Doa Ibubapa Kepada Anak Seperti Doa Nabi Kepada Umat



SOALAN:
Apakah benar sebahagian penceramah mengatakan bahawa terdapat hadith yang menyatakan bahawa doa seorang ibu kepada anaknya seperti doa Nabi kepada umatnya?

JAWAPAN:
Doa merupakan senjata buat orang-orang yang beriman dan ia merupakan salah satu ibadah yang amat istimewa kerana ia menghubungkan secara terus seseorang hamba itu dengan Penciptanya iaitu Allah SWT. Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Al-Ghafir:60)

Di samping itu juga, anak-anak merupakan harta yang cukup berharga buat ibubapa dan anak-anak ini juga merupakan perhiasan hidup di dunia buat mereka. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia.” (Al-Kahfi: 46)

Berdasarkan kepada soalan di atas, suka bagi kami untuk mendatangkan terlebih dahulu hadith yang dimaksudkan iaitu berkaitan doa seorang ibu kepada anaknya seperti doa Nabi kepada umatnya.

Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دُعَاءُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ مِثْلُ دُعَاءِ النَّبِيِّ لأُمَّتِهِ
“Doa seorang ayah (atau ibu) untuk anaknya, seperti doa Nabi kepada umatnya.”

Di antara ulama' yang menilai akan status doa ini ialah:

Imam Ahmad bin Hanbal (241 H) telah mengatakan bahawa hadith di atas adalah bathil lagi munkar. [Lihat: al-Mawdhu’at, 3/87]Imam Ibn al-Jauzi (597 H) menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Mawdhu’at, 3/87]Imam al-Suyuthi (911 H) juga menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-La’aaliy al-Masnu’ah, 2/250]Imam Ibn ‘Arraq al-Kinaniy (963 H) menyatakan bahawa hadith ini adalah palsu. [Lihat: Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah, 2/282]Imam al-Fattani (986 H) juga menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: Tazkirah al-Mawdhu’at, 1/202]
Melihat kepada beberapa pandangan ulama' di atas, maka kami berpandangan bahawa hadith tersebut adalah tidak sahih atau palsu daripada Nabi SAW. Justeru, kita sama sekali tidak boleh untuk menyandarkannya kepada Nabi SAW serta menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Ini kerana, ancaman yang keras diberikan kepada orang yang menyandarkan sesuatu yang tidak diperkatakan oleh Rasulullah SAW iaitu neraka sebagaimana sabda Nabi SAW, di antaranya:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجِ النَّارَ
“Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)]

Walaupun begitu, doa ibubapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yang mustajab. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nai SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
“Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya; doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]

Tanggungjawab Dan Peranan Seorang Mukmin

Sebagai seorang Mukmin yang cinta kepada Rasulullah SAW seharusnya bagi kita menjaga nama dan diri Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ini merupakan bukti dan tanda cinta serta kasih kita kepada Rasulullah SAW sebagaimana di dalam sebuah hadith, sabda Nabi SAW:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibu bapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]

Di samping itu juga, menjadi kewajipan kita semua sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampaikan ceramah atau menyebarkan sesebuah hadith Nabi SAW untuk mengenal pasti terlebih dahulu akan sumber dan status (hukum) hadith tersebut. Ini kerana, sekiranya kita menyandarkan sesuatu kepada Nabi SAW apa-apa yang Baginda SAW tidak ucapkan, maka kita bimbang akan termasuk di dalam ancaman tersebut. Dengan cara ini, ia akan menjaga kesucian agama ini dan juga daripada penyelewengan golongan-golongan yang ingin menghancurkan Islam.

Penutup

Kesimpulannya, di antara tanda sifat pemurah dan penyayang Allah SWT kepada kita semua adalah dengan memberikan doa-doa yang mustajab buat hamba-hamba-Nya. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk berusaha dan memperbanyakkan berdoa kepada-Nya. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa dimustajabkan doanya serta agar Allah SWT memelihara lidah kita daripada berdusta di atas nama Baginda SAW. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/doa-ibubapa-kepada-anak-seperti-doa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Lembu Mutan Bermuka Seperti Manusia Kejutkan Orang Kampung

Anak Lembu Mutan Bermuka Seperti Manusia Kejutkan Orang Kampung

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 567 hits
Seekor anak lembu yang dilahirkan mempunyai wajah seperti manusia mengejutkan penduduk kampung di Villa Ana Argentina Satu klip video yang merakamkan haiwan terbabit oleh warga tempatan kemudiannya dimuat naik ke Youtube Bagaimanapun haiwan...
Kader Muda Golkar Minta Doa Anak Yatim Agar Airlangga Terpilih Jadi Ketum

Kader Muda Golkar Minta Doa Anak Yatim Agar Airlangga Terpilih Jadi Ketum

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 260 hits
Acara ini di buka langsung oleh Wali Kota Tangsel yang juga merupakan Ketua DPD II Partai Golkar Airin Rachmi Diany
Doa Nabi Adam Saat Terusir Dari Surga Semua Keinginannya Terkabulkan

Doa Nabi Adam Saat Terusir Dari Surga Semua Keinginannya Terkabulkan

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 319 hits
Dalam catatan sejarah Nabi Adam pernah tertipu dengan rayuan iblis Allah memerintahkan pada Nabi Adam untuk tidak memakan buah di surga Namun iblis merayu dan menipu Nabi Adam hingaa akhirnya memakan buah tersebut Diceritakan bahwa ketika N...
Tinggal Anak Yang Sakit Untuk Ke Mekah Jadikan Kisah Dua Orang Nabi Sebagai Teladan

Tinggal Anak Yang Sakit Untuk Ke Mekah Jadikan Kisah Dua Orang Nabi Sebagai Teladan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 458 hits
Satu ketika dahulu viral kisah pelakon dan pengacara berbakat Datin Fouziah Ghous tentang kisah dia dan suami meninggalkan anak kedua mereka di Malaysia ketika sakit untuk menunaikan ibadah haji Ramai yang memuji tindakan pasangan ini keran...
Kita Doa Peneman Hidup Sorang Je Tapi Allah Bagi Dua Niena Azman Akui Hidup Makin Sibuk Sejak Ada Anak

Kita Doa Peneman Hidup Sorang Je Tapi Allah Bagi Dua Niena Azman Akui Hidup Makin Sibuk Sejak Ada Anak

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 534 hits
Bergelar ibu membuatkan hari hari seorang ibu menjadi semakin sibuk Balik sahaja daripada kerja di pejabat masa dan tumpuan difokuskan kepada anak pula Tiada istilah masa untuk diri sendiri namun menggembirakan kerana punya permata hati Ini...
Video Anak Lembu Dilahirkan Mempunyai Wajah Seperti Manusia

Video Anak Lembu Dilahirkan Mempunyai Wajah Seperti Manusia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 949 hits
Seekor anak lembu yang dilahirkan mempunyai wajah seperti manusia mengejutkan penduduk kampung di Villa Ana Argentina Satu klip video yang merakamkan haiwan terbabit oleh warga tempatan kemudiannya dimuat naik ke Youtube Bagaimanapun haiwan...
Didakwa Gas Amonia Meletup Di Melaka Ya Allah Permudahkanlah Urusan Anak Anak Ini Cikgu

Didakwa Gas Amonia Meletup Di Melaka Ya Allah Permudahkanlah Urusan Anak Anak Ini Cikgu

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 371 hits
Satu letupan gas amonia didakwa berlaku di sebuah kilang di Melaka kira kira tengahari tadi Menerusi perkongsian oleh salah seorang tenaga pengajar sebuah sekolah di daerah tersebut murid murid dan penduduk kampung sekitar telah diminta unt...
Dengan Anak Lelaki Ni Sabarnya Kena Lain Macam Lasak Dua Kali Ganda Elak Emosi Berlebihan Pada Anak

Dengan Anak Lelaki Ni Sabarnya Kena Lain Macam Lasak Dua Kali Ganda Elak Emosi Berlebihan Pada Anak

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 485 hits
Orang kata pengalaman membesarkan anak lelaki ternyata lebih hebat Malah mak ayah yang mempunyai anak lelaki yang ramai juga menjadi mak ayah yang cukup penyabar dalam segala hal Hebatnya kerana berjaya membesarkan macam macam hal yang diin...
Polisi Bongkar Prostitusi Anak Di Inhu Korban Disuruh Layani Tamu Di Warung Tuak

Polisi Bongkar Prostitusi Anak Di Inhu Korban Disuruh Layani Tamu Di Warung Tuak

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 165 hits
Enam orang pelaku ditangkap polisi salah satunya seorang muncikari perempuan inisial Ln
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna