Kerajaan Hari Ini Tidak Sah Tegas Mahathir Dan Anwar



Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi bayangan akan bekerjasama sekali lagi dalam arena politik negara.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin itu menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak sah kerana dibentuk tanpa mendapat mandat daripada rakyat.

Perkara itu ditegaskan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena memperingati ulangtahun kedua kemenangan PH dalam pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin politik itu berkata kini masanya telah tiba agar mandat berkenaan 'dikembalikan kepada pihak yang sepatutnya'.

"Memahami situasi ini, kami tidak mengiktiraf kerajaan hari ini. Prinsip kami jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat.

"Ia tidak diperoleh secara sah menurut kertas undi di dalam pilihan raya. Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan jawatan semata-mata," kata kenyataan tersebut.

Menurut kedua-dua pemimpin itu lagi, mereka tidak sanggup "menggadaikan moral dan etika" untuk menyokong kerajaan hari ini.

"Kami tidak ingin mengkhianati rakyat yang menghabiskan berjam-jam untuk beratur di pusat mengundi, beratus ringgit untuk terbang pulang mengundi, mengambil cuti tanpa gaji untuk membawa suara mengubah nasib negara.

"Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya," tegas kedua-dua pemimpin itu.

Pada pilihan raya umum 2018, PH mencipta sejarah apabila menumbangkan kerajaan BN pimpinan perdana menteri ketika itu, Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB.
Namun, kerajaan baru yang dipimpin Mahathir itu hanya mampu bertahan selama 21 bulan selepas beliau meletakkan jawatan pada Feb lalu.

Ia susulan kemelut yang berpunca daripada tindakan pemimpin-pemimpin politik berkumpul di sebuah hotel di Petaling Jaya bagi membentuk gabungan sebuah kerajaan baru.

Bersama-sama bekas pemimpin PKR yang diketuai bekas timbalan presidennya, Azmin Ali, Muhyiddin membentuk kerajaan dengan kerjasama pemimpin BN, PAS dan GPS.

Bersatu kini berpecah antara kumpulan penyokong Mahathir dan Muhyiddin Yassin selaku presiden parti.

"Semangat perjuangan kami masih marak'

Mahathir dan Anwar yang pernah menjadi seteru politik berkata, mereka telah mengepikan perbezaan peribadi demi membawa suara rakyat dan kemenangan kepada PH dua tahun lalu.

"Dua tahun lepas kami tidak berputus asa membawa suara rakyat. Hari ini juga sama. Kami telah lama menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat.

"Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.

"Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei. Tarikh jatuhnya institusi kleptokrat. Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia baru," tegas kedua-dua pemimpin itu.

Pada 7 Mei lalu, Mahathir yang juga anggota Parlimen Langkawi dilapor memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menjelaskan usul itu dijangka tidak akan dibahaskan pada sidang parlimen 18 Mei ini memandangkan mesyuarat Dewan Rakyat hanya akan membicangkan usul kerajaan dan rang undang-undang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/kerajaan-hari-ini-tidak-sah-tegas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konspirasi Terbaru Dr Mahathir Dan Anwar Untuk Jatuhkan Kerajaan Sekarang

Konspirasi Terbaru Dr Mahathir Dan Anwar Untuk Jatuhkan Kerajaan Sekarang

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 881 hits
Dalam diam rupanya Dr Mahathir sudah atur langkah untuk kembali ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri kali ke 4 atau sebagai Perdana Menteri ke 9 Mula mula Dr Mahathir arahkan supaya anak kesayangan beliau Mukhriz aka Boboi untuk lakukan ser...
Dr Mahathir Dan Anwar Tidak Iktiraf Kerajaan Perikatan Nasional

Dr Mahathir Dan Anwar Tidak Iktiraf Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 348 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang ada hari ini kerana ia ditubuhkan tanpa mendapat mandat rakyat Dalam satu kenyataan bersama mereka mendakwa kerajaan Perikatan N...
Mahathir Anwar Tidak Iktiraf Kerajaan Mereka Tak Sedar Rakyat Tak Iktiraf Mereka

Mahathir Anwar Tidak Iktiraf Kerajaan Mereka Tak Sedar Rakyat Tak Iktiraf Mereka

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan mereka tidak mengiktiraf kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendakwa ia tidak mendapat mandat rakyat Dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Langkawi ...
Ketua Pembangkang Masih Percayakah Lagi Anwar Pada Mahathir

Ketua Pembangkang Masih Percayakah Lagi Anwar Pada Mahathir

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 320 hits
YA que sera sera my way Maksudnya apa yang terjadi terjadilah Benarlah seperti mana tajuk lagu dendangan Doris Day penyanyi Amerika Syarikat pada 1956 itu yang sering diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa masa hadapan di luar kaw...
Mahathir S 18 May Bluff La Anwar S 16 September

Mahathir S 18 May Bluff La Anwar S 16 September

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 387 hits
By why is Mahathir doing this if he cannot really win the vote He really has no choice His son Mukhriz is facing the prospect of being ousted as the Kedah Menteri Besar for the second time in his life There have been cases in Malaysian hist...
Hari Pertama Pkpb Terkawal Kerajaan Berterima Kasih Pada Rakyat

Hari Pertama Pkpb Terkawal Kerajaan Berterima Kasih Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 378 hits
Keadaan pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat semalam terkawal dan orang ramai menunjukkan kawalan kendiri yang tinggi walaupun terdapat peningkatan pergerakan serta jumlah kenderaan dan orang yang keluar Menteri Kanan Ism...
We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Why Choosing A Background Screening Company In Singapore Matters More Than Ever

Makan Makan Di Camden Market

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Lirik Lagu Gelora Jiwa Meronta Asmara Tomok Siti Nordiana

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Flat Peach Selepas Viral

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Lelaki Pejuang Limfoma Sebuah Kisah Nyawa Harapan