Setiakawan Ph Putus Jika Amanah Benar Parti Mahathir Guna Logo Kata Penyokong Anwar


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-January 29, 2021 8:51 AM
Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis berkata, langkah Amanah menggunakan logo sendiri bersama Pejuang akan merugikan PH kerana bakal kehilangan 15-20 kerusi yang dimenangi parti itu dalam pilihan raya lalu.
PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim berkata, hubungan setiakawan Amanah dalam Pakatan Harapan (PH) akan “putus” jika parti sepihan PAS itu bersetuju membenarkan Pejuang yang diketuai Dr Mahathir Mohamad menggunakan logo mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Otai Reformis Abdul Razak Ismail berkata, jika itu keputusan Amanah maka secara automatik dalam PRU akan datang PH akan diwakili PKR dan DAP dalam menghadapi Perikatan Nasional (PN)-Barisan Nasional (BN).

“Amanah berisiko hilang masa depan politik dan hilang semua kerusi yang ditandingi jika mereka menggunakan logo Amanah yang tidak dikenali rakyat
Abdul Razak Ismail.“Secara logiknya Amanah bakal “menempah maut” ditelan oleh BN-PN di kerusi yang ditandingi mereka.

“Kita hairan bagaimana Amanah sanggup memperjudikan masa depannya hanya untuk membenarkan Mahathir dan pemimpin Pejuang ‘mempergunakan’ pentas parti itu.

“Pemimpin Amanah turut ‘dikhianati’ Mahathir apabila beliau meletak jawatan perdana menteri tahun lalu,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, langkah Amanah mahu menggunakan logo sendiri bersama Pejuang akan merugikan PH kerana bakal kehilangan 15-20 kerusi yang dimenangi parti itu dalam pilihan raya lalu.

Abdul Razak berkata, jika Amanah mahu kekal releven ia perlu melupakan hasrat membenarkan kumpulan Mahathir mengunakan logo mereka.

Katanya, Amanah perlu fokus untuk kekal dalam gabungan PH dengan menggunakan satu lambang, sekali gus memperkuat jenteranya bagi merampas kerusi yang dimenangi PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah
Ronnie Liu.Pada PRU lalu Amanah memenangi 11 kerusi Parlimen mewakili PH dengan menggunakan logo PKR.

Bantahan sama dibuat bendahari Otai Reformis, Ronnie Liu yang berkata, keputusan Amanah menerima kumpulan Mahathir menyebabkan PH bakal kehilangan keyakinan dalam kalangan penyokong sendiri.

“Mahathir akan menyebabkan PH kehilangan sokongan walaupun daripada penyokong sendri.

“Jika Amanah mengizinkan Pejuang menggunakan logo mereka, ini bermakna PH tidak bersatu, ia akan memberi kesan buruk kepada Amanah dan PH,”katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, di Selangor
Idris Ahmad.Sementara itu, pengerusi Otai Reformis, Idris Ahmad berkata, Amanah sepatutnya fokus untuk memperkuatkan PH tanpa perlu bekerjasama dengan kumpulan Mahathir.

“Tidak perlu Pejuang, mereka sudah lemah dan nak cari dahan untuk bergayut. Kena hati-hati dengan rancangan mereka, jangan percaya Mahathir,” katanya yang juga merupakan Adun Ijok.

Terdahulu timbalan presiden protem Pejuang Marzuki Yahya mengesahkan parti itu mungkin bertanding pada pilihan raya umum 15 dengan menggunakan logo Amanah jika pendaftarannya tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Berikutan itu, Amanah juga mengesahkan bahawa idea itu ada dikemukakan kepada parti itu, tetapi belum ada perbincangan rasmi mengenainya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/setiakawan-ph-putus-jika-amanah-benar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Otai Reformis Kepada Amanah Beri Mahathir Guna Logo Putus Setiakawan

Dari Otai Reformis Kepada Amanah Beri Mahathir Guna Logo Putus Setiakawan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 398 hits
PETALING JAYA Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim berkata hubungan setiakawan Amanah dalam Pakatan Harapan akan putus jika parti sepihan PAS itu bersetuju membenarkan Pejuang yang diketuai Dr Mahathir Mohamad menggunakan logo mereka pada pilih...
Tiada Kekuatan Akar Umbi Parti Mahathir Cadang Guna Logo Amanah Hadapi Pru 15

Tiada Kekuatan Akar Umbi Parti Mahathir Cadang Guna Logo Amanah Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 408 hits
Berdepan sekatan untuk mendaftar parti mereka Pejuang mungkin mempertimbangkan untuk bertanding pada pilihan raya umum berikutnya dengan menggunakan logo Amanah Timbalan Presiden pro tem parti Marzuki Yahya mengesahkan perkara itu Pemimpin ...
Mesej Tular Kata Dr Mahathir Dirawat Di Hospital Adalah Tidak Benar

Mesej Tular Kata Dr Mahathir Dirawat Di Hospital Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 354 hits
109 total views 109 views today Pesanan yang tersebar di media sosial termasuk di WhatsApp yang menyatakan Dr Mahathir Mohamad tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas adalah palsu menurut beberapa individu yang rapat dengan bekas perda...
Pejuang Pertimbang Tanding Pru Guna Logo Amanah

Pejuang Pertimbang Tanding Pru Guna Logo Amanah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 394 hits
JANUARY 27 2021Berdepan sekatan untuk mendaftar parti mereka Pejuang mungkin mempertimbangkan untuk bertanding pada pilihan raya umum berikutnya dengan menggunakan logo Amanah Timbalan Presiden pro tem parti Marzuki Yahya mengesahkan perkar...
Guna Logo Warisan Atau Amanah Mungkin Pilihan Terakhir Pejuang Mahfuz

Guna Logo Warisan Atau Amanah Mungkin Pilihan Terakhir Pejuang Mahfuz

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 424 hits
ALOR SETAR Keputusan Parti Pejuang Tanah Air untuk bertanding menggunakan logo Parti Warisan Sabah atau Parti Amanah Negara dalam Pilihan Raya Umum ke 15 mungkin merupakan pelan terakhir yang akan dibuat sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertub...
Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai Pm Positif Bantu Usaha Tawan Putrajaya Kata Mahfuz

Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai Pm Positif Bantu Usaha Tawan Putrajaya Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 582 hits
freemalaysiatoday com January 17 2021 8 20 AMNaib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata PH mesti ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu PETALING JAYA Kesediaan Dr Mahathir Mohamad menerima Anwar Ib...
Ph May Sack Amanah If It Lets Pejuang Use Logo Warns Pro Anwar Group

Ph May Sack Amanah If It Lets Pejuang Use Logo Warns Pro Anwar Group

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 288 hits
Pejuang s pro tem deputy president Marzuki Yahya says the party may borrow the Amanah logo for the next general election if it fails to get registered PETALING JAYA A pro Anwar Ibrahim group said Pakatan Harapan may sever ties with Amanah i...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara