Setelah Tiada Lagi Pengkhianat Adu Domba Bodek Gandingan Anwar Dan Mahathir Pasti Lebih Kukuh




Berdasarkan kesepakatan mengeluarkan kenyataan media bersama antara Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim semalam, jelas kini hubungan mereka berdua kembali bertaut semula.Ternampak sekarang mereka akan bersatu, bukan saja untuk bersama-sama menentang kerajaan tebuk atap pimpinan Muhyiddin Yassin, bahkan untuk mengembalikan mandat rakyat kepada PH semula.Paling dekat, kebersamaan itu bakal diperlihatkan dalam usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin yang telah pun diterima oleh Speakar Parlimen untuk dibawa ke Dewan Rakyat.Sama ada usul itu akan diberi masa pada 18 Mei nanti atau Julai akan datang, ketakutan dan demam sejuk pasti sedang menghantui Muhyiddin ketika ini.Minggu lepas, Pengerusi Bersatu itu bersama Presiden Warisan, Shafie Apdal turut mengeluarkan kenyataan bersama PH yang membabitkan Anwar, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu untuk mendesak Sidang Parlimen pada 18 Mei nanti diadakan lebih daripada sehari.Bermakna, kenyataan bersama semalam adalah kali kedua melibatkan Tun Mahathir dan Anwar secara langsung.Sebenarnya, Tun Mahathir dan Anwar sudah pun bekerjasama dalam soal pemilihan Perdana Menteri pusingan kedua sebelum ini yang kemudiannya Muhyiddin dipilih oleh Yang Dipertuan Agong untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.Apabila dalam pusingan pertama di mana semua Ahli Parlimen ditemubual oleh Yang Dipertuan Agong, tidak ada pihak yang mendapat sokongan majoriti, Anwar seterusnya setuju memberi sokongan kepada Tun Mahathir untuk dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri dalam pusingan yang kedua.Tetapi, kerjasama itu tidak menjadi kenyataan kerana Muhyiddin lebih dulu dipersetujui oleh Yang Dipertuan Agong untuk dipilih sebagai Perdana Menteri dengan sokongan UMNO, BN, Pas serta GPS.Bagaimanapun, hubungan Tun Mahathir dan Anwar itu semacam retak apabila dalam interbiu dengan media selepas itu, Tun Mahathir didapati melakukan serangan kepada Anwar berkaitan kelayakannya sebagai pemimpin dan pemikirannya yang dianggap liberal.Anwar pula kemudian membalas dengan melahirkan kekecewaan kenapa beliau diserang terus-menerus begitu oleh Tun Mahathir.Seterusnya, berlakulah PKP yang mana semua orang terpaksa duduk di rumah, termasuk Tun Mahathir dan Anwar.Dalam keadaan tiada sebarang komunikasi itu, sementara Tun Mahathir banyak berdiam diri manakala Anwar muncul setiap hari mengupas isu-isu semasa melalui Live FB, ramai yang beranggapan hubungan mereka sudah berakhir begitu saja.Begitu pun, menjelang beberapa ketika sebelum Sidang Parlimen 18 Mei depan di mana Tun Mahathir merancang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, terdapat keperluan untuk mereka berbaik semula demi kepentingan bersama.Dengan masing-masing menyedari bahawa hanya dengan bekerjasama saja usul itu lebih mungkin menjadi kenyataan, difahamkan telah berlaku komunikasi, baik secara tidak langsung dan langsung, antara Tun Mahathir dan Anwar.Maka, apabila semalam mereka mengeluarkan kenyataan bersama dengan sama-sama tidak mengiktiraf kerajaan yang ada sekarang, bermaknalah hubungan itu telah kembali bertaut semula.Sebagaimana, gandingan Tun Mahathir dan Anwar telah berjaya menumbangkan UMNO dan BN pada PRU14 lalu, kini mereka berpakat semula untuk menyingkirkan PN, kerajaan tidak diiktiraf yang didalamnya bergabung golongan pengkhianat, pembelot dan pengadu-domba, termasuk dengan menjual nama bangsa dan agama.Selain sama ada gandingan kali ini boleh berjaya atau tidak yang menjadi persoalan, turut diperkatakan ialah bolehkah ada keharmonian dan saling percaya mempercayai antara mereka berdua?Diperbualkan juga tidakkah jika PH berjaya menjadi kerajaan semula nanti, akan berlaku lagi episod mungkir janji atau desak-mendesak antara Tun Mahathir dan Anwar seperti sebelum ini?Dalam hal ini, baik Tun Mahathir mahu pun Anwar, dalam kenyataan bersamanya masing-masing menyedari mereka telah berusia dan apa yang mereka ingin lakukan sekarang hanyalah untuk mengembalikan mandat rakyat kepada pihak yang sepatutnya.Perjuangan mereka bukan lagi untuk peribadi, tetapi untuk mengembalikan maruah PH yang telah dirampas dengan menolak perbezaan, sengketa serta kemelut yang wujud selama ini demi semata-mata kerana rakyat.Keyakinan bahawa hubungan Tun Mahathir dan Anwar kali ini lebih kukuh dan harmoni ialah kerana tiada lagi golongan pengkhianat yang berada di dalam PH.Dahulu, hubungan mereka bukan saja diganggu-gugat oleh golongan pengkhianat itu, malah lebih buruk muncul pula pengadu domba dan tukang kipas yang menjual nama bangsa dan agama yang berada di luar PH yang jelas sangat takut kepada peralihan kuasa yang sudah dijanjikan kepada Anwar.Mereka itulah yang berusaha sepanjang masa mengkucar-kacirkan PH dan hubungan antara Tun Mahathir dengan Anwar.Sekarang ini semuanya telah tiada dalam PH di mana golongan pengkhianat, pengadu domba dan tukang kipas telah bercampur gaul berada dalam PN bersama Muhyiddin yang juga dianggap sebagai pengkhianat sama.Oleh itu, kembalinya bersatu Tun Mahathir dan Anwar kali ini, hubungan mereka pasti lebih baik, lebih diyakini dan lebih kukuh berbanding sebelumnya. (ShahbudinHusin 10/05/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/setelah-tiada-lagi-pengkhianat-adu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konspirasi Terbaru Dr Mahathir Dan Anwar Untuk Jatuhkan Kerajaan Sekarang

Konspirasi Terbaru Dr Mahathir Dan Anwar Untuk Jatuhkan Kerajaan Sekarang

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 822 hits
Dalam diam rupanya Dr Mahathir sudah atur langkah untuk kembali ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri kali ke 4 atau sebagai Perdana Menteri ke 9 Mula mula Dr Mahathir arahkan supaya anak kesayangan beliau Mukhriz aka Boboi untuk lakukan ser...
Bangkit Semula Rebut Mandat Yang Dirampas Seru Dr Mahathir Dan Anwar

Bangkit Semula Rebut Mandat Yang Dirampas Seru Dr Mahathir Dan Anwar

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 374 hits
Bangkit semula rebut mandat yang dirampas seru Dr Mahathir dan Anwar Dikemas kini 48 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 May
Kenyataan Bersama Dr Mahathir Anwar Sempena Ulang Tahun Pru14

Kenyataan Bersama Dr Mahathir Anwar Sempena Ulang Tahun Pru14

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 391 hits
Hari ini adalah ulangtahun kedua hari yang paling bermakna dalam sejarah demokrasi negara Pada 9 Mei 2018 kita saksikan perjalanan hampir 15 juta rakyat Malaysia dari setiap pelusuk negeri hingga ke seberang lautan tanpa mengira kekangan ha...
Kali Ini Mahathir Beri Laluan Anwar Pm Ke 9

Kali Ini Mahathir Beri Laluan Anwar Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 319 hits
Kredit Edy Noor Reduan Menjelang pembukaan Parlimen pada tanggal 18 Mei nanti ramai yang tertanya tanya siapakah sosok yang paling layak menjadi ketua pembangkang Malaysia Menjawab persoalan ini sudah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim palin...
Bersekongkol Dengan Sindiket Penyeludupan Manusia Pengkhianat Dalam Agensi Penguat Kuasa Dikenal Pasti

Bersekongkol Dengan Sindiket Penyeludupan Manusia Pengkhianat Dalam Agensi Penguat Kuasa Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 198 hits
TERDAPAT anggota dan pegawai agensi penguat kuasa dikesan bersekongkol dengan 10 dalang sindiket penyeludupan manusia yang dikenal pasti di negeri ini Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya mengenalpasti 20 sindike...
Azmin Pengkhianat Tetapi Ini Bukan Peribadi Kata Anwar

Azmin Pengkhianat Tetapi Ini Bukan Peribadi Kata Anwar

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 359 hits
Di sebalik apa yang berlaku Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau tidak menaruh sebarang perasaan dendam terhadap bekas timbalannya Mohamed Azmin Ali Ketika pada tahun 1998 Anwar dan Azmin adalah sekutu yang menubuhkan parti itu ...
Mahathir S 18 May Bluff La Anwar S 16 September

Mahathir S 18 May Bluff La Anwar S 16 September

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 329 hits
By why is Mahathir doing this if he cannot really win the vote He really has no choice His son Mukhriz is facing the prospect of being ousted as the Kedah Menteri Besar for the second time in his life There have been cases in Malaysian hist...
Kerajaan Hari Ini Tidak Sah Tegas Mahathir Dan Anwar

Kerajaan Hari Ini Tidak Sah Tegas Mahathir Dan Anwar

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 256 hits
Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi bayangan akan bekerjasama sekali lagi dalam arena politik negara Dalam satu kenyataan bersama kedua dua pemimpin itu menegaskan kerajaan Perikatan Nasional hari i...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator