Setiap Kali Jiwa Rasa Sedih Resah Lemah Terbeban Dengan Hutang Amalkanlah Doa Yang Diajar Nabi Ini
Setiap Kali Jiwa Rasa Sedih, Resah, Lemah & Terbeban Dengan Hutang, Amalkanlah Doa Yang Diajar Nabi Ini. Jadi seorang mak-mak dan isteri bukannya mudah. Tanggungjawabnya cukup besar demi memastikan anak-anak dijaga sempurna dan suami dilayan sebaiknya.
BACA: Patutlah Surah Al-Kahfi Sangat Digalakkan Dibaca Hari Jumaat, Memang Istimewa!
Setiap Kali Jiwa Rasa Sedih, Resah, Lemah & Terbeban Dengan Hutang, Amalkanlah Doa Yang Diajar Nabi Ini
Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan kesempitan hidup, dibebani dengan masalah hutang keliling pinggang.
Namun, mak-mak janganlah berterusan begini.Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan bebanan hutang yang ada mudah untuk diselesaikan.
Pujuk hati atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan doa yang diajar oleh Rasullah SAW ini untuk Abu Umammah ini.
Mak-mak boleh amalkan baca doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat. Mahupun dibaca ketika dalam solat iaitu selepas Tahiyyat Akhir sebelum Salam.
Doa ini yang diajar oleh Rasullah ini dari Hadis Riwayat Abu Dawud (1555).
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya (maksud):
“Rasulullah SAW telah memasuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umammah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya:
“WAHAI ABU UMAMMAH, KENAPA AKU MELIHAT KAU SEDANG DUDUK DI DALAM MASJID SEDANGKAN BUKAN WAKTU SOLAT?”
Abu Umammah menjawab:
“DUKACITA DAN HUTANG MENYELUBUNGIKU WAHAI RASULULLAH!”
Rasulullah menjawab:
“MAHUKAH KAMU AKU AJARKAN KEPADA KAMU SATU DOA JIKA KAMU MEMBACANYA ALLAH AKAN MENGHILANGKAN RASA DUKACITAMU DAN MELANGSAIKAN HUTANGMU.”
Abu Umammah menjawab:
“Sudah tentu, Wahai Rasulullah.”
Maka Baginda bersabda:
Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon berlindung kepada mu dari rasa dukacita keluh kesah.
Dan aku mohon berlindung dengan mu daripada lemah dan sifat malas. Dan aku mohon berlindung dengan mu daripada rasa penakut dan kebakhilan.
Dan aku mohon berlindung denganmu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia.
Abu Umamah r.a berkata:
“Setelah membaca doa tersebut, Allah SWT menghilangkan kedukaan dan melunaskan hutangku.”
Semoga bermanfaat! Semoga segala masalah dan kesukaran yang dihadapi dapat diselesaikan sebaiknya.Insya Allah.
Sumber: Mingguan Wanita
The post Setiap Kali Jiwa Rasa Sedih, Resah, Lemah & Terbeban Dengan Hutang, Amalkanlah Doa Yang Diajar Nabi Ini appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/setiap-kali-jiwa-rasa-sedih-resah-lemah-terbeban-dengan-hutang-amalkanlah-doa-yang-diajar-nabi-ini/