Isu Usul Tidak Percaya Senjata Tun M Mahu Berkuasa Lebih Lama




Perkara pokok yang harus difahami mengenai Tun Mahathir Mohamad ialah beliau hanyalah Perdana Menteri sementara untuk tempoh tidak lebih daripada dua tahun saja.


Salah satu sebab utama mengapa PH setuju untuk menamakan Tun Mahathir sebagai calon PM sebelum PRU14 lalu tentunya adalah kerana beliau ketika itu sudah pun berusia 93 tahun umurnya.


Ikut hukum akal, seseorang yang sudah berusia sebegitu lanjut, apalagi menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, tidak mungkin ada keghairahan yang melebih-lebih lagi terhadap kuasa.


Ikut hukum akal juga, seseorang yang sudah lanjut usia sebegitu, tentulah tidak tergamak untuk mungkir atau khianat kepada janji yang telah dipersetujuinya.


Tetapi, sebagaimana yang beberapa kali ditulis dalam blog ini dan disedari oleh hampir semua orang, Tun Mahathir nampaknya bukan begitu sifatnya.


Beliau mungkin boleh berhenti makan sebelum kenyang atau tidak sebegitu ghairah kepada benda-benda lain, namun ia bukanlah apabila berkaitan dengan kuasa.


Kuasa sentiasa merupakan sesuatu yang tidak pernah membuatkan Tun Mahathir puas atau kenyang dengannya.


Dengan beberapa tindakan yang dilakukannya selepas menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ini, seorang pemimpin Bersatu yang agak rapat dengan Tun Mahathir berkata, Pengerusi PH itu kini seolah-olah rindu kepada kuasa yang pernah dipegangnya sebelum berundur pada 2003 lalu.


Lantaran rindu kembali kepada kuasa itulah yang mendorong wujudnya kecenderungan dalam beberapa tindakan Tun Mahathir yang memperlihatkan tempoh berkuasa selama dua tahun itu tidak mencukupi baginya.


Beliau kadang-kadang ternampak tidak sedar tentang faktor usia dan memegang kuasa melalui PH adalah berbeza dengan BN dahulu, apatah lagi kerana sudah wujud janji tidak lebih dua tahun saja untuknya menjadi Perdana Menteri itu.


Biar apa pun tindakan  atau usaha yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir - mengimport masuk Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu, mengacah-acah ingin berkuasa lebih lama atau menghangatkan lagi spekulasi mengenai undi tidak percaya - perkara pokok yang harus disedarkan kepada lelaki yang menginjak usia 94 tahun itu ialah beliau sudah terikat dengan janji yang sudah pun dipersetujuinya.


PH, apa lagi Anwar Ibrahim, tidak harus terjebak sama sekali dengan isu usul undi tidak percaya ini. Berdiam diri saja dan jangan dilayan mengenainya.


Blog ini beberapa hari lalu sudah menekankan bahawa tiada rancangan langsung daripada sesiapa daripada dalam PH untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.


Ia mungkin hanya suatu permainan yang sengaja dicipta untuk membolehkan Tun Mahathir berkuasa dengan lebih lama.


Isu pokok bagi PH ialah memastikan janji peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan.


Ini adalah janji yang sedang diperhati oleh rakyat di mana ia akan menentukan sama ada PH mampu terus menjadi pilihan atau tidak dalam pilihanraya yang seterusnya.


Jika janji kepada individu yang bernama Anwar pun gagal dipastikan kejayaannya oleh PH, jangan harap rakyat mahu percaya janji atau harapan kepada mereka mampu dipenuhi. (ShahbudinHusin 21/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/isu-usul-tidak-percaya-senjata-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berpada Padalah Kalau Mahu Tun Mahathir Berkuasa Lebih Lama

Berpada Padalah Kalau Mahu Tun Mahathir Berkuasa Lebih Lama

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 811 hits
Satu hal yang nampak ketara dan makin berkembang dalam Bersatu tidak kira ketika ada PRK atau sebaliknya ialah kecenderungan pihak pihak tertentu dalam parti itu yang mahukan Tun Mahathir Mohamad terus menjadi Perdana Menteri dalam tempoh y...
Saya Lebih Percaya Tun M Daripada Pas Muhyiddin

Saya Lebih Percaya Tun M Daripada Pas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 650 hits
SEMENYIH Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak percaya Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong dalam kenyataan mengenai Pas yang berjanji tidak akan menyokong Barisan Nasional dalam PRK DUN Semenyih Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu lebih memp...
Semua Beri Sokongan Harap Tun M Lebih Lama Jadi Pm Dan Doakan Panjang Usia Tapi Sebenarnya

Semua Beri Sokongan Harap Tun M Lebih Lama Jadi Pm Dan Doakan Panjang Usia Tapi Sebenarnya

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 733 hits
Satu demi satu kelompok dalam pembangkang tampil kebelakangan ini dengan kenyataan mahu Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri lebih lama daripada yang sepatutnya Sebelum ini Pas hadir dengan surat sokongan untuk mempertahankan Tun Ma...
Tidak Pernah Ada Rancangan Usul Undi Tak Percaya Terhadap Tun M Kenapa Pas Perlu Terhegeh Hegeh

Tidak Pernah Ada Rancangan Usul Undi Tak Percaya Terhadap Tun M Kenapa Pas Perlu Terhegeh Hegeh

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 694 hits
Pas akhirnya mendedahkan perkara sebenar mengenai pertemuan dan perbincangan Hadi Awang bersama dua lagi pemimpinnya dengan Tun Mahathir Mohamad hanyalah berkenaan sokongan kepada Perdana Menteri jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen ...
Siapa Berkuasa Dap Atau Tun M Keputusan Ppbm Ke Sabah Mesti Ph Tentukan Guan Eng

Siapa Berkuasa Dap Atau Tun M Keputusan Ppbm Ke Sabah Mesti Ph Tentukan Guan Eng

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 587 hits
GEORGE TOWN Isu kemasukan PPBM ke negeri Sabah seharusnya dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Harapan kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Lim yang juga menteri kewangan berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu pe...
Cakap Jela Pas Mahu Bersama Ph Tak Logik Nak Usul Undi Tidak Percaya Pm

Cakap Jela Pas Mahu Bersama Ph Tak Logik Nak Usul Undi Tidak Percaya Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 603 hits
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdu Hadi mendakwa ada pihak dalam kerajaan Pakatan Harapan yang ingkar dan mencabar Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri dan pengerusi gabungan itu Beliau berkata perkara itu boleh dilihat melalui beb...
Tun Mahathir Sudah Tepu Undur Awal Bawa Lebih Kebaikan Kepada Negara

Tun Mahathir Sudah Tepu Undur Awal Bawa Lebih Kebaikan Kepada Negara

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 546 hits
Dalam satu temubual dengan Bloomberg beberapa hari lalu Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebelum tempoh dua tahun sebagaimana yang telah ditetapkan Bagaimanapun kata Presiden PKR itu seh...
Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 702 hits
Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak l...
Lebih Baik Dap Keluar Ph Daripada Desak Tun M Letak Jawatan

Lebih Baik Dap Keluar Ph Daripada Desak Tun M Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 414 hits
20 Februari 2019 12 44 PMRAHMAD ISAHAK PULAU PINANG 20 Feb Adalah lebih baik untuk DAP mengisytiharkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan berbanding mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pandangan...
Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Anak Dara Ke Janda Baik

Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Kisah Adik Kucing Asrama Anak Beranak

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Bagaimana Kemahiran Digital Memperkasa Keputusan Harian Dalam Kewangan Moden


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Kicap Mee Sedap Dan Mudah

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Arab Saudi Lancar Serangan Udara Di Mukalla Tindakan Strategik Di Pelabuhan Utama

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Robot Humanoid Kini Boleh Disewa Untuk Majlis Perkahwinan Di China