Setahun Malaysia Baharu 39 01 Janji Ph Dicapai Tun Mahathir



PUTRAJAYA: Genap setahun Malaysia Baharu hari ini, kerajaan Persekutuan memaklumkan prestasi pencapaian Janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak 39.01 peratus.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prestasi itu diukur melalui status kemajuan 464 Inisiatif yang merupakan dasar dan tindakan-tindakan spesifik yang dinyatakan dalam setiap janji.

“Sebanyak 53 Inisiatif atau 11.42 peratus telah ditunaikan dari 128 Inisiatif, manakala 283 Inisiatif atau 60.99 peratus adalah di peringkat Dalam Perancangan atau Belum Mula.

“Prestasi ini menunjukkan peningkatan sebanyak 29.34 peratus berbanding 9.67 peratus pada 31 Disember 2018,” katanya semasa menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Tambah Dr Mahathir, kerajaan sedar bahawa ramai dalam kalangan rakyat yang tidak berpuas hati dan menuduh Kerajaan PH telah gagal memenuhi beberapa janji-janji yang terdapat di dalam manifesto.

Katanya, ada beberapa janji yang tidak dapat ditunaikan susulan terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan lama.

“Pertamanya, telah saya terangkan sebelum ini bahawa apabila kita mengambil-alih Kerajaan, kita dapati kerosakan yang berlaku begitu besar sehingga kita dapati kita tiada berkeupayaan untuk memenuhi janji-janji itu seberapa segera yang mungkin.

“Malahan, keutamaan kita berubah apabila kita dapati kerosakan yang berlaku itu terlampau parah dan perlu kita selesaikan terlebih dahulu.

“Umpamanya untuk hapus tol PLUS sahaja, RM30 bilion diperlukan, dan beberapa bilion lagi untuk memperbaiki jalan tiap tahun,” ujarnya.

Mengulas lanjut, dari sudut reformasi undang-undang kata Dr Mahathir, undang-undang zalim dan menekan rakyat sudah dibatal atau dihenti penguatkuasaannya.

“Pelaksanaan hukum bunuh dihenti sementara meneliti pendapat rakyat yang tidak semuanya bersetuju hukum ini dihapuskan.

“Demikian juga undang-undang berkenaan berita palsu telah digantung sementara menunggu penghapusan.

“Media diberi kebebasan sepenuhnya tanpa perlu menunggu arahan atau pesanan dari pemimpin-pemimpin atau orang suruhan mereka di Putrajaya seperti sebelum ini,” katanya.

Katanya, pencapaian ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membina negara dan memenuhi harapan rakyat.

“Inisiatif-inisiatif spesifik telah dilaksanakan untuk kesejahteraan warga Felda dan masyarakat India dimana usaha ini sedang dipergiatkan. Begitu juga inisiatif untuk kaum wanita turut dipertingkatkan.

“Inisiatif-inisiatif untuk memberi peluang untuk anak-anak muda memain peranan penting di dalam pembuatan dasar turut ditekankan. Pada masa sama, kita yakin akan dapat membangunkan 100,000 rumah mampu milik bagi 2019.

“Kita ada empat tahun lagi untuk memastikan semua janji-janji tersebut dapat dilaksanakan dan kita yakin kesemuanya akan tercapai sebelum mandat pemerintahan kita berakhir,” katanya.

Mengakui bahawa kerajaan PH mempunyai kekurangan dan kesilapan, Dr Mahathir menegaskan, kerajaan komited melakukan sedaya mungkin dan berusaha untuk memperbaikinya.

“Sokongan rakyat amat penting untuk menjayakan pelbagai program dan inisiatif dan kerana itu, pada hari ini Kerajaan ini kembali kepada rakyat untuk melaporkan pencapaian dan usaha-usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanakan,” katanya lagi lapor AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/05/setahun-malaysia-baharu-3901-janji-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Tun Mahathir Tak Perlu Malukan Tmj Kata Zaid Ibrahim

Malaysia Tun Mahathir Tak Perlu Malukan Tmj Kata Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 458 hits
Bekas menteri undang undang Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ialah seorang pemuda yang gemar memberikan pendapat baginda walaupun mungkin salah atau tidak terkawal namun tidak menjejaskan negara Kenapa p...
Setahun Malaysia Baharu Menggilap Idealisme Reformasi

Setahun Malaysia Baharu Menggilap Idealisme Reformasi

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 353 hits
DALAM masa setahun Malaysia Baharu sebetulnya ada banyak kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh parti Pakatan Harapan Namun ada juga beberapa ketika muncul hal yang meresahkan masyarakat dan tidak kurang peristiw...
Beliau Sebenarnya Adiwira Rakyat Malaysia Chef Wan Bela Tun Mahathir

Beliau Sebenarnya Adiwira Rakyat Malaysia Chef Wan Bela Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 527 hits
Chef Selebriti terkenal Chef Wan tidak peduli dengan cakap cakap sesetengah pihak yang jelas tidak senang dengan pemerintahan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malah sebaliknya berkata tokoh itu sebenarnya wajar disanjung kerana usaha...
Malaysia Perdana Menteri Tun Mahathir Dah Macam Najib

Malaysia Perdana Menteri Tun Mahathir Dah Macam Najib

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 433 hits
Perdana Menteri Tun Mahathir didakwa menggunakan ayat kasar seperti Najib Razak ketika perbalahan politik Foto Free Malaysia Todayoleh Shahbudin HusinDahulu ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri beliau selalu dikecam kerana beberapa ka...
Setahun Malaysia Baharu Rakyat Akan Desak Pru Semula Tok Mat

Setahun Malaysia Baharu Rakyat Akan Desak Pru Semula Tok Mat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 401 hits
Astro Awani Mohamad berkempen bagi calon PBS sempena PRK Sandakan Astro AWANI HARITS ASYRAF SANDAKAN Genap setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan UMNO dan Barisan Nasional menyifatkan tahap kualiti hidup rakyat tidak bertambah baik Ti...
Janji Tun Mahathir Masih Kabur

Janji Tun Mahathir Masih Kabur

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 317 hits
Berikut adalah antara ungkapan terbaru yang dilafazkan oleh Tun Mahathir berkenaan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini Saya telah berpegang kepada janji bahawa akan letak jawatan dan beri laluan kep...
Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 370 hits
dan Astro Awani Dr Mahathir berkata janji pemansuhan tol gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya isu itu dilaksanakan Gambar BERNAMA PUTRAJAYA Pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto ...
Pm Tun Mahathir Mohamad Umumkan Timbalan Sebagai Ketua Polis Negara Baharu

Pm Tun Mahathir Mohamad Umumkan Timbalan Sebagai Ketua Polis Negara Baharu

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 658 hits
Esok merupakan hari persaraan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan hari ini Perdana Menteri telah mengumumkan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baharu Perdana Menteri berkata Yang di Pertuan Agong Al ...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai