Setup Paling Murah Untuk Rakaman Audio Di Rumah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sejak tahun lepas, aku banyak mencuba untuk mendapatkan kualiti audio yang lebih baik berbanding rakaman terus daripada mikrofon laptop ini. Ada beberapa jenis mikrofon yang aku cuba, dan ada juga yang dah hilang disebabkan aku tercicir semasa membawa mikrofon itu keluar buat kerja di sebuah kedai kopi.
contoh studio profesional yang menggiurkan
Setelah begitu banyak cubaan, akhirnya aku dapat penyelesaian untuk rakaman audio yang lebih baik daripada biasa. Cuma kalau tempat tu ada banyak angin daripada kipas dan sebagainya, mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu kualiti rakaman audio.
Kali ni aku nak kongsi beberapa jenis mikrofon yang aku dah cuba dan apakah komponen yang diperlukan untuk memastikan semua mikrofon ini dapat berfungsi dengan baik.
Memilih mikrofon mengikut keperluan
Mikrofon ni ada banyak jenis di pasaran, aku banyak belajar daripada youtubers luar negara yang berkongsi mengenai pelbagai cara untuk setup home studio dengan bajet yang rendah.
Aku bukanlah nak buat home studio pun, cuma dalam perancangan yang dah lama tertangguh ni, aku nak buat akademi online untuk sesiapa berminat, belajar mengenai web development, data management, analytics dan sebagainya.
Akademi ini aku akan kongsikan dalam bahasa melayu sahaja, mudahlah untuk sesiapa yang mungkin tak berapa mahir english untuk belajar kemahiran-kemahiran ini.
Dalam perkongsian kali ini, aku akan beritahu, mikrofon yang aku guna untuk rakaman di rumah, dan setakat ni, bagaimana prestasi mikrofon tersebut.
BM-800 Condenser Microphone
Mikrofon ni aku beli dah lama, cuma tak berjaya nak dapatkan rakaman dengan kualiti yang baik disebabkan sebelum ni, meja kerja aku di ruang tamu. Memang terlalu banyak noise jika buat rakaman, tapi itu pun aku sempat jugalah rakam beberapa tutorial untuk group coaching yang aku kelolakan.
Mikrofon ini tak mahal harganya, tak sampai RM100 kalau tak silap waktu aku beli dulu, sekarang ni aku tengok, ada yang RM70-80 jer. Memang murah. Cuma kalau nak guna mikrofon ni dengan komputer, kena tambah phantom power (alat warna hitam atas kanan dalam gambar).
BM-800 ni didatangi lengkap dengan pemegang, kabel, air filter dan sarung mikrofon, tapi dia sangat sensitif dan mudah betul nak rekod bunyi-bunyi di sekeliling. Memang mencabar nak rakam guna mikrofon ni kalau berada di ruangan terbuka.
Kalau ada bilik tertutup, barulah sesuai untuk buat rakaman tanpa gangguan yang teruk.
Boya by-mm1
Mikrofon ni sebelum ni aku try guna kat luar dengan telefon, tapi pelik sebab kualiti bunyinya sangatlah teruk. Ini adalah mikrofon jenis short-gun yang boleh digunakan bersama laptop mahupun telefon tanpa perlu penambahan kuasa phantom seperti mikrofon BM-800 sebelum ni.
Pakejnya kecil sahaja, dan harganya pun tak berapa mahal. Boleh dapat dalam harga RM75-85 gitu dalam pasaran sekarang. Ada lengkap dengan beg, kabel, shortgun mic dan penapis udara untuk mikrofon tu (yang bulu-bulu tu).
Sebenarnya mikrofon ni pun power juga, cuma aku tak ada satu benda lain untuk menjadikannya power, benda tu aku nak share seterusnya ni.
Audio splitter
Lama juga aku baru bertemu dengan penyelesaian ni, padahal sebelum ni dah pernah guna. Aku siap beli usb audio splitter tapi tak berkesan. Akhirnya 3.5mm Jack Aux Extension Cable Headphone+Mic Audio Splitter ni yang menyelamatkan aku daripada kumpul duit untuk beli mikrofon lebih mahal.
Lama juga aku buat research pasal setup ni, akhirnya barang yang harga RM8.90 ni akhirnya menyelesaikan segala permasalahan. Memanglah seronok bila masalah dah selesai kan.
So kalau anda nak buat rakaman di rumah, aku syor untuk beli 2 benda sahaja.
Mikrofon boya by-mm1 tu dan kemudian tambah audio splitter ni, terutama jika laptop anda ada 1 sahaja lubang 3.5mm jack ni. Kalau memang dah ada dua lubang berasingan tak ada keperluan untuk guna audio splitter ni.
Dengan kos tak sampai RM100 anda akan dapat buat rakaman audio yang lebih berkualiti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eizil.com/setup-paling-murah-untuk-rakaman-audio-di-rumah/