Sejak Dari Malam Itu Kami Tak Keluar Malam Gps Berhantu Gadis Kongsi Kisah Seram Di Lebuhraya Kajang Seremban



Assalamualaikum pembaca FS, aku Wawa. Aku nak share kisah yg aku sendiri alami. Kisah ini terjadi pada tahun 2015.

Masa tu hari jumaat. Malam tu aku dan kawan aku, Hana dah plan untuk keluar makan. Aku bertolak dari rumah aku yg terletak di Hulu Langat menuju ke rumah Hana yg terletak di Putrajaya pada jam 9 malam.

Aku bertolak dari rumah aku yg terletak di Hulu Langat menuju ke rumah Hana yg terletak di Putrajaya pada jam 9 malam.

Kami decide untuk makan di bandar Nilai pada malam tu (tak tahu lah kenapa, tiba2 spontan dia ajak aku makan dekat situ).

Setelah selesai makan, jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku decide nak stay rumah mak sedara aku je dekat Mantin, sebab masa tu kami berdua pun dah mengantuk (tula gatal lagi nak makan jauh2, huhu).

Lagipun Mantin tak jauh dari Nilai. Aku tak berapa sure jalan ke Mantin, sebab aku jarang pergi so aku set gps ke Kolej Lagenda sebab rumah makcik aku dekat rumah pangsa area situ je. Itu jela landmark yang aku ingat.



Kami pun mulakan perjalanan, selepas melepasi area Pajam gps menunjukkan arah untuk kami terus lagi dan terus lagi dan lagi. Kemudian gps arahkan kami belok ke kiri. Disitu kawasan perumahan rumah teres.

Agak usang dan gelap. Semua rumah disitu kelihatan usang. Mungkin jimat elektrik masing2. Tapi ada seperkara yang aku pelik:

Aku : Seingat aku datang dgn mak aku takde pulak aku kena lalu taman perumahan ni. Biar betul gps ni?

Hana tengok gps semula, belek skrin tengok jalan yang dipaparkan dalam gps.

Hana : memang dia tunjuk arah ni weh, kau terus lagi kat belakang tu je. Lagi 500m.

Aku pelik sebab rumah makcik aku rumah pangsa, ni rumah teres.

Usang. Gelap. Sunyi.

Aku pun bawa kereta perlahan2 ke arah arahan gps, lalu gps bersuara ‘You have arrived at your destination’.

Aku terpaku. Dalam hati aku istighfar banyak. Depan mata aku adalah sebuah kuil, kiri kanan semak samun. Kuil nampak seperti kuil lama. Aku pandang Hana, Hana pandang aku.

Aku : kau set location ape tadi?
Hana : kolej lagenda la weh. ni ha kau tengok.

Aku pun tengok. Betullah. Aku pun patah balik. Cuba untuk cari jalan keluar. Di kawasan perumahan tu aku boleh sesat nak keluar. Reset location ke kolej lagenda, arahnya tetap sama ke arah kuil.

Aku cakap dekat Hana, “na, baca ayat kursi banyak2 na”. Tak lama lepas tu, akhirnya aku jumpa jalan keluar. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.

Aku pun meneruskan perjalanan. Location dah reset balik. Tetapi lagi sekali kejadian pelik berlaku. Kami tiba2 masuk ke satu perkampungan. Di situ ada roundabout kecil dan gps arahkan kami untuk keluar di first exit (means ikut arah jam pukul 9).

Kami pun terus sehinggalah diberi arahan ‘turn right’. Aku tidak terus ke arah kanan, aku brek mengejut. Hana melatah lalu dia bertanya kepada aku.

Hana : Wawa, kau dah kenapa ni brek mengejut? Terkejut aku.
Aku : Hana, gps suruh belok kanan ke? serious?
Hana : yelah, ni ha kau tengok.
Aku : Hana, kanan ni (aku tunjuk dengan jari)

‘Tanah Perkuburan Islam’

Hana ternganga. Terdiam. Bisu.

Aku pun cepat2 tekan minyak berjalan terus. Dalam hati, kalau ada kawasan rumah atau kawasan lapang aku nak pusing pastu keluar terus. Dan aku pusing di sebuah depan rumah kayu yang usang.

Mata aku terpandang sesuatu. Lembaga berkain putih lusuh bertenggek atas tangga rumah kayu tu. Rumah kayu tu pun gelap gelita jadi memang obvious nampak kain putih.

Tak berani nak pandang kiri kanan. Aku terus pusingkan kereta dalam keadaan kalut. Aku tak tau Hana nampak ke tak. Aku lalu semula di depan kubur tu gps arahkan kami ke kiri (sebab aku dh pusing td jadi kubur belah kiri).

Tapi aku terus tak belok kiri. Sampai la jumpa roundabout tadi tapi aku pelik. Aku pusing roundabout tu 3 kali, lalu balik depan tanah perkuburan tu tapi aku tak nampak jalan keluar. Aku dah tak sedap hati.

Aku berhenti jap tepi jalan tp bukan la dekat area tanah perkuburan tu. Hana dah diam membisu. Gps berkali2 arahkan kami patah balik ke tempat tadi. Aku langsung tak nampak apa2 rumah melainkan rumah kayu yang usang tadi tu.

Aku baca Al-fatihah, ayat kursi dan ayat 3 Qul banyak2 kali. Baru lah aku nampak signboard ke arah Nilai, Pajam etc.

Aku pun keluar dari situ, then Hana cakap, “weh, tidur rumah kau jela. Lalu highway Lekas ni”.
Aku pn mengiyakan je. Kami exit highway lekas dari Mantin. Aku ingat gangguan dh habis tp ada lagi yg terjadi.

Kami melalui highway Lekas melalui exit Mantin. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dari pukul 12.30 tengah malam sampai dah pukul 3 pagi.

Aku dah physically dan mentally exhausted tapi aku teruskan perjalanan, dalam otak aku nak cepat sampai je. Mula2 exit Mantin tu nampak jugak 2-3 biji kereta meluncur laju meninggalkan kereta myvi aku ni. Dalam hati aku ‘yesss ada jugak kereta lain’.

Hana pulak sejak masuk highway Lekas dia diam je. Aku tanya Hana, “Hana kau ok ke? Kalau ikutkan Mantin ke hulu langat ni kereta tak banyak gini 30-40 minit sampai lah”.

Tetapi Hana diam menunduk sahaja hanya menjawab ‘hmmm’.
Mungkin dia penat, aku biarkan saja..

Aku pun teruskan perjalanan tapi masa tu dah takde kereta kiri kanan. Meter kereta aku mencecah 120km/j tp aku rasa kereta aku slow sangat. “Na,pesal kereta aku ni slow sangat ek? Dah tekan minyak pun aku rasa kereta macam kura2 lagi nih”.

Hana tak jawab, just menundukkan kepala ke bawah. Aku pun toleh ke arah Hana, aku nampak tingkap disebelah Hana kain putih berjuntai di tepi tingkap. Aku pandang semula kedepan.

Aku tengok cermin pandang belakang. Gelap gelita. Aku tak nampak langsung line jalan putih ke lampu jalan ke. Aku pandang side mirror belah aku. Nampak je line putih jalan ni. Aku dah tak sedap hati.

Aku amik cd yaasin aku masukkan dalam player. Tiba2 Hana tutup. Aku on balik, Hana tutup balik. Eh minah ni, main2 pulak dengan aku. Aku on balik then kuatkan volume. Tangan aku, aku biarkan di radio tu.

Aku nampak dari ekor mata aku, Hana merenung aku tajam. Tiba2 dia gigit tangan aku. Aku menjerit kesakitan. Nasib tak hilang kawalan stereng. Hana start meracau selang seli dengan menangis dengan ketawa.

Aku baca ayat ruqyah yang aku ingat, aku terlalu takut sampai aku tak berani nak pandang Hana. Tiba2 Hana bersuara, “kau takut ke? Hahahahahahahahaha!”.

Kemudian dia sambung gelak meracau menangis. Dia tolak badan aku, menjerit sekuat hati dia. Kereta hampir hilang kawalan, beberapa kali jugak la nak terlanggar divider..

Aku laung ‘Allahuakbar’ 3 kali lepas tu aku Iqamat. Aku dah tak tau nak buat apa. Depan tu aku dah nampak tol. Lepas je bayar tol aku berhentikan kereta tepi jalan. Aku tengok Hana dah diam, dah terkulai, pengsan mungkin.

Aku call mak ayah aku. Jam waktu tu dah pukul 3.45 pagi. Dalam 4.30 pagi mak ayah aku sampai dengan sorang ustaz. Ustaz tu yang bawak kereta aku sampai la ke rumahnya.

Disitu dia pulihkan semangat si Hana ni dan biar dia berehat dan kami sekeluarga bawa dia ke rumah mak ayah aku & aku call mak ayah Hana seusai subuh.

Pukul 10 pagi Hana tersedar, dia masih lagi pening. Aku menyuruh dia mandi dan makan. Mak ayah dia pun dah sampai kat rumah aku masa tu. Aku tanya Hana apa jadi semalam. Dia cakap masa exit highway lekas tu dia nampak orang pakai baju putih melambai2 ke arah dia.

Dia pun menundukkan pandangan ke bawah dan selepas itu pandangan dia kosong, fikiran dia kosong dan dia rasa badan dia lemah sangat.

“Ada benda yang menyakat kamu ni, hijab kamu ditutup. Kamu tu anak dara, sepatutnya tengah2 malam gini duduk dekat rumah. Kawan kamu ni pun semangat lemah dan kebetulan tengah uzur jadi lagi senanglah benda tu nak mengacau. Nasib dia tak ikut balik ke rumah, kot dah jatuh cinta kat kamu berdua, satu hal pulak nak membela nanti. Lepas ni jangan keluar malam lagi ye”, kata ustaz kepadaku.

Sejak dari itu aku dan Hana tak keluar malam dah. Sebelum pukul 10 malam mesti kami dah balik rumah, huhu.

Sumber: Fiksyen Shasha

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adichannel.com/2019/12/sejak-dari-malam-itu-kami-tak-keluar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adichannel%2FJRDq+%28Adi+Channel%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I Beat Stage 4 Cancer And End My Chemo Gadis Kongsi Kisah Inspirasi Jadi Survivor Kanser

I Beat Stage 4 Cancer And End My Chemo Gadis Kongsi Kisah Inspirasi Jadi Survivor Kanser

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 357 hits
Kanser merupakan salah satu penyakit yang paling digeruni oleh sesiapa sahaja Menjadi salah satu daripada di seluruh dunia kanser memerlukan rawatan secara berterusan sehinggalah pesakit disahkan bebas daripada serangan Pada usia yang amat ...
Hidap Kanser Tahap 3 Gadis Ini Kongsi Kisah Inspirasi Berjaya Jadi Graduan Universiti

Hidap Kanser Tahap 3 Gadis Ini Kongsi Kisah Inspirasi Berjaya Jadi Graduan Universiti

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 735 hits
Hasrat anak bongsu daripada empat beradik Aida Khayreen Rashidi 22 untuk menggenggam diploma hampir tidak kesampaian apabila disahkan menghidap barah tulang ketika di semester empat pengajian Berikutan penyakit itu Aida Khayreen terpaksa be...
Shafee Dakwa Azilah Dibawa Keluar Dari Penjara Kajang Jumpa Vvip

Shafee Dakwa Azilah Dibawa Keluar Dari Penjara Kajang Jumpa Vvip

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 385 hits
Bekas pegawai polis Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu didakwa dibawa keluar daripada Penjara Kajang untuk berjumpa seorang VVIP pada Februari lalu Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdulla...
Risau Suhu Anak Tinggi Tengah Malam Doktor Kongsi Cara Cepat Kurangkan Panas

Risau Suhu Anak Tinggi Tengah Malam Doktor Kongsi Cara Cepat Kurangkan Panas

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 470 hits
Demam biasanya dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan anak Bagaimanapun demam yang disebabkan jangkitan kuman serius adalah kecil Namun demam yang biasa dialami anak anak adalah dari jangkitan virus Sebag...
Wajah Gadis Ini Berubah Hanya Satu Malam

Wajah Gadis Ini Berubah Hanya Satu Malam

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 229 hits
Wajah Gadis Ini Berubah Hanya Satu MalamPakar pakar perubatan di selatan Vietnam menawarkan untuk membantu seorang wanita berusia 26 tahun yang kulitnya berkedut dalam satu malam saja membuatkan dia kelihatan 30 tahun lebih tua media tempat...
Kisah Seram Hostel Telemovie Lakonan Janna Nick Yuna Rahim

Kisah Seram Hostel Telemovie Lakonan Janna Nick Yuna Rahim

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 1962 hits
Saksikan telefilem Kisah Seram Hostel arahan Feroz Kader pada 28 Disember 2019 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD JUDUL KISAH SERAM HOSTELWAKTU SIARAN Sabtu 28 Disember 2019 9 00pmSIARAN TV Astro Citra Citra HDSKRIP Amalina Seri ...
Kisah Gadis Ini Survive Daripada Kanser Tahap 4 Curi Perhatian Netizen

Kisah Gadis Ini Survive Daripada Kanser Tahap 4 Curi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 357 hits
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya Kanser merupakan pembunuh yang datang tanpa diundang dan setiap orang berisiko untuk berdepan dengan kanser Terbaharu perkongsian pengguna Twitter zyslvtr mendapat perhatian netizen Ini kerana beliau ...
Keluar Kamu Dari Rumah Ini Family Day Bertukar Jadi Seram 1 Keluarga Diganggu Makhluk Halus

Keluar Kamu Dari Rumah Ini Family Day Bertukar Jadi Seram 1 Keluarga Diganggu Makhluk Halus

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 481 hits
Pengalaman manis yang ingin dirasai bertukar menjadi tragedi seram apabila keuarga in diganggu makhluk halus ketika sedang menginap di sebuah homestay Selain itu pada malam kejadian salah seorang ahli keluarga dirasuk dan mereka diminta seg...
Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit Pemuda Kongsi Kisah Menginsafkan Ziarah Tanah Uighur

Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit Pemuda Kongsi Kisah Menginsafkan Ziarah Tanah Uighur

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 352 hits
Umum mengetahui konflik yang melanda Xinjiang antara etnik Uighur dan kerajaan komunis China yang didakwa menekan penduduk Islam di sana Mereka dikatakan dilarang mengamalkan agama serta boleh ditahan polis jika solat tanpa permit Pelbagai ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash