ketua Setia...
Flyz Media Sosial Alternatif Facebook Gaya Tempatan

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Ringgit Closes Out 2024 As Top Performer Among Major Asian Currencies

8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak

Apak Harry Khalifah Joget Tahun Baru Chord

Doa Malam 1 Rajab

Dua Anggota Polis Cedera Dirempuh Kereta Dipandu Wanita Warga Singapura Yang Membawa Dadah

Ubat Tahan Sakit Urat Cara Penggunaan Yang Betul


echo '';
Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian


Cahaya Misteri Muncul Di Langit Malam

9 Ditahan Dalam Pesta Minum Arak Parti Buih

Vokalis Wanita Tendang Kepala Penonton

Dua Lelaki Ditahan Kes Bunuh Wanita Di Hotel Bajet

Kisah Pemandu E Hailing Kudung Tangan Arwah Isteri Hadir Dalam Mimpi Minta Suami Koma Bangun Teruskan Hidup

Jom Cuba Resepi Chee Cheong Fun Sedap Macam Yang Viral Di Ipoh