Setiap Anak Ada Rezekinya Tak Perlu Banding Sampai Kita Stres Asalkan Didikan Tu Bagus


“Kenapa anak saya tidak seperti anak dia?” Hari-hari anda ‘follow’ perkembangan anak comel itu di Instagram.
“Oh comelnya. Nak anak macam ni jugak nanti” – komen anda di Instagram tersebut.
Anda ‘tag’ pasangan anda.
Satu lagi komen di Instagram anak comel itu, “Nanti kita buat macam ini jugak dengan anak kita Ayang.”
Gambar Hiasan Komen lagi “Semoga anak saya jadi macam ini. Amin.”
Komen lagi “Baiknya dia. Untungla ada anak macam ini.”
Komen dan pujian macam ni antara yang biasa kita cakap dan tulis tetapi tahu tak sebenarnya setiap ibu bapa tu ada cabarannya membesarkan anak. Ikuti perkongsian lebih lanjut lagi oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy.
Saya kira banyak juga ‘komen’ yang tidak ditulis di Instagram itu. Komen yang hanya disimpan di dalam hati.
Boleh dikatakan semua ibubapa berdoa dan menaruh harapan untuk mempunyai anak yang ‘perfect’ seperti yang dilihat di media sosial.
Apa yang kita tidak nampak dan tidak diberitahu adalah cabaran ayah dan ibu anak tersebut dalam membesarkan anak itu, sepertimana ayah dan ibu yang lain membesarkan anak mereka. Sepertimana kita juga.
Bolehkah anak kita menjadi seperti anak orang lain? Insya Allah boleh. Kita doakan. Tetapi bukanlah 100%.
Anak-anak dilahirkan dengan pembawaan yang unik. Jika anda mempunyai anak lebih dari seorang anda akan faham pembawaan ini. Anak comel dan baik yang anda lihat di Instagram itu juga mempunyai pembawaannya yang tersendiri yang mungkin berbeza dari anak anda.

APAKAH PEMBAWAAN (TEMPERAMENT)?
Pembawaan adalah kecenderungan semulajadi anak-anak. Ia merupakan cara anak bertindakbalas terhadap apa yang berlaku di persekitaran anak. Jika anda melihat anak di Instagram itu tenang dan ‘cool’ saja apabila tidak diberikan apa yang dia mahu, anak anda yang mudah mengamuk itu berkemungkinan besar mempunyai pembawaan yang berbeza.
Jika pembawaan berbeza, kaedah yang perlu kita gunakan untuk mendidik dan membentuk anak kita juga berbeza dari anak comel di Instagram itu.
Terdapat 3 pembawaan asas:
1) Pembawaan mudah (Easy temperament)
Anak dalam kategori ini tidak banyak kerenah. Merengek pun sekejap saja dan mudah dipujuk. Anak sentiasa kelihatan tenang dan gembira. Anak ini tidak mudah terganggu dengan bunyi bising, mudah menyesuaikan diri dengan tempat baru dan cepat berkawan.
2) Pembawaan lambat hingga sederhana (Slow to warm up)
Anak dalam kategori ini mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru dan orang baru. Mereka selalu dilabel sebagai ‘pemalu’. Apabila berhadapan dengan situasi baru, mereka akan menyisihkan diri dan memerhati terlebih dahulu.
3) Pembawaan sukar (Feisty)
Biasanya anak dalam kategori ini adalah seorang yang cerewet, lasak dan kadangkala agresif. Anak menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan mudah terganggu atau tercuit oleh orang lain. Anak ini mengambil masa untuk ditenteramkan.
Walau bagaimanapun 35% kanak-kanak didapati mempunyai pembawaan bercampur dan tidak tergolong dalam satu kategori tertentu.
Tidak ada pembawaan yang tidak baik. Semuanya dijadikan Allah baik, lahir seumpama kain putih walaupun pembawaan berbeza-beza.
Sebagai ibu bapa, kita perlu faham pembawaan individu anak-anak kerana kita perlu mencari kaedah yang bersesuaian dengan pembawaannya (goodness of fit) untuk membimbing anak-anak.
Kata-kata seperti “Oh anak saya memang macam tu, suka melompat-lompat atas sofa sebab dia mempunyai pembawaan sukar. Saya kena faham dan sokong” adalah salah sama sekali. Jangan dijadikan sebagai alasan. Walaupun anak mempunyai pembawaan sukar, kita boleh menyalurkan tenaganya ke arah yang baik. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk anak melompat-lompat. Mana tahu satu hari nanti dia menjadi jaguh acara lompat galah Sukan Olimpik.

Jika kita adalah seorang ayah atau ibu yang ekstrovert yakni suka dan senang bergaul dengan orang lain, anak yang mempunyai pembawaan lambat hingga sederhana mungkin memberi tekanan kepada kita.
“Kenapalah anak saya ini anti sosial sangat? Budak-budak lain senang saja bermain, berkawan. Dia terperok sorang-sorang di sudut itu saja.”
Kesesuaian antara pembawaan atau personaliti kita dan anak kita juga perlu dicari. Kita tidak boleh memaksa anak menjadi seperti kita jika pembawaan anak adalah berbeza.
Kita mungkin biasa mendengar ibubapa kita sendiri atau orang tua berkata, “Lain betul perangai anak kamu dengan kamu.”
Itu biasa. Walau bagaimanapun kita perlu membimbing anak supaya dia dapat membina akhlak, adab dan skil-skil penting dalam hidup tidak kira apa saja pembawaannya.

Kita tidak boleh menekan anak untuk menjadi seperti anak yang kita lihat di Instagram itu. Kadang-kadang teknik yang sama belum tentu membuahkan hasil yang sama. Fahami pembawaan anak dan cari kesesuaian antara anak dengan persekitaran dan anak dengan kita juga.
Banyak konflik berlaku antara ibubapa dan anak remaja kerana tidak dicari kesesuaian pembawaan.
Apakah pembawaan anak anda? Adakah pembawaan anak sama dengan pembawaan anda?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK).

Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Setiap Anak Ada Rezekinya. Tak Perlu Banding Sampai Kita Stres. Asalkan Didikan Tu Bagus! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/setiap-anak-ada-rezekinya-tak-perlu-banding-sampai-kita-stres-asalkan-didikan-tu-bagus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kena Rehat 5 10 Minit Selepas Setiap 25 Minit Sesi Belajar Kalau Anak Stress Bagi Dia Bertenang

Anak Kena Rehat 5 10 Minit Selepas Setiap 25 Minit Sesi Belajar Kalau Anak Stress Bagi Dia Bertenang

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 323 hits
Kerja sekolah memainkan peranan yang besar dalam pendidikan setiap kanak kanak Kerja sekolah mengambil kira sehingga lebih 50 peratus daripada prestasi pelajar Tambahan pula setiap ibu bapa pasti inginkan anak anak mereka mendapat skor yang...
Kalau Berat Anak Naik 400g 1kg Setiap Bulan Tandanya Dia Cukup Susu

Kalau Berat Anak Naik 400g 1kg Setiap Bulan Tandanya Dia Cukup Susu

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 334 hits
Setiap bayi yang masih menyusu memerlukan amaun susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka Oleh itu sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan perkara ini terjamin Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk me...
Bapa Ketuk Pintu Setiap Rumah Cari Anak Hilang Ketika Ribut

Bapa Ketuk Pintu Setiap Rumah Cari Anak Hilang Ketika Ribut

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 346 hits
Seorang bapa nekad mencari anak lelakinya selepas mendapati kanak kanak berusia 12 tahun itu hilang ketika ribut melanda Perumahan Padang Setengge Kuala Berang Hulu Terengganu semalam
Ini 16 Jenis Permainan Kuatkan Jari Anak Sebagai Persediaan Menulis Bagus Latih Dari Awal

Ini 16 Jenis Permainan Kuatkan Jari Anak Sebagai Persediaan Menulis Bagus Latih Dari Awal

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 320 hits
Kenapa anak cepat penat bila menulis Boleh jadi sebab otot jarinya lemah Kalau nak merasa struggle anak kita nak menulis cuba kita PAKSA DIRI TULIS JAWI GUNA TANGAN KIRI Nak tahu lanjut aktiviti untuk menguatkan jari jemari anak sebagai per...
Jika Anak Masih Tidur Sekali Ambil Kira Faktor Ini Penting Jaga Pandangan Mata Anak

Jika Anak Masih Tidur Sekali Ambil Kira Faktor Ini Penting Jaga Pandangan Mata Anak

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 375 hits
Biarpun tiada had umur yang khusus ditetapkan untuk mengasingkan tempat tidur dengan anak anak tetapi ibu bapa harus faham konsep privasi dan sebaik baiknya cubalah untuk tidak berkongsi bilik dengan anak Lagi satu alasan kebanyakan ibu bap...
Anak Wawa Lepas 7 Tahun Baru Pandai Makan Ayam Sebelum Ni Nasi Sup Kosong Je

Anak Wawa Lepas 7 Tahun Baru Pandai Makan Ayam Sebelum Ni Nasi Sup Kosong Je

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 341 hits
Pelakon popular Wawa Zainal sangat teruja melihat anak sulungnya Ahmad Fakhruddin Attar atau mesra dipanggil Attar akhirnya meminta untuk makan ayam setelah 7 tahun hanya memilih untuk makan nasi dan sup kosong sahaja BACA Masalah anak memi...
Tips Nak Bagi Anak Mudah Tidur

Tips Nak Bagi Anak Mudah Tidur

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 322 hits
Tips Nak Bagi Anak Mudah Tidur Musim pandemik satu masalah ialah susah nak tidur Itu yang MF dan keluarga hadapi Anak anak MF dulu bukan main senang tidur Jam 9 00 malam masuk bilik letak kepala kat bantal terus lena sekarang punya susah Di...
Hajat Membawa Anak Gunting Rambut Tidak Kesampaian

Hajat Membawa Anak Gunting Rambut Tidak Kesampaian

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 240 hits
Hadir di Wisma Fook Lu Siew Batu 2 Jalan Tuaran pada Sabtu ialah anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Nanti Jumaat atau Sabtu kita gunting rambut ya nak Mendiang Christiano Jimmy Rider Grab Food Itu ungkapan terakhir mangsa kemalangan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp