Tidak Pernah Ada Rancangan Usul Undi Tak Percaya Terhadap Tun M Kenapa Pas Perlu Terhegeh Hegeh




Pas akhirnya mendedahkan perkara sebenar mengenai pertemuan dan perbincangan Hadi Awang bersama dua lagi pemimpinnya dengan Tun Mahathir Mohamad hanyalah berkenaan sokongan kepada Perdana Menteri jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.


Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang turut ada dalam pertemuan itu bersama Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, itulah yang menyebabkan sepucuk surat contoh berbentuk draf ikrar telah diserahkan kepada Tun Mahathir.


Kata beliau, pihaknya tidak pernah memaklumkan sama sekali kepada Tun Mahathir untuk tidak membantu UMNO dan BN dalam PRK Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac depan.


Takiyuddin menjelaskan perkara ini dalam sidang media bersama UMNO di Semenyih yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Ismail Sabri Yaakob.


Dalam pendedahannya Sabtu lalu, Tun Mahathir berkata, Hadi Awang berkata kepadanya, parti itu tidak akan turun membantu UMNO di Semenyih kerana yang dilawannya adalah Bersatu, bukan DAP seperti di Cameron Highlands.


Tun Mahathir  berkata lagi, perkara itu turut dinyatakan dalam sepucuk surat yang bertandatangan.


Sehari kemudian, Perdana Menteri menjelaskan, ia hanyalah surat contoh yang ditandatangani oleh Takiyuddin selaku Setiausaha Agung Pas.


Menurut Takiyuddin lagi, Pas akan tetap berkempen dan bekerja sedaya upaya untuk membantu kemenangan calon BN di Semenyih, sesuai dengan kerjasama yang sudah dijalin dengan UMNO atas kedudukan sebagai sesama parti pembangkang di negara ini.


Beliau turut memaklumkan tindakan menyerahkan draf surat sokongan itu adalah berdasarkan kenyataan Tun Mahathir sendiri yang memaklumkan ada dua parti dalam PH yang mahu melakukan usul tersebut.


"Dia (Tun Mahathir) ada sebut dua parti, tapi saya tak mahu sebutlah," tambah Ahli Parlimen Kota Bharu itu.


Isu pokok di sini ialah hakikatnya tidak pernah ada sama sekali mana-mana pihak dalam PH mahu mengusulkan sebarang undi tidak percaya kepada Tun Mahathir. 


PH sentiasa berpegang dan menghormati konsensus mengenai kedudukan Tun Mahathir yang telah pun dipersetujui sebelum PRU14 lagi.


Yang selalu diingatkan ialah agar beliau sentiasa berpegang kepada janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang dijanjikannya sendiri.


Bermakna, selagi Tun Mahathir sentiasa berpegang kepada janjinya, selagi itulah beliau akan terus diberikan sokongan untuk terus menerajui kerajaan.


Kenapakah Tun Mahathir perlu menyebut perkara tersebut dan seolah-olah berharap kepada sokongan daripada 18 Ahli Parlimen Pas?


Apakah Tun Mahathir sebenarnya tidak mahu berpegang kepada janji penyerahan kuasa dan seterusnya ingin menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang lebih lama?


Yang lebih pelik, mengapakah Pas pula terhegeh-hegeh menawarkan sokongan, siap dengan memberikan surat contoh sekali, sedangkan sebelum PRU14 lalu mereka begitu kuat mengecam dan merendah-rendahkan Tun Mahathir, termasuk kenyataan Hadi Awang yang mengatakan Pengerusi PH itu hanya layak menjadi doktor di klinik 1Malaysia saja.


Kenapa sekarang begitu beria-ia mahu jadi pembela?


Ataukah Pas memang kerjanya suka menghimpit dan membela sesiapa saja yang ada kuasa dan berjawatan Perdana Menteri? (ShahbudinHusin 18/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/tidak-pernah-ada-rancangan-usul-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Ada Maklumat Undi Tidak Percaya Tun M

Pas Ada Maklumat Undi Tidak Percaya Tun M

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 296 hits
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan tegas mempertahankan tindakan parti itu menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malah katanya PAS mempunyai maklumat terdapat usaha pihak tertentu dalam ...
Cakap Jela Pas Mahu Bersama Ph Tak Logik Nak Usul Undi Tidak Percaya Pm

Cakap Jela Pas Mahu Bersama Ph Tak Logik Nak Usul Undi Tidak Percaya Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 511 hits
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdu Hadi mendakwa ada pihak dalam kerajaan Pakatan Harapan yang ingkar dan mencabar Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri dan pengerusi gabungan itu Beliau berkata perkara itu boleh dilihat melalui beb...
Undi Tidak Percaya Terhadap Tun M Bukan Khayalan Ini Jawapannya Viralhancing

Undi Tidak Percaya Terhadap Tun M Bukan Khayalan Ini Jawapannya Viralhancing

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 530 hits
Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang khabar angin m...
Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 438 hits
Sebenarnya isu mudah UMNO dan PAS telah membuktikan ketulinan kerjasama di antara mereka Jika pada awalnya hanya kepimpinan sahaja tetapi kini turut melibatkan akar umbi dari segi gerak kerja pilihanraya dan undi Maka untuk memastikan undi ...
Setelah Usul Tak Percaya Tidak Menjadi Apa Lagi Helah Pas Untuk Menyelamatkan Diri Selepas Ini

Setelah Usul Tak Percaya Tidak Menjadi Apa Lagi Helah Pas Untuk Menyelamatkan Diri Selepas Ini

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 747 hits
Segala galanya kini sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak ada sesiapa daripada PH mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad Penafian Anwar Ibrahim pemimpin yang disebut sebut mahu melakukan us...
Isu Usul Tidak Percaya Senjata Tun M Mahu Berkuasa Lebih Lama

Isu Usul Tidak Percaya Senjata Tun M Mahu Berkuasa Lebih Lama

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 465 hits
Perkara pokok yang harus difahami mengenai Tun Mahathir Mohamad ialah beliau hanyalah Perdana Menteri sementara untuk tempoh tidak lebih daripada dua tahun saja Salah satu sebab utama mengapa PH setuju untuk menamakan Tun Mahathir sebagai c...
Kalau Berlaku Undi Tak Percaya Tun M Ini Terjadi Roslan Sms

Kalau Berlaku Undi Tak Percaya Tun M Ini Terjadi Roslan Sms

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 352 hits
Kesan undi tidak percaya siapa untung KEDUDUKAN Kerajaan Persekutuan hari ini adalah seperti berikut PH 134PKR 50DAP 42PPBM 22PAN 11WARISAN 9Kiranya Tun dikenakan undi tidak percaya dan disokong suara teramai ahli ahli Dewan Rakyat maka Tun...
Ibarat Telur Dihujung Tanduk Tun M Berundur Rombak Cabinet Atau Hadapi Undi Tak Percaya

Ibarat Telur Dihujung Tanduk Tun M Berundur Rombak Cabinet Atau Hadapi Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 365 hits
Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang khabar angin m...
Undi Tidak Percaya Terhadap Dr M Kita Ada Maklumat Hadi

Undi Tidak Percaya Terhadap Dr M Kita Ada Maklumat Hadi

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 413 hits
THE MALAYSIAN TIMES MARANG PAS menegaskan akan mengotakan janji memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu benar benar berlaku Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang...
Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Carsome Unveils Official Fam Fleet

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maryline Feat Saba Dimsond Laya Gawai Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Lavender Garden

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Lirik Lagu Carilah Aku Di Neraka Fadzli Fareast

Ameerais Puaskah Chord